Tuesday, July 23, 2013

Panas!! "Gurubesar" SK Seri Prestina Yang Jadikan "Tandas Sebagai KANTIN" merupakan Macai!!!! +Video

Gambar Mengejutkan Seluruh Negara Ini Mula Tersebar
Tindakan pentadbiran sekolah rendah untuk memaksa pelajar bukan Islam makan didalam tandas semasa bulan Ramadan tersebar luas di internet dan laman sosial Facebook dan menyebabkan kemarahan pengguna internet.

Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Bonus Raya 2013: Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat & Kakitangan Awam?
Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________

GempaQ!! Menatang Aneh "MELEKAT" kat Mimbar sebuah Masjid dalam DUN Kuala Besut..

Umno Tuduh PAS Perguna Agama Dan Bawa Dalam Masjid Isu Politik? Mari Kami Dedahkan!

Konpom!! Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihanraya digunakan hanya untuk Pakatan Rakyat, bukan Barisan Nasional.

Mana2 calon dn parti yang bertnding membuat apa2 sumbangan berbentuk wang atau hadiah selama tempoh berkempen akan dikaitkan dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Naik muak dah aku ngan Akta Bahagian III Sek 10 nih.. Jelas dan nyata akta ini digunakan hanya untuk Pakatan Rakyat, bukan Barisan Nasional.

Berita lucu Kah kah kah

PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Surat "PANAS" untuk Mat Said +Video

Datuk Seri Ahmad Said,
Sejurus selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13, sebuah akhbar arus perdana melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu yang diperintah Barisan Nasional (BN) tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang tidak dimenangi BN. 

Najib dah mula demam!!! +Video

Peguam Bala beri keterangan dalam tribunal Scorpene
[TMI] Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli dua kapal selam Scorpene.

Gani Patail Kena Belasah?

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mempertahankan keputusannya melantik peguam Umno Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa raya kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seronok tak kena tipu ?

Fakta :
Harga Ayam Sebelum Ramadhan = RM6.50 sekilo
Semasa di awal Ramadhan harga ayam melambung sampai RM8.80 sekilo.

Syukur Malaysia Aman, Tidak Ada Peperangan!

Polis rampas 5 senjata api
Kota Bharu: Polis Kelantan berjaya merampas lima pucuk senjata api, termasuk pistol dan rifel M16 dalam usaha membanteras jenayah kekerasan menggunakan senjata berbahaya itu sejak Januari lalu.

Mana Fatwa dari Mufti?

Peserta Ratu Cantik Cabar Mufti Wilayah.
TAHNIAH kepada Blog Gendang Perang kerana sanggup mencabar atau mengislahkan Mufti Wilayah Persekutuan, supaya tidak dimalukan oleh peserta ratu cantik Miss Malaysia. Lihat beritanya ini...

Laman blog pro UMNO BN hebat dengan fitnah jahat...

Pakatan Rakyat Punca Jenayah Meningkat..???
Biar betul...!!!! punca segala jenayah dinegara ini berpunca dari Pakatan Rakyat....ini sudah satu tuduhan agak serius ni, apakah kerana yang menulis ( blogger ) tersebut pro UMNO BN maka menuduh dengan serius begini boleh dipejamkan mata oleh pihak berkuasa.

Monday, July 22, 2013

Panas!! Zahid Hamidi akan disingkirkan?

MUHKRIZ AKAN SINGKIRKAN ZAHID HAMIDI?
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung tahun ini seperti rakan sejawatnya Datuk Seri Shafie Apdal.

GempaQ!! Bekas YB peluk Islam.. Jom Terjah!!!

Cuba teka?
Kenalkah anda siapa yang bergambar bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin yang berbaju biru ini.

Panas!! Pekong Calon BN Kuala Besut pecah!!

Kahkahkahh.....jangan disangka air yg tenang tak de buaya ... jangan kata buaya ... naga pun banyak ....
Besut UBN War.....adoyaiiiiii - Pakatan Rakyat Supporters

Berita yang Mengejutkan Negara!!

RAYUAN KES LIWAT II...NEGARA DIKEJUTKAN DENGAN PEGUAM UMNO MENGETUAI PASUKAN PENDAKWARAYA!!!!

Awaq!! yg ni Pendokong UMNO / BN tak kalut!!!

PENGHINA ISLAM TEGAR DAN KEBAL MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZURA MASIH LAGI BEBAS MENGGANAS!!!

Jadikan kerajaan setara, bukan jadi ‘hamba’ BN, kata Anwar +Video

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut supaya tidak 'menghambakan diri' dengan memilih Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk bantuan yang diberi parti pemerintah itu.

Berita Dari FB : ~ PDRM makin 'GILA'.

11 Orang peserta demo bantah rundingan TPPA di Kota Kinabalu (yang diketuai KP PAS Sabah) ditahan dibawah seksyen 15, Akta Dadah Merbahaya 1952. 

Panas!! TUN MAHATHIR SUDAH MULA BANTAI NAJIB

Madey dah mula hentam bonekanya (Najib) yang menunjukkan prestasi terburuk dalam sejarah BN dan adakah Najib akan mengikuti jejak Tun Abdullah untuk berundur atas desakan Tun M..? Tapi kali nie bagaimana Madey nak singkir Najib sedangkan Madey sendiri pernah jadi promoter buku Big Mama (bini Najib) yang jelas menunjukkan kekuasaan Big Mama mengatasi Madey dan adakah Madey dah ada pengganti Najib..?

Kejadian Aneh yang tak ada dalam Berita Perdana..

DEWAN ORANG RAMAI BERTUKAR JADI HOTEL MILIK ORANG KUAT UMNO?
BESUT: PAS menuntut penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Sunday, July 21, 2013

Panas!! SPR Memalukan Najib?...

Sah SPR Tidak Saman Rafizi? Ini Memalukan BN Yang Bermatian Pertahan SPR...
SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi

Panas!! KPN Kantoii dengan STATEMENT Sendiri?

Sudah la tue.
Aku sedih seseorang yang berpengaruh, berkuasa dan sangat berpangkat dalam penguatkuasa undang2 mempunyai pemikiran seperti neh. Ia sangat2 mengecewakan aku.

Apa dah jadi antara Peguam Negara dgn Zulkifli Nordin? Ni yang pelik !! +Video

Rupanya Zul Nordin dilindungi oleh Peguam Negara...
KPN:'Peguam Negara putuskan tiada tindakan lanjut terhadap Zul Noordin'...  

Tindakan Peguam Negara menganiaya Najib? Kenapa, Jom Terjah...+Video

Peguam Negara Jangan Aniaya Najib?
Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam.

Video Antara Pos putar belit kenyataan YB @KhalidSamad, sebuah lagi saluran penyebar fitnah seangkatan dgn Utusan dan TV3?

Duta Vatican
Adalah jelas video Antara Pos mengenai komen saya berhubung kes Duta Vatican mengandungi terlampau banyak babak 'cut' dan 'edit'. Ia bertujuan memutar-belit komen saya sepertimana yang terpampang jelas dari tajuk video itu sendiri.

Langgar Fatwa : Tak Nak Tangkap Ke? atau yg ini BUKAN penghinaan terhadap kesucian Ramadhan dan kesucian Islam?

Belumpun reda isu penghinaan pelakon seks terhadap Islam, hari ini keluar pula berita berkenaan 4 gadis Islam yang tersenarai sebagai finalis "Miss Malaysia World 2013".

Awas "SEMUT" ini sedang memerhati anda

Pengamal Media Sosial, 'Awas' Anda Sedang Diperhatikan
Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.

Saturday, July 20, 2013

Panas!! Ada pergolakan antara KJ dgn PEMUDA JOHOR?

KJ BERMASALAH DENGAN PEMUDA JOHOR?
Pemuda Umno Johor secara sebulat suara bersetuju mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan menjelang pemilihan parti tersebut yang bakal diadakan pada Oktober, memberi petunjuk penyandangnya Khairy Jamaludin bakal berdepan tentangan.

GEMPAQ !! Menatang ANEH muncul di PRK Kuala Besut +Bergambar

PRK KUALA BESUT: RUMAH DIBINA DALAM TEMPOH 7 HARI SIAP!!..BURUH BINAAN DIKERAH BEKERJA SIANG MALAM!

Guru di ugut lagi!!!

Guru dikata cenderung Pakatan Rakyat diugut
BESUT: Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long

Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Hina agama lain dibenarkan? Ini buktinya..

Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti hina agama lain dibenar
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.

Sudah sampai masa tol percuma untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Pernahkah kerajaan mahupun syarikat ini terfikir duit rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat atas pengorbanan mereka bertahun-tahun di atas lebuh raya?

GempaQ!!! Masjid ni dah ditukar nama ke "MASJID UMNO" .. nak tau kenapa, jom terjah!!!

Aiik!! nak solat pun tak boleh!!! Masjid apa ni!!!!
Kan gila puak2 ni.. bukannya Tuan Guru nak berkempen pun kat masjid tu.. cuba baca kat bawah ni.. 

GempaQ!! MCA akan jadi Parti 'multiracial', parti yang berdasarkan kepada bangsa sudah tidak relevan lagi.?

Penggabungan MCA, Gerakan dan SUPP isu menarik
Akhir-akhir ini kedengaran di sana sini yang MCA sedang menguruskan rundingan agar kesemua parti yang di dominasi oleh kaum Cina bersatu menjadi satu entiti politik yang berkesan.

Ni Bukti Berita Harian Fitnah DSAI, wartawan Azharri kantoii!!

Surat Jusuf Kalla Kepada Ketua Pengarang Berita Harian Sahkan Bahawa Akhbar Perdana Fitnah DSAI

Apa Ditunggu Lagi Wahai SPR, Samanlah...

Isu pembekal dakwat kekal terus masuk ke episod yang makin menarik. Selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat itu yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi SPR dan memperolehi projek bernilai RM7.1 juta itu melalui rundingan terus, Pengerusi SPR Aziz Yusof melenting menafikan sama ada beliau atau timbalannya, Wah Ahmad Omar, mengenali atau mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat itu.

Friday, July 19, 2013

NI wajah Suami Abby Abadi, jejaka kacak!!

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Panas!! Isu beri tanah pada ADUN PAS Mad Said kena main dgn blogger UMNO kah kah kah

ADUN PAS pertahan kelulusan tanah projek limau
ADUN Ladang Tengku Hassan Tengku Omar mempertahankan tindakan kerajaan negeri semasa pentadbiran PAS yang meluluskan tanah kepada satu syarikat milik seorang wakil rakyat parti tersebut, 13 tahun lalu.

Panas!! Ketua jawatankuasa daftar pendatang haram sebagai ahli Umno Terbongkar!!

RCI Sabah: Musa Aman ketuai jawatankuasa daftar pendatang haram sebagai ahli Umno
Jawatankuasa khas diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditubuhkan untuk mencari pendatang haram untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli parti bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) kata bekas Senator, Dr Chong Eng Leong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram, hari ini.

Panas!! Shahidan buka pekong SPR dgn "Syarikat" Salleh

Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Najib mahu SPAD kaji semula tambang teksi : Terima Kasih BN, Janji Malaysia Aman..ha .. ha.. ha..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkat taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bersedialah wahai rakyat MALAYSIA YANG AMAN ini jangan merungut sebab negara kita tidak ada peperangan, maka bersyukurlah bahawa tarif elektrik mungkin naik kah kah kah

TNB beri bayangan tarif elektrik mungkin naik
Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Janji Negara Aman!! Seorang lagi Guru maut ditembak


Fakta : Kalau nak dibandingkan dengan Zimbabwe Malaysia masih selamat lagi ... dah macam cite KOBOI dah ... tembak menembak ... Janji negara AMAN ..

Isu hina agama: Ingat pesan Rasulullah

Tahniah kepada pihak berkuasa yang bertindak segera, tangkas dan cekap dalam menangani isu sepasang individu yang didapati menghina agama Islam dan kesucian Ramadan, baru-baru ini.

Panas!! 200 ekar tanah diberi kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin Umno?

Husam: Tanah diberikan kepada wakil rakyat Umno dijual ke pihak ketiga
PAS sekali lagi membangkitkan isu tanah ketika berkempen untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, kali ini memberikan fokus terhadap 200 ekar tanah di Pulau Perhentian Kecil, yang didakwa mereka turut mempunyai kaitan dengan Umno.

Aziz, Wan Ahmad kepanasan dijolok Rafizi


Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Rafizi Ramli mengenai individu yang mendapat kontrak membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, dinafikan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusuf.

Bukti Kerajaan Persekutuan double-standard dalam pendakwaan

Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen membukti sikap pihak Pendakwa Raya dan Kerajaan Persekutuan berpilih dan double-standard dalam mendakwa pemimpin pembangkang dan penyokong Barisan Nasional (BN).

@anthonyloke 'MP 3 minggu, tapi 3 tahun berlalu MB belum didakwa'

Ia mengambil masa tiga minggu untuk pihak berkuasa membuat keputusan mendakwa seorang ahli Parlimen (MP) DAP, tetapi tiga tahun sudah berlalu sejak Menteri Besar Negri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disiasat berhubung dakwaan menghantar RM10 juta ke luar negara melalui cara yang menyalahi undang-undang, dan beliau masih belum didakwa.

CEO baru FGVH: Baru dua hari sudah panas punggung

KUALA LUMPUR: Baru dua hari memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, namun Mohammed Emir Mavani Abdullah kini terpaksa berkira-kira berapa lama beliau boleh tahan di situ.

Mansuh Seksyen 9A jika tiada apa nak sembunyi

Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, sebagai bukti bahawa tidak ada "apa yang hendak disembunyikan" dalam daftar pemilih.

Siapa yang dimaksudkan oleh KJ boleh menggugat kedudukan Perdana Menteri itu?

Kenapa KJ kait Kuala Besut dengan kedudukan Najib?
Dalam usaha kempen untuk memastikan kemenangan calon BN di Kuala Besut, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) telah mengaitkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak akan tergugat jika BN tewas dalam pilihanraya kecil ini.

Stadium bernilai hampir RM300 juta tapi DUA kali Runtuh kah kah kah

Rekaan dan bahan kualiti rendah punca bumbung stadium Terengganu runtuh
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin hari ini memberitahu Dewan Rakyat keruntuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu berpunca daripada faktor rekaan tidak memadai dan bahan serta hasil kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi.

Sah kewujudan AES bermotifkan keuntungan berbanding keselamatan pengguna jalan raya.

Lebih RM20j kompaun AES dikutip, kroni kaya rakyat terbeban
KUALA LUMPUR 18 JULAI: Kerajaan berkongsi keuntungan hasil pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bersama kroni dengan cara membebankan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Sekiranya tiada kacau-bilau berlaku dan perhimpunan diadakan dengan aman, mengapa perlu didakwa di bawah akta berkenaan?

Guan Eng: Dakwaan kepada Anthony Loke bercanggah hak asasi manusia
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan kekesalannya berhubung saman yang diterima oleh Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke ketika mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada Jun lalu.

Jika kita marah orang lain hina agama kita, mengapa kita tidak boleh dimarahi apabila menghina agama orang lain?

Antara bak kut teh dan kepala lembu
KUALA LUMPUR: Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar.

‘Pasangan Bak Kut Teh’ dikenakan tiga pertuduhan di mahkamah

Pasangan blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Berapa ratus juta ‘kos’ PRK Kuala Besut? Dimana SPR?

Kerajaan didakwa telah membelanjakan RM 288.847 juta untuk pengundi kawasan tersebut.

Satu lagi tahanan mati, adakah pentadbiran Najib benar-benar kejam? @tonypua

Satu lagi tahanan mati, petunjuk untuk segera tubuhkan IPCMC
Satu lagi kes tahanan mati dilaporkan di Batu Gajah, Perak, semalam adalah petunjuk supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani perkara itu.

Kos sambutan Hari Belia 2012 RM11 juta sehari?

KJ perlu jelas secara jujur pertambahan kos Hari Belia 2012
Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta menjawab secara jujur dan terperinci dua persoalan penting iaitu kos sambutan Hari Belia 2012 sebanyak RM55 juta iaitu pertambahan mendadak sebanyak RM28 juta berbanding hanya RM10 juta pada sambutan sebelumnya.

Petisyen : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Pasu dan Rantau Abang kekal milik PAS

Adun PAS Telok Pasu, Rantau Abang kekal
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Terengganu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Pasu dan Rantau Abang kekal apabila Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas mereka, hari ini.

Ramai pemimpin PR bakal hilang kelayakan wakil rakyat

Seorang lagi pimpinan DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook akan didakwa di mahkamah pada 24 Julai ini kerana menganjurkan perhimpunan aman di Padang Merbok, 22 Jun lalu.

Thursday, July 18, 2013

GempaQ!!! Dakwat kekal yang baru ada "Kuasa Magic" ni tentu dapat petua dari david copperfield kah kah kah

Kuala Besut: Warna dakwat kekal ‘muncul’ semula walau dicuci, kata SPR
Selepas berlaku beberapa insiden dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mudah dibersihkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut akan "muncul semula walaupun dicuci."

Benarkah Idris tidak ada masalah dengan Ahmad Said? mana Ahmad Said dalam pilihan raya ini?

Kuala Besut: Pertembungan Idris Jusoh dan Ahmad Said?
ANALISIS: Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kerajaan negeri Terengganu antara yang paling lambat dibentuk. Ini dikatakan ekoran tindakan Istana Terengganu menolak Datuk Seri Idris Jusoh untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB).

Dulu kata "Tanggujawab Kerajaan DAP P. Pinang" Kini sendiri pecah tembelang kah kah kah ... @cmlimguaneng

"JKSB merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dan ditubuhkan pada 9 Julai 2008 bagi membina, mengurus, mengoperasi dan menyelenggara jambatan yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau, Pulau Pinang."

GempaQ!! ‘Hantu’ terperap dalam tembok

Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.

PRU13: Tu dia kos iklan BN RM73 juta?

Adakah SPRM siasat kos iklan BN RM73 juta?
KUALA LUMPUR: Mohamed Hanipa Maidin [PAS-Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah SPRM telah menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa Barisan Nasional dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73 juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Jejak tauke dakwat kekal, dengan dakwat2 hilang kah kah kah

SHAH ALAM – Nama Mohamed Salleh Mohamed Alli tiba-tiba jadi tumpuan apabila dikaitkan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat dua hari lalu sebagai pemilik syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd yang membekalkan dakwat kontroversi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk digunakan pada PRU13, Mei lalu.

Panas!! Zahid hina PEGUAM NEGARA

Baru-baru ini kita rakyat Malaysia di hebohkan bagaimana Menteri Yang jaga Keselamatan dalam negeri turut kena tindakan mahkamah didapati bersalah diatas kesalahan dot.dot.dot...,

Kamaruddin kata beliau tidak kenal Mohamed Salleh, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan urusan perbekalan dakwat kekal diuruskan oleh Kamaruddin dan urusetianya... Ape cite ni???

Setiausaha SPR: Rafizi tuduh di Dewan Rakyat kerana kebal di Parlimen
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.

Pelaksanaan projek 1BestariNet RM663 juta guna wang rakyat?

Kementerian Pendidikan diminta menjelaskan kepada rakyat samada wang pembayar cukai digunakan untuk pelaksanaan projek 1BestariNet bernilai RM663 juta yang ditawarkan kontrak kepada syarikat kroni, YTL Corporation Bhd (YTL).

@TeoNieChing.. Najib pasang strategi bendung pengaruh Muhyiddin di Johor?

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mungkin akan terus berkempen sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir tahun ini kerana masih banyak papan iklan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang memaparkan wajahnya di Johor masih belum diturunkan.

TPP bukan perjanjian adil

PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan perjanjian adil dan bebas, tetapi hanyalah satu alat untuk memastikan perlindungan dan keutamaan diberikan kepada kepentingan korporat dengan mengetepikan kepentingan rakyat dalam hal kebajikan, keselamatan dan sosioekonomi.

Ikhwan demo julang al-Quran di pejabat PM Mesir

Ribuan penyokong Mohamed Mursi, presiden Mesir yang digulingkan, berdemonstrasi di luar pejabat perdana menteri dan berarak di Kaherah pada Rabu bagi menyatakan bantahan terhadap kabinet baru yang disokong tentera, pada hari pertama mereka memulakan tugas.

28,000 rakyat Selangor "BONUS" Raya

Selangor Beri Kupon Raya RM 100, Bonus Kakitangan GLC
SHAH ALAM 17 JULAI : Seramai 28,000 rakyat Selangor yang kurang kemampuan bakal menerima kupon beli belah bernilai RM 100 di bawah Program Jom Shopping sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kantoiiiii!!! Mat Maslan kata Malaysia ke-8 petrol paling murah, bukti ini sebaliknya

Hari ini Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya. Katanya harga murah kerana pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

Siapa yang beria-ia menjalinkan hubungan dengan Vatican?

Tindakan Nuncio Joseph telah mencetuskan api kemarahan di kalangan umat Islam negara ini sehingga mengundang NGO-NGO seperti PERKASA, Jati, Gabungan NGO Melayu Islam Malaysia dan Jalur Tiga untuk bangun mendesak Joseph menarik balik kenyataan nya di samping ke tahap mengeluarkan kenyataan supaya mengusir Nuncio ini keluar dari negara ini.

Panas!! Ahmad Said sahkan 4 ADUN Umno memang dapat tanah tepi pantai

HABIS CAMANE? Wakil Umno memang dapat tanah tepi pantai - MB T'ganu
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.

HINA AGAMA: Kerajaan jangan main pilih kasih

Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih.

Berita Dari FB : 'Mereka tindas kami secara diam'

Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya adalah salah satu pelajar University Insaniah di Kedah, yg baru-baru ni 'Hot issues' kerana puak Umno yg ingin balas dendam dgn kolej kami, (MB Mukhriz) yg tidak mahu memegang usaha pembangunan University Islam yg dahulu dipegang PAS, the point is mereka (puak Umno) egois dan sanggup mempolitikkan masa depan pelajar.

Kalau hendak menempah songkok, jangan tempah dari tukang kasut

Sahabat rapat saya pernah memberitahu, kalau hendak menempah songkok, tempah dengan orang yang mahir membuat songkok. Jangan menempah songkok daripada pembuat kasut, nanti songkok akan rupa kasut. Di sebaliknya jangan menempah kasut dengan pembuat songkok kerana kasut kita akan diperbuat daripada bahan untuk membuat songkok dan kasut itu tidak akan tahan lama.

PRK Kuala Besut; RM 288.847 Juta Sogokan Telah DiLakukan BN

Tempoh kempen sedang berjalan sekarang untuk PRK Kuala Besut dimana pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi adalah pada 24 Julai 2013.

Melayu itu dan Melayu ini, rakyat juga yang ketinggalan

Isu ini terus dimainkan Umno. Kalau Umno tewas maka masa depan orang Melayu akan musnah. Oleh yang demikian, orang Melayu mesti terus menyokong Umno. Tetapi untuk tujuan apa? Supaya mereka yang kita beri kuasa boleh terus mengayakan golongan Umno Baruputra?

Kesudahan yang kita boleh agak!

Saman pilihan raya terhadap SPR tak langgar perlembagaan 
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Saman terhadap tujuh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melanggar perlembagaan, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

PRK KUALA BESUT : AMARAN DARI KJ, BN DAN NAJIB TERGUGAT KALAU KALAH...

KJ: Najib tergugat jika BN tewas di K Besut
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penghinaan terhadap umat Islam salah Najib

Dalam bulan Ramadan kali ini, umat Islam negara ini menghadapi dua cabaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Pertama, penghinaan dan kebiadapan pasangan bukan Islam yang lebih dikenali dengan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang memaparkan juadah bak kut teh (sup tulang babi) sebagai hidangan berbuka puasa dalam laman Facebook mereka. Kedua, tindakan Duta Vatican City, Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian negara ini.

Belasah je lah Najib, janji Malaysia Aman!!

RM44.1 JUTA duit rakyat ditelan untuk kos lawatan Najib
Kos lawatan luar negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir bernilai RM44.1 juta, Parlimen diberitaru hari ini.

Rakyat tidak perlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’

Parlimen bukan kedai kopi - Nasrudin
KUALA LUMPUR: Negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju.

AES: Formula matematik apa kerajaan guna?

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak Menteri Pengangkutan menjelaskan jumlah pembayaran kutipan kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

RAMPASAN TANAH: Rakyat nafi dakwaan Ahmad Said

PRK KUALA BESUT : Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kononnya tidak ada hitam putih tanah dilulus kerajaan negeri kepada rakyat semasa ditadbir PAS dinafikan penduduk.

KEPERCAYAAN KARUT ROH PULANG KE RUMAH

Pertama sekali, ditegaskan bahawa masalah roh adalah masalah ghaibiyyat yang mana ilmu kita tidak akan menggapainya melainkan sedikit. Gapaian yang sedikit itulah apa yang diceritakan dalam nas, baik Al-Quran maupun hadis mengenai persoalan roh. Maka, manusia tidak dapat memandai-mandai mencipta teori sendiri mengenai roh atau mendapat ilmu dengan jalan yang lain mengenainya. Ilmu mengenai roh tidak boleh dicapai melalui renung tafakur, khayalan fantasi atau melalui mimpi. Apabila disebutkan sahaja sesuatu persoalan ghaibiyyat, ia hanya dapat diketahui dengan jalan wahyu, samada wahyu itu datang dalam bentuk nas Al-Quran maupun hadis nabi SAW.

RCI: Tiga beradik Filipina dapat kad pengenalan selepas mereka menjadi anak angkat kepada penduduk tempatan

Tiga beradik dari Filipina diberi sijil kelahiran, disusuli kad pengenalan selepas mereka menjadi anak angkat kepada penduduk tempatan pada 1980-an.

Gara-Gara Beraksi Ala Kedai Kopi, MP BN Malu Besar..

Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir malu besar apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menegur perbahasan Ahli Parlimen BN itu yang diibarat seperti bercakap di kedai kopi.

Berita Gembira Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ni.. Terima kasih BN

1,079 kamera AES akan dipasang di seluruh negara
Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.

Bagaimana Pula Orang Islam Yang Hina Bukan Islam, Apa Tindakan Yang Diambil ?

PAS mahu tindakan lebih adil diambil terhadap orang Islam yang hina bukan Islam
Mengikut laporan The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud yang mahu kerajaan bersikap adil terhadap semua pihak.

Apa nak kisah, Janji Malaysia AMAN : Dasar kerajaan bersifat diskriminasi terhadap rakyat Malaysia sendiri.

DAP desak kerajaan perjelas pengecualian duti eksais kepada warga asing
PETALING JAYA, 17 JULAI: ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San memohon perjelasan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung pengecualian duti eksais dan cukai jualan kepada warga asing yang mengambil bahagian dalam My Second Home (MM2H).

Pasangan persenda Islam didakwa di mahkamah esok, kata polis

Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta esok, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

"Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?

Beri peluang “blogger Bak Kut Teh” tebus kesalahan
Mohamed Hanipa Maidin (gambar) meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini.

Perihal bonus dan harga ayam

BULAN puasa atau tidak, duit, bagi ramai orang, tetap menjadi matlamat utama dalam hidup.
Kata orang ‘money speaks’. Ada duit, ada kuasa, ada suara.

Menyentuh soal duit, terdapat laporan mengenai isu bonus hari raya untuk kakitangan kerajaan.

Berapa ramai perlu mati untuk tubuh IPCMC?

Berapa ramai lagi rakyat Malaysia perlu mati dalam tahanan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Wednesday, July 17, 2013

Panas!! Anak Samy Vellu S Vell Paari digugurkan dari jawatan..

Palanivel gugurkan anak Samy Vellu
Datuk Seri G Palanivel memperkukuhkan kedudukannya dalam MIC hari ini apabila menggugurkan Pengarah Strategi, S Vell Paari dan Ketua Puteri, Usha Nandini daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti itu.

UMNO mana ada kisah bulan puasa ke tak.. @cmlimguaneng

DAP hairan Ahli Parlimen UMNO sanggup berbohong pada bulan puasa
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: DAP terkilan apabila dituduh Ahli Parlimen UMNO bahawa parti itu dan Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chien Jen terbabit di sebalik pembikinan video lucah blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghina Islam.

This Is Mazhab UMNO Hadari...

Patutlah UMNO-BN Umpan Mufti Untuk Mengeluarkan Fatwa Melarang Tazkirah Di adakan Di Bulan Ramadan... Rupa- rupanya UMNO Nak Release Tension Dgn Berhibur Tarian Gelek Jahil Selepas Berbuka Puasa....

Bonus Hari Raya : Ni baru sahih kenyataan dari NAJIB... Tapi duk kaji kikiki

PM: K'jaan kaji beri bonus kepada penjawat awam
3:57PM Jul 17 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Inilah untungnya bila ada pilihanraya kecil.

PRK Kuala Besut: Pesta tabur projek
KUALA BESUT: Nampaknya hari raya belum tiba, tetapi para penduduk Kuala Besut sudah berhari raya.

Tiada langsung Islamis dalam kabinet sementara Mesir: Ia kerajaan haram, perdana menteri haram dan kabinet haram..

Kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran besar untuk mengembalikan pemerintahan awam dan menyelamatkan ekonomi negara itu, proses yang dirumitkan dengan siri tunjuk perasaan dan kebuntuan politik dengan kumpulan Islamis berpengaruh.

Harga Ayam dah Melambung weiihhhh!!!, baru jumpa penyelesaian?? tak kan tunggu 1 OGOS kut!!!!

Harga siling ayam diumum 1 Ogos
ALOR SETAR - Orang ramai tidak perlu panik dengan situasi sekarang, di mana harga ayam melambung tinggi sehingga mencecah RM9.00 sekilogram, berikutan harga siling bagi ayam belum ditetapkan.

GempaQ!!! Ni baru "BETUL" BONUS Raya.. Terima KASIH Berita Harian!!!!

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013.

GempaQ!! Tiba2 UMNO benarkan TAZKIRAH!!!!

"Usai solat, Muhyiddin dan jemaah mendengar tazkirah oleh Fathul Bari yang menyentuh mengenai pembaharuan yang perlu dilakukan untuk memperoleh kehidupan lebih baik di dunia dan akhirat."

Alahai Che Det, Kata Dulang Paku Serpih...

Dr M: Ini orang tak ada akal, bodoh
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Panas!! Rahsia serangan Pengganas di Lahad Datu TERBONGKAR?

Pencerobohan Lahad Datu: Jika sudah tahu, mengapa tidak bertindak?
Pendedahan seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian pada Februari lalu amat menggemparkan negara.

Kalau ikut menteri umno, kalau rumah mahal jgn beli rumah, nanti mesti harga rumah akan turun....

Dr Agus: Dilema hutang negara
PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Panas!!! Rahsia Towkey Dakwat Kekal Terbongkar +Video

Pembekal dakwat kekal rapat dengan bos SPR - Rafizi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu dikatakan rapat dengan pimpinan kerajaan, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kalimah Allah : UMNO melalak bagi menutup lubang taik mereka...

Menteri Umno jangan ‘bertindak melulu’ seperti Perkasa
Menteri Umno dinasihatkan tidak mengikut jejak langkah badan bukan kerajaan (NGO) kumpulan pendesak Melayu, Perkasa dalam kenyataan keras membantah kenyataan yang dikeluarkan wakil Vatican, kata DAP Sabah.

Panas!! Kes Dhamendran : identiti suspek ke-4 didedahkan..

Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan kes kematian N Dhamendran dalam lokap polis pada 21 Mei lalu.

Isu Joseph Marino : Tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011?

Siapa yang dekati pope nasihatilah wakil beliau
Mari kita cakap bahasa mudah. Kalau nak marah, marahlah.

Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino “campur tangan” dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia?

Masyarakat yang serba tak kena

Segala-gala kembali tenang selepas Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak merancang untuk mengadakan Himpunan Blackout 505 lagi buat sementara waktu ini. Keputusan ini disambut dengan perasaan yang berbaur. Bagi penyokong PR, kepenatan itu berlonggok bukan hanya selepas 505, tetapi sepanjang dua tahun kebelakangan sejak tarikh PRU13 mula diteka-teki. Berhempas-pulas dengan latihan PACABA, anjuran forum, penerbitan risalah, menghadirkan diri ke ceramah dan perhimpunan dan sebagainya. Barangkali ia meredakan keletihan selama ini, tetapi pada masa sama kekecewaan yang timbul gagal terubat.

Skandal KTMB : Dedah Penyelewengan kontrak AFC bernilai RM85 juta.

DAP desak kerajaan ambil tindakan segera
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap pegawai KTM Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab melantik kontraktor, Hopetech Sdn Bhd yang gagal menyiapkan projek Sistem Koleksi Tambang Automatik (AFC) bernilai RM85 juta.

Melayu perlu merdeka dari pembodohan 3K UMNO

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut terus memperlihatkan tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) memperbodohkan orang Melayu dengan memainkan tiga kunci kempen mereka iaitu kemiskinan, ketakutan dan kejahilan (3K).

Mengapa pasangan hina Ramadan dibebaskan?

Apakah kita takut bertindak kerana ingin menjaga perasaan orang lain sedangkan maruah agama Islam dihina sebegitu, kata Datuk Syed Ali Alhabshee.

TPPA jadikan Malaysia hamba AS

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai hamba Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu.

DAP "menaja" pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee?, Tiada kaitan dgn DAP..Gua Cuma follow Otaii jerrr!!!????

Sudah Terang Lagikan Bersuluh....
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh ekoran tindakan MP Kinabatangan Bung Mokhtar membangkitkan dakwaan bahawa DAP mungkin "menaja" tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuatkan kandungan kontroversi menghina umat islam di Internet.....

Tolak cadangan kerajaan memulakan proses persempadanan semula jika tidak dibuat secara teliti.

Kaji persempadanan semula dengan telus
Ahli Parlimen Kapar G Manivannan berkata, pihaknya komited untuk menolak cadangan kerajaan memulakan proses persempadanan semula jika tidak dibuat secara teliti.

Panas!! SPR akui ada kertas undi pos tidak dikira !!!!

Pos Malaysia Gagal Serah Sebahagian Kertas Undi Pos Pada PRU-13 - SPR
KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular