Parlimen bukan kedai kopi - Nasrudin
KUALA LUMPUR: Negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju.
Demikian pandangan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan sebagai respons kepada kekecohan yang tercetus di Dewan Rakyat semalam.
Berikut adalah tulisan beliau.
Parlimen adalah sidang para wakil rakyat yang dipilih melalui mandat rakyat teramai dalam pilihanraya. Ertinya mereka adalah figure terpilih seramai 222 orang mewakili rakyat seluruh negara. Sama ada mereka mewakili Barisan Nasional [ 133 ] ataupun Pakatan Rakyat [ 89 ].
Kini wakil-wakil rakyat ini sedang bersidang dan bermesyuarat sejak 24 Jun 2013 yang lalu.
Mesyuarat pertama adalah untuk membahaskan Titah Diraja, Rang Undang-Undang dan Bajet Tambahan serta menjawab lisan soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen.
Masa sidang masih berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum ia berakhir pada Khamis ini bersamaan 18 Julai 2013 bagi Mesyuarat Pertama pada Penggal Pertama.
Suasana sidang hari ini sangat mendukacitakan saya. Apabila terdapat Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan atau ungkapan yang sering disebut oleh Yang Dipertua Dewan sebagai ‘kalimah unparliamentary’.
Mungkin kerana saya junior di Parlimen ini tetapi ia tetap menjadi satu kesalahan yang tidak wajar diungkap oleh ahli parlimen atau seorang yang bergelar pemimpin.
Contohnya semalam MP Kinabatangan beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang saya anggap keterlaluan apabila melemparkan sangkaan jahat kononnya pasangan Alvin dan Vivian yang menghina Islam adalah tajaan DAP.
Lebih tidak beradab apabila beliau menyebut dengan nada yang tinggi perkataan ‘kafir laknat’ kepada seorang ahli parlimen yang lain meskipun ahli parlimen itu adalah seorang non muslim.
Saya menyaksikan situasi ini dengan penuh kesal. Usahkan saya, kelihatan Yang Dipertua Dewan juga sukar untuk mententeramkan mereka.
Berhujah menggunakan bahasa kesat dan nada suara memekik terlolong tanpa memperduli amaran Yang Dipertua supaya masing-masing duduk dan menumpukan kepada topik perbahasan.
Suasana parlimen semalam, kalaupun tidak menyerupai ‘pasar borong’ , tidak keterlaluan kalau saya katakan ianya tidak ubah seperti kedai kopi.
Selayaknya ahli-ahli parlimen sebegini mempertingkatkan disiplin diri, berbahas berasaskan hujah , fakta dan figur, bukan emosi yang tidak menentu disulam pula sangkaan jahat antara satu sama lain.
Memekik terlolong meningkah antara satu sama lain. Ia tidak menyelesaikan masaalah dan tidak membantu ahli parlimen membuat keputusan dengan baik.
Saya harap ia tidak dicontohi oleh ahli-ahli parlimen baru. Ia adalah sempadan yang wajar dihindari.
Senior sayugianya menunjuk contoh yang baik kepada ahli parlimen yang junior. Lebih penting untuk diinsafi betapa mereka sedang ditonton oleh rakyat bahkan sedang diperhatikan oleh dunia. Kualiti ahli parlimen ini masih rendah.
Justeru itu, negara perlukan perubahan besar untuk melahirkan ahli parlimen bertaraf dunia.
Sungguh saya sebut di sini bahawa negara hari ini amnya dan rakyat keseluruhan khasnya tidak memerlukan ‘ahli parlimen kedai kopi’ ke arah memacu negara mencapai standard dan piawaian negara maju. - Harakah..
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment