Pertama sekali, ditegaskan bahawa masalah roh adalah masalah ghaibiyyat yang mana ilmu kita tidak akan menggapainya melainkan sedikit. Gapaian yang sedikit itulah apa yang diceritakan dalam nas, baik Al-Quran maupun hadis mengenai persoalan roh. Maka, manusia tidak dapat memandai-mandai mencipta teori sendiri mengenai roh atau mendapat ilmu dengan jalan yang lain mengenainya. Ilmu mengenai roh tidak boleh dicapai melalui renung tafakur, khayalan fantasi atau melalui mimpi. Apabila disebutkan sahaja sesuatu persoalan ghaibiyyat, ia hanya dapat diketahui dengan jalan wahyu, samada wahyu itu datang dalam bentuk nas Al-Quran maupun hadis nabi SAW.
Maka, kecenderungan sesetengah pihak menghuraikan maslah roh menurut kefahaman sendiri dengan bersandarkan cerita-cerita yang boleh disifatkan lipur lara, mimpi, kisah para wali dan sebagainya adalah cubaan menerobos hal ghaib melebihi kadar yang dibenarkan. Allah telah memberi peringatan dalam Al-Quran melalui firmaNya:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
(Surah Al-Isra’: Ayat 85)
Perihal mengenai roh telah diceritakan oleh Allah dan RasulNya sekadar yang perlu untuk diimani oleh orang-orang yang beriman. Roh yang berpindah dari satu alam ke satu alam lain tidak pernah dapat kembali ke alam sebelumnya. Justeru, cerita yang menggambarkan roh orang yang telah mati pulang bergentayangan di dunia adalah sangat tidak boleh diterima akal, apa lagi untuk disokong oleh nas-nas syarak. Sekadar hendak menceritakan mengenai kepulangan roh tanpa dalil syarak, kepercayaan Firaun, hindu dan pagan juga banyak menceritakan hal yang seumpama itu.
Apa yang saya curigai, kemungkinan kepercayaan roh ornag mati pulang menjengah keluarganya ini adalah resapan dari kepercayaan karut marut agama Syiah. Sememangnya dunia Ahli Sunnah banyak sekali dicemari kepercayaan karut agama Syiah terutama yang berhubung dengan kematian dan roh. Jika kita merujuk kepada kitab hadis agama Syiah yang terkenal iaitu Al-Kafi, pada Jil.3 MS230 disebutkan hadis-hadis mengenai kepulangan roh antaranya:
عَلِيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ حَفْصِ بْنِ الْبَخْتَرِيِّ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيَزُورُ أَهْلَهُ فَيَرَى مَا يُحِبُّ وَ يُسْتَرُ عَنْهُ مَا يَكْرَهُ وَ إِنَّ الْكَافِرَ لَيَزُورُ أَهْلَهُ فَيَرَى مَا يَكْرَهُ وَ يُسْتَرُ عَنْهُ مَا يُحِبُّ قَالَ وَ مِنْهُمْ مَنْ يَزُورُ كُلَّ جُمْعَةٍ وَ مِنْهُمْ مَنْ يَزُورُ عَلَى قَدْرِ عَمَلِهِ
" Ali bin Ibrahim meriwayatkan daripada bapanya dari Ibn Abi Umair daripada Hafs bin Al-bakhtari daripada Abi Abdillah (a.s) berkata olehnya: Sesungguhnya seorang (roh) mukmin akan menziarahi keluarganya dan akan melihat apa yang disukainya dan dilindungkan daripadanya apa yang dibencinya. Sedangkan roh orang kafir akan menziarahi keluarganya dan akan melihat apa yang dibencinya dna ditutup daripada penglihatannya apa yang disukainya. Berkata lagi (Abu Abdullah): "Di kalangan mereka ada yang menziarahi setiap Jumuat dan dari kalangan mereka ada yang menziarahi mengikut kadar amalan mereka".
Di mana mahu ditemui dalam khazanah hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah hadis-hadis yang jelas menyatakan kepulangan roh seperti yang terdapat dalam kitab besar saheh agama Syiah itu?
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman:
وَحَرَامٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang Telah kami binasakan, bahwa mereka tidak akan kembali (kepada Kami).
(surah Al-Ambiyaa: Ayat 95)
Ayat di atas menjelaskan kepada kita satu sunnah Allah iaitu apabila sesuatu itu telah dimusnahkan oleh Allah SWT, ia tidak akan kembali lagi. Allah telah musnahkan banyak negeri yang penduduknya derhaka kepada Allah, lalu tidak ada satu negeri pun yang kembali bangkit semula sebagaimana sebelumnya. Ia adalah satu ibarat dan bandingan. Kemusnahan akan kekal musnah selamanya. Kematian itu satu kemusnahan. Orang yang telah dicabutkan roh dari badannya, dunianya telah musnah buatnya. Maka, bagaimana roh yang telah musnah dunianya yang dijunjung masa hayatnya, akan kembali semula ke dunia. Itu tidak mungkin dan itu menyalahi sunnah Allah SWT. Begitulah cara kita beristidlal dengan ayat di atas dan mengaitkannya dengan penafian kepulangan roh ke dunia semula.
Dalam hadis Rasulullah :
عن جابر بن عبد الله بن حرام ـ رضي الله عنهما ـ قال: لقيني النبي صلى الله عليه وسلم فقال لي: يا جابر ما لي أراك منكسراً؟ فقلت يا رسول الله استشهد أبي وترك عيالاً وديناً، فقال: ألا أبشرك بما لقي الله به أباك؟ قلت: بلى يا رسول الله، قال: ما كلم الله أحداً قط إلا من وراء حجاب، وإن الله أحيا أباك فكلمه كفاحا فقال: يا عبدي تمن أعطك، قال: تحييني فأقتل قتلة ثانية، قال الله: إني قضيت أنهم لا يرجعون
" Daripada Jaber bin Abdullah bin Haram (R.A) berkata : Aku telah ditemui oleh nabi SAW pada satu hari dan baginda bertanya kepadaku: Wahai Jaber, kenapa aku lihat kamu kelihatan sangat longlai? Lalu aku menjawab: Wahai Rasulullah, bapaku telah mati syahid dan meninggalkan keluarga dan hutang piutang. Baginda lantas bersabda: Mahukah aku khabarkan berita gembira buatmu mengenai apa yang diperolehi oleh bapamu daripada Allah? Kataku: Sudah tentu wahai Rasulullah!. Baginda bersabda: Allah tidak bercakap dengan seorang pun melainkan di belakang hijab. Sesungguhnya Allah telah menghidupkan bapamu dan bercakap dengannya secara berhadapan. Allah berkata kepadanya: Mintalah apa yang kamu inginkan akan aku berikan kepada kamu. Lalu berkata (bapamu): Hidupkan aku semula lalu aku berperang dan mati syahid kali kedua. Allah berfirman: Sesungguhnya aku telah menetapkan bahawa mereka yang telah mati tidak akan kembali lagi".
(Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahehnya dan menurut Arnut Sanadnya Jayyid)
Kalau roh itu boleh pulang semula ke dunia, maka roh orang Syahid itu lebih patut pulang dari roh-roh manusia biasa yang tidak punya jasa besar kepada agama. Roh Pak leman , roh Mak Bedah, roh atok dan roh nenek.
Hadis-hadis yang menceritakan mengenai kembalinya roh untuk mendengar salam orang yang mengucapkannya sewaktu menziarahi kubur, menjawab soalan mungkar dan nakir dan mendengar bunyi detapan kasut orang yang meninggalkan tanah perkuburan bukan dalil untuk mengatakan roh pulang ke dunia. Kita mengimani sekadar yang diceritakan nas dan tidak berlebih-lebihan dalam mengqiaskannya.Malah, tidak ada qias dalam soal ghaibiyyat. Khabar alam barzah yang tsabit daripada nabi SAW adalah Qat'i dan tidak ada tokok tambah dengan jalan qias.
Alam kubur bukan alam dunia yang boleh kita jangkau dengan daya fikiran kita. Roh kembali ke alam kubur tidak boleh ditafsirkan pulang ke dunia. Alam kubur bukan boleh ditafsirkan secara gamblang lubang di bawah tanah yang terpacak dua nesan itu. Kalau begitu, tiadakah alam kubur buat mereka yang mati hancur lebur kerana dibom oleh C4 atau yang hangus rentung dalam kebakaran? Sedangkan alam kubur itu lintasan alam yang pasti dilalui oleh setiap yang meninggalkan alam dunia.
Jika ada orang berkata dia nampak roh neneknya pulang ke rumah, kita katakan itu adalah jelmaan Syaitan dalam sedar atau khayalmu. Roh nenekmu tidak akan pulang lagi bergentanyangan di dunia. Sekalipun pulang untuk mengambil pahala di bulan Sya'ban atau bulan Ramadhan sebagaimana yang dikhayalkan oleh sesetengah orang. Kalau roh boleh pulang ambil pahala, apa pasal pula ulama berkhilaf pandangan mengenai keharusan mengirim pahala kepada si mati. Jadi sepakatlah semua ulama bahawa pahala boleh dikirimkan kepada si mati. Bukan lagi kirim, malah roh si mati sendiri pulang ambil pahala. Hakikatnya, ada ulama berselisih pandangan mengenai sampai atau tidak pahala yang dikirimkan menlalui bacaan Al-Quran kepada si mati. Dalam perselisihan ini tidak pernah pula ada kalangan mereka berhujah bahawa roh pulang mengambil pahala, maka tentu pahala yang dihadiahkan ornag hidup boleh diambil si mati.
Dakwaan ruh pulang ke kubur, pulang ke rumah sanak saudara, melihat perkembangan harta pusaka yang ditinggalkan dulu, semua ini adalah khurafat yang tidak berasas. Saya bimbang jika ia cedokan dari agama Syiah. Kalau sebut pasal Syiah, semangat anti Syiah membuak membara. Marahkan Syiah dan bencikan Syiah. Tapi kepercayaan Syiah pula yang dikendong tanpa sedar. Syiah memasukkan walijah ke dalam otak orang Islam Ahli Sunnah Wal-Jamaah, sehingga tanpa sedar menganut karut marut mereka.
Lebih malang kalau kefahaman roh pulang ke rumah itu adalah warisan karat purba paganisme yang bermuasal dari zaman Firaun sehinggalah ke dunia hindu, kependitaan sami dan kini tidak terpupus sepenuhnya dan masih bersarang dalam amalan orang Islam sebagaimna banyak amalan lain. Asalnya hindu tapi dengan sedikit modified kelihatan Islamnya. Mandi menyucikan dosa diIslamisasi jadi mandi tolak bala. Bersading bertepung tawar dikemaskini jadi makan berhidang dan sebagainya. SUMBER
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment