Thursday, July 25, 2013

Nasib baik Menteri UMNO, Kalau PR tentu macai dah melalak menteri ni sokong SYIAH !!!

Ahmad Zahid terima kunjungan Duta Iran
PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia di pejabatnya di sini.

Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Ahmad Zahid HamidiZahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata mereka telah membincangkan mengenai isu-isu jenayah merentas sempadan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang dan kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan juga pertukaran banduan warga Iran di Malaysia dan juga warga Malaysia di Iran.

"Delegasi Iran ini juga telah menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran. Tarikh upacara berkenaan akan ditentukan kerajaan Iran kelak," katanya.

Zahid berkata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Perdana Menteri bagi menghadiri upacara itu.

"Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan para pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang turut menetap di Malaysia untuk menemani mereka yang berjumlah sekitar 38,000 orang," katanya.

Sementara itu, Syed Rasoul berkata mereka juga membincangkan cara untuk memudahkan pemeriksaan Imigresen, proses pelawat asing bagi kedua buah negara dan menyelesaikan permasalahan berkaitan prosedur.

"Selain berbincang mengenai kebajikan sosial rakyat Iran di Malaysia dan isu Imigresen, kita juga bersetuju mengadakan perjanjian pertukaran banduan daripada kedua buah negara yang mana akan dimuktamadkan nanti," katanya.

Syed Rasoul berkata beliau yakin kedua buah negara akan terus menjalin hubungan dalam pertukaran kebudayaan dan pelbagai sektor yang lain pada masa depan. - Bernama

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular