KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Utusan Malaysia yang menyiarkan berita palsu bahawa pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan terhadap mereka yang menyebar gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sunggai Buloh, Selangor, sepatutnya diambil tindakan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mengikut Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, jika sabit kesalahan menyiarkan berita palsu boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, boleh didenda maksimum tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Utusan Malaysia masih mampu mencapai tahap hina yang lebih rendah apabila ia berbohong mengenai amaran Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan kononnya pihak polis tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Hasutan terhadap mereka yang menyebarkan gambar kantin sementara di bilik mandi itu kerana boleh menimbulkan provokasi dan konflik perkauman.
Bagaimanapun berita Utusan Malaysia itu dinafikan kerana Thaiveegan tidak ada menyebut sedemikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan.
“Tidak ada sesuatu yang melampau bagi Utusan Malaysia, sehinggakan ia boleh menyeru supaya rusuhan kaum 13 Mei yang mengorbankan ribuan rakyat Malaysia yang tidak bersalah disambut sebagai sebuah hari suci.
“DAP yakin tindakan tidak akan diambil terhadap Utusan Malaysia yang menyebarkan berita palsu kerana BN mengamalkan ‘double standard’ dan pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum lawannya tetapi bukan mereka yang menyokong BN,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, lihat sahaja kegagalan kerajaan menghukum pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin yang masing-masing menyeru untuk membakar kitab Bible dan menghina penganut Hindu.
Katanya, lebih buruk lagi, Menteri Kesejahteraan Bandarm Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan enggan mengutuk seruan membakar Bible walaupun Ibrahim Ali tidak meminta maaf dan tidak dihukum.
Selain itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, orang awam sudah tidak tahan lagi dengan penipuan yang disebarkan Utusan Malaysia bagi membangkitkan ketakutan dan kebencian di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Menurutnya, sebagai akhbar yang menipu mengenai pemimpin Pakatan Rakyat, ia dilakukan dengan begitu mudah sekali, seperti bernafas.
“Pemimpin pembangkang seperti saya, yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia tidak juga menghentikan akhbar itu daripada meneruskan budaya berbohongnya,” ujarnya.
Beliaun berkata, DAP juga mengecam ugutan bunuh terhadap pihak yang memberi maklumat serta ibu bapa pelajar SK Seri Pristana yang mendedahkan kes murid disuruh makan di bilik mandi sekolah dan Guru Besar sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Noor dan berharap pihak polis bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawab menyebarkan budaya keganasan ini.
“Ugutan ganas sedemikian adalah perbuatan jenayah dan sama sekali bertentangan dengan budaya Malaysia yang menggunakan rasional serta penyelesaian yang munasabah bagi menyelesaikan masalah,” katanya.Roketkini.com
- See more at: http://roketkini.com/2013/07/26/utusan-malaysia-siar-berita-palsu-patut-diambil-tindakan-tegas/#sthash.xmhMuhKS.dpuf
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment