Thursday, July 18, 2013

Berapa ramai perlu mati untuk tubuh IPCMC?

Berapa ramai lagi rakyat Malaysia perlu mati dalam tahanan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Demikian reaksi spontan beliau sebaik diminta memberi respon berhubung kematian Chew Siang Giap, 26, di Pusat Pemulihan Akhlak Penjara Batu Gajah, Perak hari ini.

Kata Shamsul, dengan insiden terbaru, apakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mahu terus menegakkan benang yang basah.Shamsul-AMK

“Kematian dalam tahanan telah menjadi polemik dan isu besar negara. Saya tak jangka Zahid mampu beri jaminan tidak ada lagi kematian dalam tahanan,” katanya kepada Keadilandaily.

Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar hari ini mengedarkan satu laporan polis dibuat bapa mangsa, Chew Ba di lobi Parlimen

Bapa mangsa yang menerima panggilan telefon daripada Pusat Pemulihan Akhlak memaklumkan kematian anaknya sekitar jam 2.19 pagi tadi.

Setiba di Hospital Batu Gajah pada jam 8.30 pagi untuk pengecaman mayat mangsa, Chew memberitahu penemuan ‘kesan hitam seperti calar pada telinga, bahu dan peha’ pada mayat badan anaknya.

Justeru kata Shamsul, telahan Zahid bahawa IPCMC bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan punah dengan kes terbaru yang dibuktikan.

“Rentetan dari banyak peristiwa yang berlaku kita menggesa kerajaan segera melaksana penubuhan IPCMC. Zahid kata IPCMC tak mengikut Perlembagaan.

“Saya ingin bertanya. Apakah Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari mereka yang memahami dan pakar dalam undang-undang boleh terkhilaf dalam syor mereka?, soal Shamsul.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54427

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular