Stabil la sangat!!!!! Stabil hanya pada KRONI2 UMNO bagi memastikan & memuaskan 'tembolok-tembolok' KRONI... Rakyat perlu bersyukur kerana negara kita aman....
Janji Dicapati ~
PRs - bila pula pemimpin umno jadi Tuhan ni? ini syirik yang sangat jelas! apa kata mufti2 semua? takkan shisa saja haram kot? kah3
Najib: Kestabilan negara bergantung pada kekuatan Umno
7:50AM Jul 25 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu terus diperkukuhkan kerana perjuangan bagi memperkasa parti itu tidak akan pernah selesai.
Perdana menteri berkata masih banyak cabaran yang perlu dilalui Umno sebagai parti sandaran dan harapan kepada orang Melayu.
"Cabaran besar menanti kita. Perjuangan kita tiada kesudahan. Kita perlu perkukuhkan Umno sebab Umno parti sandaran, harapan kepada orang Melayu. Kestabilan negara kita bergantung pada kekuatan Umno," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana malam tadi.
Beliau juga berharap pemilihan Umno yang bakal berlangsung kelak akan berjalan lancar.
Di majlis yang sama Perdana Menteri turut menyambut ulang tahun ke-60 beliau dengan memotong pulut kuning bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota keluarga.
Perdana Menteri turut menerima pelbagai jenis kek yang disumbangkan pelbagai pihak.
"Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya kepada rangkaian sahabat zaman saya jadi ketua pemuda Umno. Kini sama-sama sudah berumur dan bertemu sekurang-kurangnya setahun sekali sebagai satu perjumpaan sempena sambutan ulang tahun saya semalam.
"Umur saya tidak dirahsiakan dan sudah diketahui umum. Apa yang lebih bermakna persahabatan kita tidak pernah luntur dan masih kekal sehingga hari ini," kata beliau.
Di majlis itu kira-kira 2,000 tetamu hadir termasuk kumpulan anak yatim yang menerima sumbangan daripada Perdana Menteri.
Beliau kemudiannya menunaikan solat tarawih bersama para tetamu.
- Bernama
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment