Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Buktikan dengan tindakan, jangan hanya bilis dicari

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggariskan fokusnya untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai sebuah perkhidmatan yang bersih dari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya rakamkan tahniah di atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh beliau.

Namun, di dalam masa yang sama, suka untuk diingatkan bahawa apa yang ingin dilihat oleh rakyat ialah tindakan dan pelaksanaan terhadap kata-kata yang diucapkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru ini perlu menerima hakikat bahawa pelantikan dirinya ke SPRM ialah dalam satu suasana yang penuh dengan kontroversi dan persepsi.

Latar belakangnya sebelum ini sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dianggap sebagai satu beban yang perlu dibersihkan memandangkan Jabatan Peguam Negara lah yang telah membersihkan Perdana Menteri dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SR International. Justeru, di mata masyarakat, beliau berada di dalam pasukan Peguam Negara dan dibimbangi akan bertindak di SPRM sebagaimana tindakan Peguam Negara.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di SPRM apabila tiga orang pegawai tertingginya meninggalkan Suruhanjaya tersebut secara serentak. Mereka ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. Adalah amat mustahil ia merupakan satu kebetulan semata-mata dan dibimbangi ia hasil tekanan dari pihak kerajaan yang memerintah.

Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa. 

Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100. 

AHMAD FADHLI SHAARI | 14 Ogos 2016.- HARAKAHDAILY 14/8/2016

Monday, July 29, 2013

Satu lagi kes mirip "Lembu Kondo" disiasat.

SPRM siasat satu lagi kes mirip NFC?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam kes yang mirip kepada skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Thursday, July 18, 2013

PRU13: Tu dia kos iklan BN RM73 juta?

Adakah SPRM siasat kos iklan BN RM73 juta?
KUALA LUMPUR: Mohamed Hanipa Maidin [PAS-Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan adakah SPRM telah menyiasat pendedahan Nielsen Media Research bahawa Barisan Nasional dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan RM73 juta hanya untuk pengiklanan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Wednesday, July 10, 2013

Pakatan mahu SPRM siasat semula kes politik wang

Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan pembelian undi di Bayan Baru semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Menjual dan ali babakan perniagaan pun Rasuah..

Amaran keras SPRM kepada peniaga bazar Ramadan
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegah Rasuan Malaysia (SPRM) mengingatkan peniaga bazar Ramadan tidak ambil kesempatan meraih keuntungan melalui cara mudah dengan jual lot tapak diperolehi mereka.

BOLEH PERCAYA KE? Tiada unsur rasuah PRU-13 di Pulau Pinang

Hasil siasatan terhadap tujuh laporan berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Pulau Pinang, mendapati tiada unsur rasuah terlibat.

Saturday, July 6, 2013

Inilah Keadilan Namanya!!! SPRM: Demi keadilan, tak boleh dedah siasatan Taib


Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu.

Thursday, July 4, 2013

Panas!! 2 Orang Diktaktor Borneo Yang SPRM Tidak Berani Sentuh.....

Adalah Nakal Dan Tidak Jujur Jika Taib Tidak Meletak Jawatan!

Apabila disoal, orang sepertinya harus berundur sehingga terbukti tidak bersalah!

Tuesday, July 2, 2013

Rasuah PRU13, pegawai kanan SPR didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa hari ini atas tuduhan melakukan rasuah berkait menyediakan perkhidmatan kenderaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Udah2 lah ku nan..


SPR disiasat kerana pembangkang ‘angkuh hati’, kata Ku Nan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menyalahkan sikap "angkuh hati" pembangkang sebagai punca Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu melibatkan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Masih Ada Wibawakah Pengerusi SPR Setelah Disiasat SPRM?

SPRM dilaporkan sudah menubuhkan pasukan penyiasat bagi menyiasat pembelian dakwat kekal oleh SPR yang didakwa mudah ditanggalkan ketika digunakan dalam pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Pencuri siasat penyamun..

Isu dakwat kekal: SPRM siasat SPR...
Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Monday, June 17, 2013

Kenapa SPRM tidak bertindak ke atas Nadzri?


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu untuk menyuruh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengeluarkan satu-satu pegawai penyiasatnya Mohd Nadzri Ibrahim daripada menyiasat kematian dalam tahanan.

Monday, November 5, 2012

Panas!! Dedah Atau Saya Bongkar Penglibatan Najib Altantuya!


Luka lama kini berdarah kembali.
Umpama epik panjang opera klasik Cina, enam tahun lalu kini bakal terbongkar - satu demi satu!

Saturday, October 13, 2012

SPRM dicabar dedah kertas siasatan kes Musa Aman

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Friday, October 12, 2012

SPRM putar belit...

“Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Saturday, October 6, 2012

TAIB vs SPRM : Sape lebih kuat!!!

Walaupun anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir menjadi kaya raya hasil manfaat daripada negeri, Peruntukan undang-undang sedia ada tidak membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Tan Sri Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa.

Tuesday, March 20, 2012

Kereta ni bakal terjun Bangunan????

Cermin Kereta Shamsubaharin Retak Di Tempat Letak Kereta SPRM kena batu?
 
PUTRAJAYA - Cermin belakang di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang diparkir di pekarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, ditemui retak.

Wednesday, October 26, 2011

Penyelewengan dalam Audit, SPRM jangan hanya siasat

KUALA LUMPUR 26 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.

Monday, July 25, 2011

Nazri Sahkan SPRM bersalah????

Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidak mati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular