BATU GAJAH, 27 JULAI: Usaha kumpulan ekstrimis perkauman, PERKASA menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) konon demi memupuk perpaduan adalah mengarut kerana pertubuhan radikal itu masih berpegang dengan perjuangan perkauman sempit.
Malah, menurut Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, tindakan mengejut mereka membuat ‘pusingan U’ menjalinkan hubungan dengan dua NGO bukan Melayu menjadi tanda tanya dan satu jenaka bagi rakyat Malaysia.
“Ia adalah tindakan yang memalukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menyifatkan MIRAC sebagai satu lagi projek pembodohan rakyat tidak menolak bahawa penubuhan MIRAC merupakan satu stategi halus untuk mencapai agenda politik perkauman.
“Seperti yang kita maklum, PERKASA yang kami kenal adalah segerombolan ekstrimis yang menjadi alat UMNO untuk membakar sentimen perkauman sehingga mampu menggugat keharmonian rakyat lebih-lebih lagi pemimpin utama mereka seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin adalah watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman dalam minda rakyat Malaysia,” ujarnya.
Mengambil contoh kenyataan dan tindakan pemimpin PERKASA seperti Zulkifli Nordin, Sivakumar berpendapat PERKASA hanya akan memperalatkan NGO bukan Melayu yang bersekongkol dengannya untuk menyokong tindak-tanduk perkauman yang bakal dilaksanakan.
“Pertubuhan ini akan dijadikan sebagai senjata untuk menikam kaum masing-masing,” jelasnya.
Kenyataan Sivakumar itu terbukti benar sebaik sahaja piagam MIRAC ditandatangani.
“Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin dalam kenyataan medianya berkata bahawa PERKASA akan membela dan memberi sokongan penuh kepada Guru Besar SK Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor berhubung isu ‘makan dalam tandas’.
“Ini sangat jelas membuktikan PERKASA tidak pernah dan tidak akan menjaga hati dan kesejahteraan kaum bukan Melayu di negara ini.
“Kenyataan Zulkifli yang menghina orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia,” katanya.
Ini tambah Siva termasuk pendirian PERKASA dalam kes novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina.
“Tambahan pula, PERKASA juga membela akhbar Utusan Malaysia yang jelas menghina kaum Cina dengan berita ‘Apa lagi Cina mahu’ sebaik sahaja selepas PRU-13,” katanya lagi. – Roketkini.com
- See more at: http://roketkini.com/2013/07/27/perkasa-buat-jenaka-tubuhkan-mirac/#sthash.AC50l10c.dpuf
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment