Friday, July 26, 2013

GempaQ!! Kerusi Terbang.. lihat lah..

Mesyuarat MIC bertukar kecoh
BANDARAYA MELAKA- Mesyuarat agung tahunan MIC kawasan Pantai Peringgit, malam kelmarin bertukar kecoh apabila pertengkaran meletus yang turut melibatkan kerusi dibaling ke arah pengerusi cawangan.

Kekecohan mula meletus apabila sebahagian ahli meminta pengerusi berhenti bercakap apabila beliau memulakan ucapannya.

Difahamkan, tindakan sekumpulan kecil ahli itu disebabkan rasa tidak puas hati mereka atas beberapa isu yang mereka dakwa membabitkan pengerusi cawangan berkenaan.

Balingan kerusi itu bagaimanapun tidak mengenai beberapa pemimpin kanan MCA negeri yang turut dijemput untuk mesyuarat berkenaan, yang pada ketika itu sedang berada di atas pentas.

Berikutan kekecohan, mesyuarat terpaksa ditangguhkan, sementara Ketua Penerangan MIC negeri, Datuk K Basil yang hadir pada malam itu cuba menenangkan keadaan. -MD

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular