Aiik!! nak solat pun tak boleh!!! Masjid apa ni!!!!
Kan gila puak2 ni.. bukannya Tuan Guru nak berkempen pun kat masjid tu.. cuba baca kat bawah ni..
Kan gila puak2 ni.. bukannya Tuan Guru nak berkempen pun kat masjid tu.. cuba baca kat bawah ni..
Tuan Guru cuma nak TUNAIKAN SOLAT MAGHRIB.. itu pun menjadi kesalahan ke? Pemimpin UMNO boleh pulak, ke masjid ni khas untuk orang UMNO sahaja?
Kuala Besut: Masjid TUDM halang Nik Aziz solat Magrib
Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak menghalang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menunaikan solat Maghrib dan memenuhi undangan semalam walaupun persetujuan sudah dicapai bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan itu bertandang ke masjid berkenaan.
Menurut Mejar (B) Yusoff Ali dari Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, pada mulanya, pihak pengurusan masjid membenarkan Nik Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan akan tetapi pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.
“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya dipetik dari laporan portal Harakahdaily.
Antara yang turut hadir dalam program malam tadi adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh; Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang; dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.
Nik Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid itu walaupun ada persetujuan diberi.
Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak setiap hari diadakan majlis berbuka puasa. – 19 Julai, 2013./~TMI
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment