Tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar di laman Facebook mengenai murid sekolah bukan beragama Islam makan di dalam bilik persalinan baru-baru ini boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, ini kerana tindakan individu terbabit boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum.
"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 26 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan khidmat cemerlang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Gambar yang didedahkan dalam laman sosial sejak tiga hari lalu menunjukkan beberapa murid bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sedang makan di dalam bilik persalinan atau tandas kononnya gara-gara kegagalan pengurusan sekolah menjaga kepentingan murid bukan Islam.
- Utusan Online
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment