Kuala Besut: Warna dakwat kekal ‘muncul’ semula walau dicuci, kata SPR
Selepas berlaku beberapa insiden dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mudah dibersihkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut akan "muncul semula walaupun dicuci."
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak.
"Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut sebentar tadi.
Sebelum PRU13, Abdul Aziz pernah memberi jaminan dakwat kekal boleh tahan selama tujuh hari. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.
Simulasi berkenaan diketuai Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdullah Jusoh.
Ketika PRU13 lalu, ramai pengundi yang mengadu dakwat kekal yang digunakan ketika mengundi mudah ditanggalkan apabila dibasuh, dan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) menyelar SPR atas perkara itu.
SPR pula sebagai respon balas menyatakan dakwat berkenaan tidak menggunakan kandungan nitrat perak, sebaliknya hanya menggunakan pewarna makanan.
"Bagi maksud digunakan untuk pengundian pada PRK Kuala Besut, SPR menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk diuji daripada aspek kandungan bahan yang digunakan di dalam dakwat," katanya.
Beliau berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kandungan bahan dalam dakwat kekal itu tidak memudaratkan pengundi dan menerima keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa penggunaannya tidak melanggar hukum syarak.
PR membawa kes ke mahkamah bagi mengetepikan keputusan PRU13 ekoran perjalanan pilihan raya yang didakwa mereka tidak bersih, termasuk insiden dakwat kekal yang tidak kekal.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga mendakwa pembekal dakwat kekal berkenaan adalah "rakan karib" kepada dua pegawai tertinggi SPR, Abdul Aziz, dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Abdul Aziz bagaimanapun menafikan perkara itu.
Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 bagi mengelakkan berlakunya pengundian dua kali. - 18 Julai, 2013. TMI
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment