Mohamad Sabu selalu berkata, ‘Polis tahan aku di bawah ISA, kalau aku jadi Menteri Dalam Negeri nanti macam mana?’
Mat Sabu itu orang politik. Orang politik boleh jadi mangsa tahanan politik hari ini dan boleh jadi menteri yang memerintah polis yang menahannya menahan orang lain pula esoknya.
Apapun Mat Sabu hanya pernah ditahan polis di bawah ISA sekurang-kurangnya dua kali tetapi belum dapat jadi menteri yang ada kuasa untuk menahan orang lain.
Yang ada seperti yang Mat Sabu kata itu ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, jawatan yang Mat Sabu ingin sangat kalau dia berkuasa.
Ingat tidak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis selepas dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu. Masa Anwar ditahan itu Datuk Zahid melepaskan dirinya keluar negeri. Bila dia pulang, dia ditahan polis di bawah ISA bersama beberapa orang lagi termasuk Menteri Besar Perak sekarang.
Tidak diketahui apa polis buat terhadapnya semasa dia ditahan untuk siasatan itu? Tetapi layanan yang diterimanya dipercayai tidak sama dengan penahanan yang dikenakan kepada Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman dan Fahmi Ibrahim semasa Operasi Lallang dulu. Mereka ditahan bagi menunjukkan penyokong kerajaan iaitu Umno yang ekstrimis pun ditahan juga. Rasanya mereka tidak kena apa yang tahanan ISA lain kena. Selepas beberapa minggu ketiga-tiga pemimpin Pemuda Umno dibebaskan.
Zahid walaupun Ketua Pemuda Umno masa dia ditahan di bawah ISA itu tidak dikira orang yang kerajaan percaya pada itu. Bukan orang Dr Mahathir percaya.
Maka layanan tentu tidak sama dengan Ibrahim Ali dan Tajuddin terima. Tidak diketahui apa yang dibuat polis terhadapnya. Tetapi ada orang kena tahan bersamanya masa itu merasa terhina kerana dia ditelanjangkan yang boleh dilihat oleh sesiapa yang ada di situ.
Adakah Zahid disuruh lucut pakaiannya oleh polis seperti orang itu alami? Kalau orang itu alami hal itu, maka tentulah yang lain-lain termasuk Zahid kena buang baju dan seluar juga. Tentulah dijadikan sama macam bayi yang baru lahir tanpa seurat benang pun ditubuhnya.
Kalau bayi telanjang bulat elok rupanya dan tak geli dilihat. Kalau Zahid jadi macam itu, tak tahulah huduhnya. Siapalah yang sanggup melihatnya?
Kita tidak tahu apa yang terjadi padanya. Kita hanya bayang bahawa mangsa ISA boleh jadi macam-macam di hadapan polis.
Semua penyokong Anwar yang ditahan masa itu dibebaskan tanpa syarat tidak lama kemudian.
Dan kira-kira 15 tahun kemudian, lepas PRU 13 Zahid ditukarkan daripada Menteri Pertahanan menjadi Menteri Dalam Negeri. Kalau ISA ada lagi, maka Zahid berkuasa mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk menahan dan membebaskan seseorang di bawah ISA.
Moga-moga dia dapat mengendalikan kementeriannya dengan adil dan saksama sesuai dengan pengalamannya yang sekejap jadi mangsa ISA dan betapa pahitnya menjadi orang terkurung.
Kita tidak tahu apakah Zahid dapat jumpa polis yang menahannya dulu dan bersembang dengan polis-polis yang melayannya semasa kena tahan dulu. Pertemuan itu bukan untuk buat apa-apa tetapi sekadar mengenang secara sanntai hal-hal yang sama-sama mereka alami dulu.
Itulah politik. Dulu polis perintah dia. Sekarang dia pula perintah polis. Polis boleh buat apa-apa kepadanya semasa dia kena ISA dulu, dan dia sekarang boleh suruh polis yang melayannya dulu buat apa-apa pula. Subky Latif, 24 Jul 2013
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment