Sebagai sebuah negara berbilang kaum selagi tidak ada perpaduan kaum yang sejati negara tidak akan kemana-mana. Setiap orang terutamanya dibandar dan separa bandar, mempunyai jiran tetangga dari berbagai kaum. Hidup yang aman bermula didalam keluarga dan diantara jiran tetangga dalam kariah kita.
Kalau kita tidak setuju dengan jiran tetangga kita janganlah berbezaan pendapat dan pandangan itu berbeza di dasarkan kepada perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Perbezaan itu biarlah di dasarkan kepada isu yang tidak ada kena mengena dengan bangsa, agama dan warna kulit.
Ramai orang termasuk diri saya yang kerdil ini amat gembira apabila ada parti yang melahirkan hasrat untuk menjadi parti perjuangan yang berlandaskan kepada ‘multiracialism’, tanpa menggunakan isu kaum dalam semua halnya. Bagi orang seperti saya dan ramai yang lain amat terkelior dengan perjuangan ini kerana sudah sangat lama kita menunggu masa dan saatnya bagi kita bersatu dan menjadi rakyat Malaysia dan bukannya sebagai bangsa Melayu, Cina dan India atau Kadazan dan Iban.
Oleh kerana sesitiviti dan suasana politik begitu menekan maka ramailah orang Melayu berpusu-pusu menerima perjuangan berbilang kaum ini kerana orang Melayu sendiri mahu melihat perpaduan diantara kaum itu wujud dan bersemi dikalangan rakyat negara kita. Semasa menghadapi pilihanraya baru-baru ini, setiap bangsa bersatu dalam gerakan menentang Barisan Nasional (BN) dan salah satu isu yang dimainkan terhadap BN itu ialah isu perkauman yang BN dituduh begitu menebal permainan politik perkaumannya.
Rupa-rupanya pihak yang memainkan isu perkauman terhadap BN itu juga adalah parti perkauman dan hanya mementingkan ahli-ahli dan pimpinan dari kaumnya sendiri sahaja. Apa yang dilaungkan mereka selama ini hanyalah permainan lidah yang tidak bertulang dan cara mereka bercakap tentang perkauman itu seolah-olah rakyat tidak akan dapat menghidu siapa sebenarnya mereka ini. Sesungguhnya mereka yang melaungan slogan ‘multiracialism’ itu adalah kumpulan yang hakikatnya adalah parti perkauman yang sangat menebal.
Isu ini jelas dan tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Saya tidak mahu mencabar sesiapa tetapi saya dengan rendah hati bersetuju untuk berdepan dan berbincang isu ini secara terbuka. Tetapi saya lebih berminat kepada mereka yang mempunyai pendidikan yang asas dari berbilang kaum untuk membuktikan permainan isu perkauman ini adalah semata-mata modal untuk kempen pilihanraya yang lalu sahaja.
Tetapi segala-gala yang mereka sebutkan semuanya palsu semata-mata dan amat sukar bagi kumpulan yang saya maksudkan ini untuk tampil kemuka dan mengaku sebagai parti dengan perjuangan ‘multiracial’ nya selepas ini. Mereka terpaksa menebalkan muka untuk kembali memberikan retorik perjuangan ‘multiracial’ mereka selepas ini.
Pendeknya tiada mana-mana pihak berjaya untuk perjuangan untuk berbilang kaum ini dan ia tidak mungkin boleh dilakukan oleh pihak yang jelas membohongi rakyat ramai ini. Akhir-akhir ini saya berjumpa dengan rakan-rakan yang saya kenali dan juga dari mereka yang menghubungi saya secara peribadi. Mereka berkumpul secara santai seramai dua puluh atau tiga puluh orang dalam satu-satu perjumpaan untuk mengetahui apa yang saya maksudkan sejak akhir-akhir ini. Mereka terdiri dari orang-orang kelas menengah dari berbilang kaum dan mereka serius dan tekun dalam perbincangan secara santai-santai itu.
Saya mulai sedar yang setiap kaum mempunyai niat yang serius untuk melihat perpaduan diantara kaum terjalin dan tidak lagi mahu melihat rakyat dipecahkan oleh kumpulan atau parti yang mahu rakyat berpolitik mengikut ‘flavor’ perkauman kerana selagi keadaan itu wujud negara kita tidak akan kekal aman seperti yang kita semua kehendaki.
Itu jugalah sebabnya blog ini tidak jemu-jemu berpandangan yang kita terpaksa bermula seperti kita berada dalam sebuah negara yang baru. Proses menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum ini belum lagi kemana-mana
Kita terpaksa memulakan negara baru dan segala-galanya baru bagi merobah sistem dan ‘ambience’ politik yang menebal permainan isu perkauman mereka. Rakyat yang inginkan sebuah negara yang rakyat berbilang kaum berpadu perlu menolak dan tidak membiarkan sesiapa atau mana-mana pihak yang rasuah serta menunjukan sikap dan disposisi sebagai parti perkauman.
Usaha ini wajar dilakukan oleh rakyat semua kaum kerana generasi yang akan datang akan mewarisi sikap dan tabiat kurang baik yang kita tinggalkan nanti. Kalau dilihat dari apa yang sedang berlaku kini tidak ada pihak yang benar-benar jujur dan telus untuk perjuangan ini.
Biar kita bermula dari sekarang. Jika tidak sempat kita menyaksikan kejayaannya biarlah ia dikecapi oleh generasi yang akan datang. - Aspan Alias
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment