Saturday, May 11, 2013

Panas!! Pemimpin UMNO Kelantan Minta Najib dan Mustapa Buang Telor???

Seorang pemimpin Umno Kelantan yang ikut sama bertanding di dalam pilihan ke-13 lalu tidak dapat melindugi rasa marahnya dan melepas garam kerana Umno gagal kuasai Kelantan meminta saya memberi tahu Preiden Umno, Mohd Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya buang 'telor' mereka dan berikan kepada anjing.

DAP akan ambil alih pusat MCA dan Gerakan ..

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.

Utusan Malaysia is Now Utusan 'Karut'

Utusan Malaysia is Now Utusan 'Karut' Utusan Malaysia has done it again. Their justification of BN’s terrible performance was racial and totally divisive which does not help the nation building process at all after GE13. By singling out a race of people who decided to choose Pakatan Rakyat(PR) instead of the incumbent UMNO/BN government they have portrayed the Chinese Malaysians as ungrateful and should be dealt with in the near future.

Mat Said dah tunjuk belang : permulaan penindasan sudah bermula

Mat Said dah tunjuk belang. Penyokong umno beend mana anda semua? baca ni, nilai sendiri, pikir pakai akal. kalau nak naikkan cukai dan mintak sewa, mohon Dato' Seri Ahmad Said mintak dgn penyokong tegar umno je. Jangan mintak dgn penyokong PR. INI DIPANGGIL POLITIK BALAS DENDAM. lembu pun tak seteruk ni..

DAP tidak akan ganti MCA .. Pertikaikan UMNO mengenai Isu Hudud

Lim Kit SiangDAP tidak akan menyertai kerajaan BN untuk menggantikan peranan MCA.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, DAP berbeza dengan MCA kerana parti itu berjuang untuk semua kaum, bukan mewakili kaum Cina sahaja.

'Dulu tuduh kafir harbi, sekarang ajak DAP masuk BN'

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyindir kerana masih ada pemimpin dalam Umno, parti yang pernah melabel DAP sebagai "cauvinis, komunis dan kafir harbi", kini mengajak parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).

KENYATAAN MEDIA Dr MAZA : Mengapi-apikan isu perkauman merupakan perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak.

KENYATAAN MEDIA PROF MADYA DATO’ DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
ISU PERKAUMAN

‘MEREKA YANG MENGAPIKAN ISU PERKAUMAN MELANGGAR AJARAN ISLAM’

‘Tsunami Cina’ : Merdeka Center sanggah Najib

Keputusan PRU13 bukan ‘tsunami Cina’
Sementara keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih menguasai kerajaan Persekutuan, kajian awal Merdeka Center mendapati ‘tsunami pengundi Cina’ yang didakwa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tepat.

Menyanggah Tulisan Masitah Ibrahim yang lupa SEJARAH


Okeh... Gua nak menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim yang gua baca di Sinar Harian pagi Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan... sebaik-baik hari dalam seminggu... penghulu segala hari...

Panas!! GERAKAN TOLAK SERTAI KABINET BN !!!

Koh Tsu Koon letak jawatan, Gerakan tak sertai kabinet
Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

Friday, May 10, 2013

Kemana menghilang Mak Janda dan Ibu Tunggal yang saman kerajaan negeri Selangor?

Ni gambar sebelum pru 13 Mak Janda dan Ibu Tunggal Selangor yang setiap malam muka mereka masuk dalam TV3 riuh rendah saman kerajaan negeri Selangor dengan tujuan tak lain tak bukan sebagai isu politik untuk raih sokongan kepada BN dalam pru 13.

Nota Kecil Untuk Memahami Kes Azmin Ali

Kerana saya letih untuk menulis dan ulas panjang maka saya catat nota kecil ini saja.
1. Seperti mana saya tidak percaya Mohamaed Azmin Ali akan umum keluar dari PKR bersama rakan-rakan, maka ia terjawab hari ini apabila Azmin menjelaskan yang beliau masih bersama PKR. Sidang akhbar khas Azmin bersama beberapa orang MP dan Adun Selangor yang sangat diminati ramai khasnya Umno, menjawab serba serbi. Yang paling pentingnya dia tidak keluar PKR dan berjanji tidak akan mengkhianati amanah rakyat terutamanya pengundi di Gombak dan Bukit Antarabangsa.

Panas!! Najib Dijangka Lepaskan Jawatan PM Hujung Tahun Ini


Berita Reuters yang disiarkan di luarnegara menyatakan, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkemungkinan perlu melepaskan jawatannya di penghujung tahun ini, memetik sumber dalaman partinya apabila Barisan Nasional menang tetapi dengan prestasi paling buruk di dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Gempak!! Soi Lek Letak Jawatan???

Veteran MCA Minta Soi Lek Letak Jawatan
KUALA LUMPUR: Ahli veteran MCA mendesak presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk meletakkan jawatan selepas parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mengalami kekalahan terburuk dalam Pilihan Raya 2013.

MCA mula melakukan introspeksi diri dan itu tindakan terpuji

Saya amat berminat kepada isu yang melingkari MCA akhir-akhir ini. Hari ini perjumpaan di kalangan bekas pimpinan utama MCA telah membuat keputusan untuk mendesak Chua Soi Lek meletakkan jawatan dengan segera. Chua Soi Lek wajar bertanggungjawab atas kekalahan MCA yang begitu besar dalam PRU yang baru selesai minggu lepas. Daripada 37 kerusi yang ditandingi MCA hanya 7 kerusi sahaja dimenangi oleh parti kaum Cina yang terbesar dan tertua di negara ini.

Isu perkauman: Mohamad Sabu pula jadi mangsa.


KUALA LUMPUR: Musuh PAS dilihat sangat terdesak apabila terpaksa menggunakan nombor telefon para pemimpin PAS untuk menyebarkan sentimen perkauman di negara ini.

Hari ini Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) pula menjadi mangsa 'hack' nombor telefon selepas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menghadapi masalah yang sama semalam.

Guru Suruh Murid Pindah ke Sekolah Arab Sebab Umno Kalah

Saya ingin memberi maklumat sedikit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sikap dan fiil hudud seorang guru besar di sebuah Sekolah Kebangsaan di kawasan Dun Chetok Pasir Mas Kelantan yang dianggap sebagai tidak wajar dan mencemar profesion perguruan.

Gempaq!! Mat Sabu Kena "Rasukan Hantu"


Rupanya ramai yang menjadi mangsa rasukan hantu yang bertuan!
Mat Sabu Dedah Punca Tewas dalam PRU13

KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.

Apa yang Norman nak? Persembahan terbuka?

NormanKRU
Norman KRU nak apa lagi dari PAS?

Artis spesis UMno, Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios sebelum ini pernah membuat kenyataan terbuka yang industri hiburan tempatan dan antarabangsa akan hancur sekiranya pimpinan Pas memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU13. Dia tak percaya kepada Yang Maha Esa sebagai pemberi rezeki dan percaya UMnolah yang mengisi perut mereka.

Tiada sebab DAP menyertai BN

Cadangan setengah pimpinan BN meminta DAP menyertai BN adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana ia akan memecahkan sepakatan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP menerimanya ia sekali gus membuktikan yang DAP hanya mementingkan kuasa dalam kerajaan. DAP akan hilang identitinya dan bukannya parti yang yakin terhadap perjuangan yang telah sama-sama dipersetujui dari awal dengan rakan-rakan kongsi dalam PR.

Jom Kita Baca

179489_658686177490819_1535342993_n - Copy

UBAH, UBAH DAN UBAH LAGI

Saya suka dengan perkataan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz kepada ‘setiausaha politiknya’ Rajak bin Haiwah. Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz:

“Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Salahudin di Fitnah ... Sebarkan!!


Telefon bimbit Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dicuri, ada orang guna telefonnya untuk menghantar mesej berikut:
"CINA TELAH CUBA TOLAK KUASA MELAYU TETAPI GAGAL。“CHINESE ARE NOT THE KING MAKER”SEKARANG MASA MELAYU BERSATU UNTUK AJAR CINA。SEBARKAN!"

Jangan percaya khabar angin tersebut. Sila sebarkan.

Wednesday, May 8, 2013

BONGKAR, TIPU PRU13 - Bukti Bergambar +Video

Dipetik dari Whatsapp. Sekadar berkongsi.
Posting ini bukan kami PENYOKONG PR tak terima kenyataan, kami mahu buka minda rakyat Malaysia apa yg sebenarnya BERLAKU semasa PRU-13. Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2kan. Kalau setuju atau tak setuju, sila komen dgn berhemah.

Tuesday, May 7, 2013

Akta Hasutan : Mahathir Terlepas??


Utusan disiasat, Mahathir terlepas, Najib pertahan
Polis menyiasat Utusan, dua penulis blog kerana menghasut

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis siasat utusan setan umno isu #ApaLagiCinaMahu


Polis siasat laporan "Apa Lagi Cina Mahu?"
KUALA LUMPUR: Polis membuka siasatan terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" selepas menerima satu laporan yang mendakwa laporan berkenaan berunsur hasutan.

Umno-BN hanya menang "kerusi"

Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Selesai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit.

‘Utusan’ guna sentimen kaum untuk tutup penipuan PRU13


PETALING JAYA, 7 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang memainkan sentimen perkauman untuk menutup penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dua hari lepas.

Ini bukan ‘tsunami kaum Cina’, tapi ‘tsunami rakyat Malaysia’


KUALA LUMPUR, 7 MEI: Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) menambah kerusi Parlimen daripada 82 kepada 89 dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 197 kepada 230 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap “tsunami rakyat Malaysia” bukannya “tsunami kaum Cina”.

Panas!! Papa Gomo dan seorang Blogger PR di Tahan


Polis tahan Papagomo dan King Jason

Harakahdaily,
07 Mei 2013

(Blogger Papagomo)

BERITA GEMPAQ!! DARI TERENGGANU:

BERITA TERKINI DARI TERENGGANU:

[1] Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada keluarkan kenyataan tadi bahawa keputusan PRU13 di Terengganu sedang diprotes kerana wujud kecurigaan setelah PR mendahului kemenangan dan tewas setelah kiraan semula. Khabarnya, Sultan Mizan sendiri tidak mengiktiraf kemenangan BN di sana.

Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?


SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Najib Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ia cukup senang: tsunami Cina.

Monday, May 6, 2013

'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

PR TOLAK KEPUTUSAN PRU 13


Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Fakta Menarik PRU 13

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

Tanpa semua PENIPUAN BN takkan menang!! +Video


BN Menang Sebabnya...
Lebih teruk daripada tan seri abdul rashid (bekas pengerusi SPR)

1.Membuat pengiraan semula berulang-ulang dimana BN tewas!!

Sunday, May 5, 2013

Pengiraan bermula, dan ini antara kerusi tumpuan

KUALA LUMPUR: Sehingga awal pagi nanti, seluruh negara akan memberikan tumpuan kepada pakatan manakah yang akan mula-mula mengumpulkan sekurang-kurangnya 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan -- Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Keputusan PRU13 secara "LIVE UPDATE"

In Shaa Allah .. Kami akan membawa liputan secara "LIVE UPDATE" keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bermula dari jam enam petang ni di PAGE Kami :


[VIDEO & GAMBAR] Pengundi Hantu mula berkeliaran


Berikut ialah beberapa kes "pengundi hantu" yang terdiri daripada warganegara asing yang dapat dirakam dan disiarkan secara meluas melalui media sosial.

Di dalam kebanyakan kes, warganegara asing ini didapati memiliki kad pengenalan (Mykad) yang masih baru dan tidak tahu bertutur di dalam bahasa Malaysia serta tak kenal siapa PM Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular