Friday, July 19, 2013

Aziz, Wan Ahmad kepanasan dijolok Rafizi


Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Rafizi Ramli mengenai individu yang mendapat kontrak membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, dinafikan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusuf.


Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?"

Dalam pendedahan di sidang Parlimen Rafizi tidak langsung menyebut nama Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi kenapa Aziz terasa panas punggung? Ada apa-apa ke?

Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal itu dilakukan Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria, manakala beliau dan Wan Ahmad tidak tahu menahu.

Penjelasan Aziz itu mungkin diterima dengan mudah oleh 'lembu-lembu' suami Sharizat Jalil atau 'anak-anak ayam kampung' yang diberikan Tajuddin Rahman kepada beberapa pengundi di Kuala Besut, dua tiga hari lalu tetapi bukan mereka yang otaknya berjalan dan tahu prosedur dalam sesebuah organisasi.

Mereka yang ada otak dan otaknya bergerak akan membuat penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku. Begitu juga ahli firasat sudah dapat membaca apa sebenar berlaku dengan merenung muka mereka, Aziz dan Wan Omar.

Tidak munasabah kalau Aziz atau Wan Ahmad tidak mengetahui mengenai urusan pembelian dakwat itu atau peralatan lain sedangkan ia bernilai jutaan ringgit. Peruntukan dakwat kekal itu saja bernilai lebih RM7 juta. Apakah boleh, sebagai seorang pengerusi dan timbalan pengerusi melepaskan begitu sahaja urusan pembelian dan perolehan lain kepada setiausaha?

Untuk mengukuhkan dakwaan Aziz ini mungkin rakan karibnya Wan Ahmad Wan Omar boleh membuat penjelasan berpandukan kepada pengalamannya yang pernah menjadi Setiausaha SPR sebelum ini. Apakah urusan perolehan untuk SPR diuruskan setiausaha dan tidak ada campur tangan pengerusi? Jawab Wan Omar, bantulah kawan itu.

Dalam pada itu, Aziz juga membuat penjelasan pembelian dakwat kekal itu berjalan dengan baik. Beliau berhujah menyatakan ia diluluskan oleh Kementerian Kewangan dengan baik. Alasan ia diluluskan dengan baik tidak begitu kemas. Apakah maksud dengan baik itu? Apakah apabila sesuatu diluluskan oleh kementerian kewangan ia dijamin tidak berlaku penyelewengan. Cara Aziz berfikir seperti tidak pernah berkerja dengan kerajaan.

Kementerian Kewangan akan meluluskan berapa saja jumlah yang dikehendaki selepas ia diluluskan oleh SPR. Bajet itu disediakan SPR dengan Aziz adalah pengerusinya. Mustahil kalau semasa membuat kelulusan itu Aziz tidak tahu? Mesti tahu. Rasanya Kamarudin tidak akan berani buat sendiri kerana ia jumlah yang besar. Kalau benar Aziz tidak tahu seperti dijelaskan, malangnya Malaysia mempunyai seorang pengerusi seperti Aziz.

Begitu juga cara Aziz melemparkan perkara itu kepada Kamarudin seakan-olah beliau mahu ia dipikul oKamarudin bersendirian tanpa mengaitkan dia dan Wan Ahmad. "Elok urusan ini diajukan kepada Kamaruddin," begitulah katanya dipetik.

Adalah sesuatu yang janggal Aziz sebagai pengerusi tidak mengetahui mengenai tender pembekalan dakwat kekal itu. Sikap Aziz boleh disangsikan kerana sebelum ini dia yang menegaskan dakwat itu kekal, (sambil menunjukkan jarinya yang berlumuran dakwat bagi menyakinkan orang ramai), selepas itu dia sendiri juga mengakui sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat keadaan dakwat itu bila timbul kekalutan.

Sebenarnya sikap dolak dalih dan berpendirian tidak kemas begini menjadikan sebahagian besar pengundi semakin mempertikaikan ketelusan dan kebersihan SPR sebagai badan bebas. Sikap Aziz yang tidak tegas dalam pendirian mempertahankan keputusan dibuatnya itu makin menyebabkan rakyat marah kepadanya dan juga SPR.

Pastinya isu berkaitan pembelian dakwat kekal dan dakwaan dibuat Rafizi dalam Parlimen itu akan menjadi perhatian SPRM. SPRM tidak perlu melepaskan begitu saja memandangkan ia membabitkan kewangan rakyat yang besar. Cuma kita harap jangan dalam kes ini teknik menggunakan 'Bafia' seperti mana berlaku ke atas pendedahan Rafizi mengenai akaun dalam perniagaan lembu gemuk (NFC) digunakan. Rafizi yang sebelum ini mendedahkan pernyataan kewangan syarikat NFC disaman atas kesalahan di bawah Bafia.

Dalam pada itu, sejuta tahniah kepada Rafizi atas inisiatif mendedahkan perkara itu dalam memastikan wang rakyat tidak dibazirkan dan SPR sebagai badan bebas benar-benar bebas sesuai dengan kewujudannya. Langkah dan keberanian Rafizi harus menjadi teladan wakil rakyat lain. – msomelayu.blogspot.com,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular