Peserta Ratu Cantik Cabar Mufti Wilayah.
TAHNIAH kepada Blog Gendang Perang kerana sanggup mencabar atau mengislahkan Mufti Wilayah Persekutuan, supaya tidak dimalukan oleh peserta ratu cantik Miss Malaysia. Lihat beritanya ini...
Pertandingan Ratu Cantik
Tarikh Keputusan:
15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:
Keputusan:
Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Keterangan/Hujah:
Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.
RASA terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu. Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.
Komen peserta beragama Islam Sara Amelia Bernard yang berbunyi, "Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di SINI dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?
Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.
Pemakaian pakaian mandi/ bikini dalam pertandingan ratu cantik tidak memerlukan peserta beraksi lucah. So, Mr mufti bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.(Blog GP)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya Mufti kena jawab haram atau halal. Tapi apa yang hendak dikata, selagi UMNO mennguasai Malaysia, kuasa ulama tidak akan melebihi kuasa politik tidak Islamik yang ada sekarang ini.. Ulama hanya jadi alat untuk mengampu, dan membenarkan kata pemerintah sahaja. Mulut mereka terkunci kerana jawatannya.
Sejarah telah membuktikan, bagaimana Mufti Selangor Datuk Ishak Baharum telah tersingkir gara-gara Ratu Cantik juga. Ustaz Ahmad Awang tersingkir dari JPM, dan banyak lagi.
Oleh itu wahai Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, sila jawab!
Berita lagi...
2 ORANG FINALIS MISS MALAYSIA PERTIKAI KEPUTUSAN LARANG SERTAI RATU CANTIK
DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.
Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.
Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.
“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.
Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.
Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.
Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.
“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.
“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.
Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.
Pemuda PAS gesa Malaysia haramkan ratu cantik
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta para mufti di negeri-negeri agar mengambil pendirian tegas dengan mengharamkan pertandingan ratu cantik di negara ini.
Ia berikutan terdapat satu penganjuran Pertandingan Miss Malaysia World 2013 bagi mencari bakat untuk diketengahkan bagi mewakili Malaysia dalam Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013 akan datang.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang menyedihkan adalah penglibatan daripada wanita beragama Islam dalam pertandingan tersebut dan mereka mendapat tempat yang tinggi dalam ranking pertandingan tersebut.
Beliau berkata, isunya bukan kerana pertandingan itu diadakan dalam bulan Ramadhan maka penganjur tidak membenarkan empat orang gadis beragama Islam menyertainya, lebih dari itu adalah ia sama sekali menjatuhkan maruah umat Islam dan agama Islam di negara ini.
Tegasnya, pengharaman penglibatan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik bukan terhad hanya pada bulan Ramadhan, tetapi pengharamannya kekal di mana-mana bulan sekalipun.
Menurutnya, melibatkan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik telah menyebabkan peserta tersebut serta umat Islam yang melihat mereka menanggung dosa besar.
Katanya, dengan pakaian yang memberahikan termasuk berbikini, maruah gadis beragama Islam diinjak sedemikian rupa sehingga aurat mereka boleh dipertontonkan untuk tatapan nafsu kaum lelaki.
“Wanita sebenarnya dijadikan untuk dihormati, disanjung dan diletakkan pada kedudukan yang istimewa, bukan sebagai bahan pemuas nafsu lelaki sehingga dijadikan barang dagangan dan dipertontonkan sesuka hati,” ujarnya.
Dalam kenyataan itu, beliau menegaskan bahawa amat wajar Malaysia mengambil pendirian mengharamkan terus penganjuran pertandingan ratu cantik di negara ini. Sebagai sebuah negara Islam, katanya Malaysia seharusnya mengamalkan ajaran Islam dan mesti memperlihatkan keindahan Islam di mata dunia.
Katanya, negara-negara barat akan menghormati Malaysia atas ketegasannya memelihara maruah wanita di samping negara-negara Islam menyanjung tinggi pendirian berani pemimpin negara ini.
“Tonjolkan sikap bahawa Malaysia adalah pembela maruah wanita dengan mengangkat darjat mereka sesuai dengan kedudukan mereka,” katanya. (Hrkh)
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment