Saturday, July 27, 2013

GempaQ!! Perkasa bukan lagi berjuang untuk Melayu, Ibrahim Ali dah lupa "JIHAD" +Video

PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India
3:33PM Jul 26 2013


Selepas dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.

Gabungan itu, yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini akan dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).

Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

"NGO Cina, India dan Orang Asli juga dijemput untuk berbuka puasa," kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini ketika ditanya berhubung perkara itu.

PERKASA selama ini sentiasa bergelut dengan dakwaan perkauman walaupun sering menafikannya atas alasan mereka hanya mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang dijamin dalam perlembagaan. mk


Sanggup kah NGO2 bukan melayu dan bukan islam bergabung dengan PERKASA?
Wak heran juge kenape PERKASA ni dah tibe2 nak ubah haluan nye. Belum pun sempat ianye membuktikan kehebatan nye untuk memperjuangkan bangse melayu, raje2 dan agame islam, tibe2 dah nak bergabung pule dengan NGO2 bukan melayu dan bukan islam yang lain.

Adekah ianye perlu bergabung? Mungkin PERKASA tidak mampu berjuang bersendirian untuk membele kaum melayu, raje2 dan agame islam. Make ianye perlu bergabung dengan NGO2 yang bukan melayu dan bukan islam. Jike benar lah hasrat PERKASA bergabung dengan NGO2 bukan melayu dan bukan islam, make dengan sendiri nye PERKASA sudah hilang fungsi asal nye.

Persoalan pokok nye, adekah mane2 NGO2 bukan melayu dan bukan islam yang sanggup dan mahu bergabung dengan PERKASA? Wak agak hanye NGO2 bukan melayu dan bukan islam yang tidak 'berpengaruh' sahaje yang mahu bergabung dengan PERKASA. NGO2 cine dan hindu yang berpengaruh pasti akan menjauhkan diri nye dari PERKASA. - wak-labu

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular