KUALA LUMPUR - Anak perempuan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin telah menjadi mangsa 'pecah & ragut' di dalam satu kejadian di Setapak Jaya pada hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan polis Sentul telah menerima laporan polis daripada anak perempuan ACP Amiruddin yang berusia 34 tahun.
ACP Khairi berkata wanita yang bekerja sendiri itu telah dirompak ketika dia sedang memberhentikan keretanya di sebuah persimpangan lampu isyarat pada jam 10.05 pagi tadi di Setapak Jaya.
"Kedua-dua lelaki yang menaiki motosikal itu mendekati kenderaan dan memecahkan tingkap di tempat duduk penumpang hadapan sebelum meragut beg tangan yang berada di atas kerusi itu," katanya.
ACP Khairi berkata perompak tersebut telah mengambil beberapa wang tunai dan dokumen peribadi di dalam kejadian itu.
Beliau turut menambah mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:
Post a Comment