Antara bak kut teh dan kepala lembu
KUALA LUMPUR: Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar.
KUALA LUMPUR: Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar.
Justeru, penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib menegaskan bahawa Islam tetap suci, namun sikap umat Islam yang tidak menjaga kehormatan diri sendiri menyebabkan salah faham umat bukan Islam terhadap Islam.
“Saya juga ingin mengingatkan pada kerajaan Malaysia agar tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk meneruskan Akta Hasutan yang telah lama disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.
Isu Bak Kut Teh sebenarnya bukanlah isu yang baru sahaja berlaku di Malaysia. Mungkin kerana isu ini melibatkan khinzir, maka isu ini berjaya menarik perhatian dan sensitiviti umat Islam.
Umat Islam tentu tidak dapat melupakan peristiwa Bak Kut Teh dengan mudah.
Namun, pasangan yang sama sebenarnya telah memulakan penghinaan terhadap masyarakat Malaysia apabila memuat naik video aksi terlampau di Internet, sambil menjadikan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai idola mereka.
Jika pemimpin UMNO-BN menuding jari kepada pemimpin DAP, kononnya DAP dalang penghinaan tersebut, UMNO-BN sepatutnya membuat koreksi dan bermuhasabah terlebih dahulu.
Chua Soi Lek, selain menjadi idola video aksi terlampau, beliau juga sebenarnya yang telah memulakan siri penghinaan terhadap agama Islam. Terdahulu, dalam siri blog rasmi beliau, beliau sendiri mengutuk hukum hudud dengan menyatakan bahawa hukum tersebut adalah ketinggalan zaman, bahkan mengutuk Adun BN dari Johor yang ingin menegakkan hukum hudud sebagai hilang akal.
Namun begitu, setiap isu yang dibawa oleh pemimpin UMNO-BN dilihat seolah-olah tidak sensitif, dan tidak mempunyai sebarang unsur hasutan.
Adakah sensitiviti umat Islam hanyalah pada ‘haiwan kaki pendek’ ini sahaja?
Masyarakat Malaysia juga sebenarnya tidak mudah untuk melupakan peristiwa demonstrasi kepala lembu yang pernah diadakan di Shah Alam.
Demonstrasi kepala lembu sepatutnya menerima layanan yang sama oleh undang-undang di Malaysia.
Jika kita marah orang lain hina agama kita, mengapa kita tidak boleh dimarahi apabila menghina agama orang lain?
Bagaimana pula sikap dan pendirian kerajaan terhadap mereka yang menghina agama sendiri? Ramai yang melenting apabila Duta Vatican mencampuri urusan penggunaan kalimah Allah.
Ramai pula pihak yang beria-ia mahu mempertahankan kalimah tersebut daripada digunakan oleh orang bukan Islam.
Hakikat bahawa kalimah Allah adalah khusus merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan tidak boleh disalahguna adalah hakikat yang perlu diterima.
Namun, adakah Kerajaan benar-benar bersungguh mempertahankan hak Allah ke atas diri mereka yang telah dipilih untuk menerima amanah mentadbir Malaysia?
Benarlah sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, bahawa Umat Islam pada akhir zaman hanyalah ibarat buih di laut. Berbuih ketika dipukul ombak, hanya desirnya yang kedengaran, namun tidak sedikitpun memberikan kesan.
Sikap berat sebelah dan pendakwaan terpilih yang telah lama diamalkan oleh pihak berkuasa dan pihak kerajaan sendiri, hanya akan menyebabkan keharmonian antara agama di Malaysia tercemar.
Islam tetap suci, namun sikap umat Islam yang tidak menjaga kehormatan diri sendiri menyebabkan salah faham umat bukan Islam terhadap Islam.
Saya juga ingin mengingatkan pada kerajaan Malaysia agar tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk meneruskan Akta Hasutan yang telah lama disalahgunakan untuk kepentingan politik parti pemerintah. Harakah
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment