Friday, July 26, 2013

'Ada maklumat pemimpin politik buka jalan pada syiah'.. DIA NI KUT?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran syiah.

Yang ni ke?

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Kuala Lumpur, semalam.

"Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Semalam, KDN mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid berkata KDN dan agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu.

Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar di kalangan masyarakat.

"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk rakyat Malaysia beragama Islam supaya tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan campur tangan dalam soal hal ehwal agama negeri-negeri dan kuasa untuk berbuat demikian tertakluk di bawah kuasa Jakim untuk membuat pemantauan serta menyekat ajaran, penyebaran dan dakyah.

Mengenai implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia, beliau berkata tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama pertubuhan itu untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966. - - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular