Saturday, May 14, 2011

UMNO Terlibat Secara Langsung - Mahfuz Omar


[HD] KUALA LUMPUR, 13 Mei: Keengganan mengambil tindakan terhadap cetusan berbahaya Utusan Malaysia menunjukkan Umno terlibat secara langsung dengan laporan itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Akhbar itu baru-baru ini mengapi-apikan kemarahan orang-orang Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai rancangan menjadikan Malaysia negara Kristian.

13 Mei Yang Menggemparkan

Pada tarikh 13hb May 2011 merupakan hari yang paling gempar kepada blogger blogger yang mengunakan hosting blogspot.com.

Masing masing tidak dapat log in dan ini menyebabkan ramai tiada entri baru pada 13 hb May 2011.

Kami juga tidak dapat mengomen blog blog dari hosting blogspot.com

Man United bolot juara liga ke-19

LONDON: Keputusan seri 1-1 dengan Blackburn Rovers sebentar tadi sudah mencukupi buat Manchester United dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris untuk rekod kali ke-19.

United yang hanya memerlukan satu mata untuk dua baki perlawanan liga musim ini, nyata menjadi kenyataan bagi menepis saingan Chelsea di kedudukan kedua liga.

'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim

NONEKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.


Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu -- 
tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

Video lucah disebarkan di masjid pulak!


VIDEO lucah betul-betul dah jadi modal politik murahan. Tak cukup dengan promosi besar-besaran di TV3 suku, Utusan Merapu, Berita Hairan, kali ni gerombolan  mengedarkan video lucah di masjid pulak.

Poligami: Payung Emas dan Mitosnya???

Gambar Hiasan

Payung emas : mitos orang lama menggambarkan hadiah yang diperolehi di akhirat nanti  kepada isteri yang ikhlas mengizinkan suami berpoligami.

A. Poligini/Poligami Ditinjau dr Aspek Agama


Penyeludupan keluar gula dijangka berkurangan

NONE
Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.


Beliau berkata penyeludupan gula menerusi sempadan sehingga sukar dikawal sebelum ini adalah disebabkan perbezaan harga hampir RM1 lebih mahal di negara jiran.

Rahsia Ka’abah



light3

Ubat jantung guna hormon khinzir

http://3.bp.blogspot.com/_2M-4XwlOfbc/TEnefiopRDI/AAAAAAAACL8/o3hzod9NrX8/s1600/babi_organik.jpgMohon penjelasan Majlis Fatwa ubat jantung guna hormon khinzir

SAYA ingin menyentuh mengenai tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com dalam ruangan ini pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin sama ada bapanya sanggup menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.

Ngeriiiii...Potong Kepala Wanita,Bawa ke Pusat Membeli Belah...


Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan pisau menggemparkan para pelancong apabila memegang satu kepala wanita yang dipotongnya di lokasi pusat peranginan terkenal Sepanyol iaitu Los Cristianos, Tenerife di kepulauan Canary, lapor sebuah akhbar semalam.

Salih Yaakob: Contoh Terbaik Poligami - Perunding Motivasi


Kuala Lumpur: Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob adalah contoh terbaik bagi suami yang perlu berkahwin lebih daripada seorang isteri dan berkemampuan melakukannya daripada semua sudut yang diputuskan agama.

Anwar: Saya tak menyesal masuk Umno dulu

anwar abim forum
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Umno hampir 30 tahun lepas.


"Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," katanya ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM).

Kes liwat: Nasib Anwar diketahui Isnin ini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas. 


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan. 


TPM: K'jaan sentiasa cari jalan kurang beban rakyat

Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.


Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

Isu Kristian: Husam Bidas Najib Sebagai Talam Dua Muka


Petaling Jaya: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Husam Musa menyifatkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu ‘konspirasi Kristian’ hanya memakan dirinya sendiri.


Anwar kata lagi kepimpinan Umno 'pandi kutty'

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police
Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.


Biarpun suasana agak tengang dengan provokasi yang dijalankan ratusan penyokong BN yang dipisahkan hanya sebatang jalan namun majlis yang dirancang tetapi diteruskan seperti biasa.

Konspirasi Kristian: Paderi disoal siasat polis

Lapan paderi Kristian yang menghadiri pertemuan tertutup di sebuah majlis kesyukuran di Pulau Pinang di mana dakwaan 'konspirasi' bagi menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia disoal-siasat polis atas tuduhan menghasut.

Bakal isteri ke 4 Salih buka rahsia (+Video)

Bukan alang-alang yang sukakan idung Salih!!!
Otai Poligami Salih Yaacob bukan bercakap kosong. Walaupun dah 50 tahun, dia bakal memenuhkan kuotanya dengan gadis yang mahu kenali sebagai Emi, 24 tahun. Kuota terakhir, mengancam abis!!!

Rahim Thamby Chik solat satu rakaat. Solat apa?


Rahim Thamby Chik solat sunat ‘menunjuk-nunjuk’ – Ustaz Shamsul

[KD] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik melakukan solat solat satu rakaat sahaja sebelum upacara sumpah laknat berlangsung di Masjid Amru Al As Bandar Baru Sentul, dua minggu lalu.

Nurul Izzah Cabar Najib Debat dengan Anwar



KETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.

Pesta Kelantan

  • Foto
    PEMAIN sayap Selangor, Amirulhadi Zainal dikepung dua pemain Kelantan pada saingan separuh akhir pertama Piala FA di Shah Alam, malam tadi.
  • Foto
    Norshahrul Idlan Talaha (tengah) meraikan kejayaan menyumbat gol buat pasukan Kelantan menentang Selangor pada saingan separuh akhir pertama Piala FA di Shah Alam, malam tadi.

Imej MISTERI dalam jentera bomba


GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa berada di bawah naungan Allah swt. Artikel ini dibuat untuk memberi peringatan atau tazkirah kepada para pengunjung semua mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa. Beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

Video Seks : Amerika sahkan rakaman tulen


Rakaman video seks, yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tulen setelah mendapat input pakar pengimejan video Amerika Syarikat (AS), demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

'babi mati dijadi makanan terproses'

sausage
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu babi yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.



Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Bahaya Berhutang


KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

KhutbahTerakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah,Gunung Arafah..


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Inilah Wajah Bakal Isteri Keempat Salih Yaakob


emi
Cantik molek bakal isteri keempat Salih Yaakob yang bernama Emi. Untuk pengetahuan anda, Emi baru berusia 24 tahun. Muda remaja gitu. Pandai Abang Salih memilih. Respek.

PERKASA bertegang lagi dengan NGO Cina



NGO Hak Melayu PERKASA bertegang urat lagi dengan persatuan Cina berhubung gerakan menuntut kerakyatan aktivis pendidikan Cina Lim Lian Geok dikembalikan.


Kempen itu -- dinamakan 'Keadilan untuk Lim Lian Geok -- dilancarkan oleh NGO pendidikan Cina, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan diketuai bekas pemimpin GERAKAN Toh Kin Woon serta disokong banyak persatuan Cina utama.

Hishamuddin: Laporan Utusan 'ada asas'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata 'ada asas' dalam laporan Utusan Malaysia berhubung konspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.


Hishammuddin berkata kenyataannya itu berdasarkan bukti baru dalam sebuah laporan polis yang dibuat di Pulau Pinang hari ini.

Kerajaan jamin tiada kenaikan harga petrol RON 95 ketika ini

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan ketika ini. 

Umno sasar menang 30 kerusi DUN Selangor

NONE
Umno Selangor sudah bersedia menawan balik negeri Selangor dengan menyasarkan BN memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata UMNO dan BN mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi pilihan raya umum itu dan yakin dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat negeri itu untuk memilih semula BN.

KEPUTUSAN PIALA FA 13/5/11 (SEPARUH AKHIR 1)


SELANGOR 1 - 5 KELANTAN

PAHANG 2 - 3 TERENGGANU

Thursday, May 12, 2011

MCA hina Islam: PAS buat laporan polis

NONE
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Islam selaku agama rasmi persekutuan.


“Kenyataan dan perkataan Chua jelas telah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam,” kata timbalan setiausahanya, Mahadzir Mat Zili dalam satu kenyataan.


Selain itu beliau juga menggalurkan beberapa peristiwa bagi membuktikan dakwaannya termasuk:

Barcelona juara

VALENCIA - JUARA PRIMERA SEPANYOL.....Pemain Barcelona merayakan kejayaan mereka memenangi kejuaraan liga Primera Sepanyol.

Suami dakwa Norsaida ada TEMAN lelaki


[kosmo] KUALA LUMPUR – Kakak penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Nursaida didakwa mempunyai teman lelaki sehingga tergamak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Malah, teman lelaki Siti Nursaida, Hafiz Che Mat yang juga rakan sekerja Siti Nursaida didakwa turut mengganggu proses perdamaian rumah tangga serta mendesak artis berkenaan bercerai dengan suaminya.

Wednesday, May 11, 2011

Subsidi Gula Dipotong Lagi, Permata Kaut RM111 Juta


Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (gambar) menyifatkan tindakan kerajaan Umno menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).

Balasungkawa : Misteri menyelubungi pembunuhan Osama


Persekitaran dan suasana penuh misteri menyelubungi pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden oleh pasukan komando khas Amerika Syarikat (AS) di Abbottabad, Pakistan awal pagi Isnin waktu Pakistan dan hari Ahad 1 Mei di Washington.

Korban nyawa demi anak


BESUT - Demi menyelamatkan dua anak daripada dihempap lori dipandunya, seorang bapa sanggup menggadaikan nyawa mengeluarkan anaknya terlebih dahulu. 

Kesudahannya, dia meninggal dunia akibat dihempap lori berkenaan dalam kejadian di Kampung Batu 13, Hulu Besut malam kelmarin.

Pas, UMNO boleh bersatu: Daeng Sanusi


SHAH ALAM - Seorang veteran Pas menyatakan harapan parti itu boleh bersatu dengan UMNO asal sahaja kedua-dua pihak ikhlas mahu berbuat demikian. 

Dr Daeng Sanusi Mariok yang pernah memegang jawatan Naib Presiden Pas, Pesuruhjaya Pas Johor dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan berkata, penyatuan tidak mustahil berlaku jika ada keikhlasan terutama di pihak UMNO.

Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari


MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

'Kerakyatan untuk undi': Surat palsu

Ketua Umno Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar menafikan beliau pernah menulis mahupun menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia kepada sekumpulan penduduk tetap di negara ini dengan tujuan mendapatkan undi mereka untuk BN pada pilihan raya akan datang.


“Kita tak pernah tulis surat itu. Kenapa harus kita tulis. Kenapa? Kita menang (Hulu Selangor) pada pilihan raya kecil (tahun lalu)," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Khasiat Halia


Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.

Kandungan kimia

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger “Bigdog” berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.


Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri


KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Royalti: T’ganu dapat, kenapa nafi hak Kelantan

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu dengan menafikan hak Kelantan sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran menjelaskan hasrat menganaktirikan Kelantan atas faktor politik.

K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.


Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

PM: Terima hakikat Islam agama rasmi M'sia

najib islamic islam 190707
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua pihak harus menerima hakikat tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.



"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain," kata Najib kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam hari ini.

"Konspirasi Kristian' dipadam di blog 'Marahku'

NONE
Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian”.


Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysiadalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.


“Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?” soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui


Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.
Pelinciran yang kerap:

Nik Aziz: Gesaan MCA pulaukan Utusan tepat

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.


Menulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

Konflik Antara Agama: DAP Menangguk Di Air Yang Keruh - Khir Toyo

Dr. Mohamad Khir Toyo1. Kenyataan beberapa jurublog bahawa wujud konspirasi di peringkat paderi dan mubaligh Kristian untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian merupakan satu yang berat dan serius.


2. Dakwaan tersebut boleh mencetuskan kebencian terbuka antara agama dan kaum. Sebagai orang Islam, saya tidak dapat menerima sebarang usaha menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Saya percaya 99% orang Islam lain juga tidak akan bersetuju.

Tragedi ngeri 10 kenderaan


JEMPOL - Tiga lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 1, Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran persimpangan lampu isyarat di landasan kereta api Bahau, di sini, semalam. 


Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit, dipercayai kerana brek gagal berfungsi. 

Sekolah Hamil Melaka Hampir Penuh. Hebat Remaja Malaysia (Melayu)!!!!


15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular