KES 1 : Bapa Muslim rayu keputusan mahkamah benar anak kekal Hindu
Bekas suami M Indira Gandhi , Muhammad Ridzuan Abdullah akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya dalam masa 10 hari akan datang.
Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.
"Kita sudah pasti akan membuat rayuan kerana ia berkaitan pembatalan sijil memeluk Islam. Lagipun, kes ini membabitkan kepentingan awam.
"Anak guam saya ada di sekitar Ipoh pada hari perbicaraan tetapi dia tidak sempat hadir ke mahkamah," kata Hatim dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.
Beliau berkata pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.
Swee Seng berkata di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 mengehendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman tersebut dilakukan.
“Di bawah Perkara 3, 5 dan 11 Perlembagaan Persekutuan; Indira Gandhi mempunyai hak kebebasan dan hak sama rata untuk membesarkan anak-anak dengan didikan amalan agamanya.
“Keputusan ini merujuk kepada Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita (Cedaw) yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia,” tambah Swee Seng semasa penghakimannya terhadap kes itu.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Indira, M Kulasegaran berkata beliau berharap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu disebabkan kes berkenaan berlarutan selama lima tahun.
"Dua tahun lalu, Peguam Negara pernah membantah apabila kita cuba membawa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat semakan kehakiman kerana berpendapat Mahkamah Tinggi boleh mengendalikan kes itu.
"Oleh itu, kita berharap beliau tidak akan menggunakan kuasanya untuk merayu dalam keputusan kali ini," katanya.
Indira, seorang guru tadika berkahwin dengan K Patmanathan 20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.
Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya masuk Islam dan menjadi Muhammad Ridzuan Abdullah.
Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.
Penukaran agama itu tanpa pengetahuan isterinya.
Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.
Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.
Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.
Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka. – 27 Julai, 2013. TMI
KES 2 : MCA: Selaraskan undang-undang negeri dengan Perlembagaan
MCA hari ini menuntut supaya enakmen negeri dan undang-undang harus selaras dengan Persekutuan Perlembagaan bagi memastikan agama ditentukan kedua-dua ibu bapa.
Biro Publisti MCA, Heng Seai Kie, berkata kerajaan negeri perlu meminda undang-undang bagi memastikan ia konsisten.
“Ia akan lebih membantu jika semua Enakmen Negeri mengikut Enakmen Pentadbiran Islam (Perak) yang memerlukan kanak-kanak hadir secara peribadi mengesahkan penerimaan mereka bagi penukaran agama,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Heng mengulas ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membenarkan permohonan guru tadika M Indira Gandhi membatalkan penukaran agama bagi tiga anaknya baru-baru ini.
Beliau yang menyambut baik keputusan penting oleh Hakim Lee Swee Seng, berkata bahawa hal itu harus diselaraskan dengan kedudukan MCA bahawa Perkara 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan menerangkan 'agama seseorang yang di bawah umur berumur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa beliau,iaitu perlu melibatkan kedua-dua ibu bapa.
“Mengikut Perlembagaan Persekutuan yang dicetak kerajaan dalam versi Bahasa Melaysia dengan jelas menggunakan perkataan ‘Ibu-Bapa’ bermaksud memerlukan pertujuan kedua-dua ibu bapa seperti dalam kandungan kesebelas, Perkara 160 (1) dalam Persekutuan Perlembagaan berbunyi bahawa 'kata-kata dalam bentuk tunggal termasuk majmuk, dan kata-kata dalam bentuk plural termasuk 'tunggal, " katanya.
‘Kami mahu mengelakkan situasi terjadinya kes seperti ini lagi bagi mereka yang menukar agama , dan secara tidak langsung turut menukar agama anaknya tanpa memberitahu pasangan mereka sebagai satu cara mendapatkan jagaan tanpa melalui mahkamah sivil,” katanya.
Katanya, semua agama adalah suci dan kerana itu individu tidak harus menggunakan agama untuk mencapai agenda mereka sendiri.
Heng juga menggesa bekas suami Indira untuk mengembalikan anak bongsu mereka segera kerana Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan penuh kepada ibunya terhadap tiga kanak-kanak itu pada tahun 2010.
"Sebagai seorang ibu, saya juga merayu kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk membantu mencari Indira Prasana supaya ibu dan anak perempuan boleh bersatu semula dan adik-beradik tidak akan dipisahkan daripada satu sama lain," katanya. – 27 Julai, 2013. TMI
KES 3 : Kerajaan akan MENGAMBIL KIRA pandangan PARTI KOMPONEN BN berhubung CADANGAN PINDAAN ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2013.
Cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan Perlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. "Kerajaan sedar dan sedang mengambil kira semua pandangan. Kita meneliti perkara terbabit.
"Kabinet telah membincangkan perkara ini dengan teliti dan kita mengakui terdapat keperluan untuk penyelesaian yang lebih adil dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Parlimen hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai sama ada cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 bercanggah dengan keputusan Kabinet pada 2009 tidak membenarkan penukaran agama secara satu pihak sahaja. - BERITA HARIAN, 2 JULAI 2013.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment