Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Pulok Doh : DAP sedia kerjasama dengan parti baru Mahathir

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: DAP sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perjuangan melawan rasuah, menegakkan keadilan serta membina kerajaan yang cekap dan telus, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata DAP selama ini bersama rakan-rakan yang lain telah bekerja keras untuk membongkarkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar rakyat semakin celik dengan penyelewengan dilakukan UMNO-Barisan Nasional.

“Itulah sebabnya Datuk Seri Najib dan penyokong-penyokong beliau terus menyerang DAP sebagai parti anti-Melayu,” ujar beliau, menempelak tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa DAP kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.

“Mereka mahu terus memperbodohkan rakyat, mempertahankan jawatan mereka, terus menikmati rezeki haram serta mengelak sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mempersoalkan bagaimana Parti Bersatu yang ditubuhkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu bekerjasama dengan DAP yang dituduhnya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

Menepis tohmahan tersebut, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan, pengkhianat Melayu yang terbesar sebenarnya ialah UMNO sendiri yang telah mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat, terutama orang Melayu.

Kata beliau, Najib dan UMNO terpaksa menggunakan tuduhan-tuduhan liar berbaur perkauman bagi mengkaburkan krisis utama yang melanda negara hari ini, iaitu skandal 1MDB.

“Sehingga ke hari ini, Najib tidak mampu memberi sebarang bukti bahawa DAP telah menentang hak dan kepentingan orang Melayu.

“Malah, di Pulau Pinang, kami telah membuktikan semua rakyat tanpa mengira bangsa dilayan secara adil dan saksama. Kerajaan Pakatan di sana telah meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam daripada hanya RM13 juta di bawah BN kepada lebih RM50 juta hari ini,” tegasnya.

“UMNO hari ini merupakan contoh peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO dan Najib telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk memperkayakan saudara-mara, kroni-kroni dan diri mereka sendiri,” ujarnya. – Roketkini.com

Tuesday, July 30, 2013

Zahid Hamidi dilaporkan kini bertugas di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS)?

Akhirnya ROS Batalkan CEC DAP
DAP menyuarakan rasa marah mereka terhadap pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu membatalkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), sebelum perkara itu dimaklumkan secara bertulis.

Friday, July 26, 2013

Kejutan Aidilfitri dari Kerajaan Umno-BN.. jom terjah!!


ROS akan batal Pendaftaran DAP?
Soal mendaftarkan sebuah parti baru jika pembatalan DAP dibatalkan tidak pernah dibangkitkan oleh sesiapa dalam DAP, kata Lim Kit Siang.

Wednesday, July 17, 2013

DAP "menaja" pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee?, Tiada kaitan dgn DAP..Gua Cuma follow Otaii jerrr!!!????

Sudah Terang Lagikan Bersuluh....
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh ekoran tindakan MP Kinabatangan Bung Mokhtar membangkitkan dakwaan bahawa DAP mungkin "menaja" tindakan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang memuatkan kandungan kontroversi menghina umat islam di Internet.....

Sunday, July 14, 2013

DAP tidak tentang Islam, mahu subjek Tamadun Islam jadi elektif di IPTS

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: DAP menganggap kefahaman terhadap pelbagai tamadun adalah baik dan seharusnya digalakkan dalam sistem pendidikan negara ini.

Tuesday, July 9, 2013

Ini lah perbezaan nya berbanding dengan MCA yg di Tarbiyyah oleh UMNO

Ahli Parlimen Bukan Islam DAP Azam Berpuasa Sebulan

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.

Monday, July 8, 2013

Kenyataan LGE yg memalukan Najib

DAP gesa demokrasi Mesir dipulihkan, kesal kenyataan Najib
KUALA LUMPUR, 8 JULAI: DAP kesal dan kecewa dengan rampasan kuasa tentera ke atas kerajaan Mesir pimpinan Presiden Mohammed Morsi dan menyifatnya sebagai tindakan yang tidak demokratik.

Tuesday, July 2, 2013

Zalim dan komunisnya dap dan adilnya gerben.


"Melayu pulau pinang tertindas dibwh pemerintahan regim dap. Melayu pulau pinang duduk mcm dibwh regim komunis"
Dmkianlah kata2 pendukung sekular tegar tahap gaban.

Thursday, June 27, 2013

DAP hargai sumbangan besar PAS dalam arus oposisi negara.


KUALA LUMPUR, 27 JUN: Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen DAP, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi menyifatkan PAS sebagai parti penting dalam menumbuhkan semangat politik oposisi.

Monday, June 24, 2013

DAP Perlu Tingkat Usaha Betulkan Persepsi Melayu

AMPANG 23 JUN: Kerjasama perlu dipertingkatkan dikalangan komponen Pakatan Rakyat (PR) bagi membetulkan persepsi orang Melayu bahawa hanya Umno sahaja pelindung dan pembela komunti.

Wednesday, June 19, 2013

Apa lagi ROS mahu?

Pemilihan CEC: Apa lagi ROS mahu, tanya DAP
KUALA LUMPUR: Kenyataan demi kenyataan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui media hanya bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap DAP dan mengugat keyakinan ramai terhadap kredibiliti pimpinan DAP.

Tuesday, June 18, 2013

Idea dari Exco DAP selangor yg tak ada dalam otak UMNO sebelum ini


Lawan maksiat dengan rumah urut ikut jantina
Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Thursday, June 13, 2013

DAP di Pulau Pinang sebuah kerajaan negeri yang sangat jahat ini faktanya :

1- Pada tahun 2009, setahun selepas mentabir Pulau Pinang, kerajaan negeri secara biadap mencatat sejarah apabila melaksanakan program berbentuk kebajikan RM100 setiap tahun kepada
a) warga emas
b) OKU
c) Ibu tunggal

Tuesday, June 11, 2013

Menyesal aku sokong DAP.. Baca ni..

Aku nk komplen pasal LGE.. Nk tau knp?? ..
1. Berani2 si cina ni tubuhkn Jawatankuasa Anti Murtad?? Najib pun takde dia nk buat knp???

2. Manjakn sgt rakyat Penang dgn bagi wifi free buat apa??

Monday, June 10, 2013

Gempaq!! DAP punya pukulan... Cina Penang buat kerja hilang akal kepada Masjid di Penang..!!

(Kisah Benar)

Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.

"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.

Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.

Moga Allah merahmati kita semua. Amin...

Wassalam
Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Monday, May 20, 2013

Orang Putih Tanya Tunku Aziz Itu Melay or Cina ?


Tunku Aziz : Nekad terus dedahkan 'rahsia' DAP
SHAH ALAM – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Wednesday, May 15, 2013

Gempaq!! TV3 Kena tipu oleh DAP?? kah kah kah


Boikot ROTI MASSIMO, TEPUNG CAP SAUH Kerana Barangan DAP
KUALA LUMPUR, 14 Mei -- Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) menunjukkan risalah boikot yang didakwa barangan DAP pada sidang media di sini, hari ini.

Saturday, May 11, 2013

DAP akan ambil alih pusat MCA dan Gerakan ..

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.

'Dulu tuduh kafir harbi, sekarang ajak DAP masuk BN'

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyindir kerana masih ada pemimpin dalam Umno, parti yang pernah melabel DAP sebagai "cauvinis, komunis dan kafir harbi", kini mengajak parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).

Tuesday, May 7, 2013

Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?


SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Najib Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ia cukup senang: tsunami Cina.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular