Friday, July 26, 2013

Sejak bila logo "R" jadi lambang parti? Ini memang pelik .. baca lah +Video

Baju ‘R’ Tak Boleh Masuk Kawasan Mengundi, Baju 1Malaysia Boleh?
BESUT: Pengerusi ‘R’, NGO menuntut royalti minyak dikembalikan ke negeri terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah kesal dengan tindakan pihak keselematan yang menghalang beliau masuk ke pusat mengundi dengan mamakai baju T berlogokan ‘R’.


Beliau selaku ‘pemantau’ Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut ditemui skuad BO ketika berhujah dengan tiga peagawai polis di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru ada kira-kira jam 3.30 petang abu 24 Julai, hari membuang undi.

Ketika mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya polis mengahalang baju ‘T’ berlogokan ‘R’ memasuki kawasan mengundi, beliau menggesa orang ramai yang memakai logo ’1Malaysia’ juga harus ditegah.

“dia (polis) beri alasan tak kira mana-mana logo dan sebagainya……..cuma saya minta satu pengesahan dari beliau (polis) mengapa logo 1Malaysia boleh pakai, aya tak ada masalah saya boleh tanggalkan (baju T saya,

“cuba bawakan kepada saya akta apa…..pasal berapa……’clause’ berapa yang mengatakan mana-mana logo NGO tak boleh pakai!……dia tak boleh jawab sebab benda itu memang tak ada,”tegasnya.


Menurutnya, para petugas beliau yang menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya tersebut turut dihalang dan tidak dibenarkan masuk kerana hanya smata-mata memakai baju T berlogokan ‘R’.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

Unknown said...

kejadian tersebut pernah terjadi kepada saya dimana saya memakai baju INI KALILAH yang tidak mempunyai logo parti dihalau keluar dari pusat pengundian semasa saya bersama calon melawat setiap peti undi...betapa bodohnya SPR dan Polis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular