PAS mahu tindakan lebih adil diambil terhadap orang Islam yang hina bukan Islam
Mengikut laporan The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud yang mahu kerajaan bersikap adil terhadap semua pihak.
“Bila kita lihat apa yang berlaku, kalau orang Islam buat aduan, tindakan segera diambil tapi lain pula bila ada orang bukan Islam membuat aduan.
“Kita perlu cermin diri kita terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Islam adalah agama yang adil dan tidak sepatutnya wujud pendakwaan berpilih,” ujar Mahfuz yang juga Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, di Lobi Parlimen merujuk kepada kontroversi isu membabitkan blogger Alvin Tan dan Vivian Lee.
Dr Mariah pula berkata, situasi yang berlaku dalam negara ini menunjukkan berlakunya double standard pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka menangani isu sensitif.
“Kenapa wujud sikap pilih kasih terhadap mereka yang menghasut untuk membakar Bible?
Begitu juga mereka yang mengguris perasan masyarakat Hindu? Hina agama lain bukan ajaran Islam,” tegasnya.
Ahli Parlimen PAS Kota Raja itu merujuk kepada tindakan bekas Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin yang sering membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat bukan Islam.
Isu ini timbul rentetan tindakan pasangan blogger Alvin dan Vivian yang menerbitkan sebuah posting kontroversi sempena Ramadhan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment