Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui trauma apabila kereta yang dinaikinya ditahan penyokong parti pembangkang ketika meninjau pusat pengundian, semalam.
Beliau berkata, kejadian berpunca apabila 200 penyokong parti yang berkumpul depan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut.
Kata Wan Ahmad, kumpulan itu menahan kereta dinaikinya dan merempuh masuk perkarangan sekolah ketika konvoi membawa anggota penasihat dan petugas SPR memasuki kawasan itu.
Katanya, ia berlaku kerana kereta yang dinaikinya dan empat lagi kereta ada logo kerajaan Terengganu, menyebabkan mereka beranggapan ada pemimpin parti lawan mencampuri urusan pengundian.
"Mereka merempuh masuk dan mahu mengambil alih kawasan itu. Alhamdulillah, saya membuat keputusan segera meninggalkan pusat pengundian bersama-sama kumpulan konvoi.
"Penyokong juga tidak menghiraukan teguran beberapa pemimpin mereka yang meminta semua bertenang dan cuba memaklumkan bahawa orang yang datang itu adalah kumpulan SPR," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Majlis Daerah Besut di Jertih, malam tadi.
Wan Ahmad tidak dapat menjangka apa akan berlaku terhadap dirinya dan kereta yang digunakan jika tidak meninggalkan pusat pengundian dalam masa cepat.
Katanya, ia pertama kali beliau berhadapan insiden sedemikian sepanjang berkhidmat dengan suruhanjaya itu dan keadaan bertambah cemas apabila usaha 10 anggota polis untuk melindunginya tidak dihirau.
"Tapi saya berterima kasih pada dua, tiga pemimpin parti itu yang membuat keputusan mengerumuni saya untuk ke kereta sebelum polis membuka laluan untuk membolehkan kereta keluar.
"Yang paling tidak sedap ialah ada penyokong yang mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mendengar nasihat pemimpin mereka supaya bersabar," katanya.
Beliau menyifatkan kejadian itu mencemari proses pengundian yang sebelum ini disifatkannya sebagai Pilihan Raya Kecil (PRK) paling tenang dan boleh dijadikan contoh.
Katanya, ia tidak patut berlaku bukan sahaja pada kereta yang dinaiki petugas SPR, tetapi juga mana-mana kenderaan yang melalui pusat pengundian.
Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap penyokong parti terbabitt, Wan Ahmad berkata:
"Ini bukan masa untuk menilai mahu mengambil keputusan atau tidak kerana yang penting saya selamat." ~the malaysian insider
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment