Monday, August 15, 2011

Astaqhfirullah! Patutlah depa ni tak mahu bertudung, rupa-rupanya…

WarkahDaily – Macam biasa, selepas sahur penulis WarkahDaily (WD) duk ‘ronda-ronda’ beberapa sesawang berita dan beberapa blog yang berkenan, terkejut dibuatnya apabila ‘terserempak’ dengan satu blog ni.



Asalnya, sejuklah juga hati ini dengan posting yang ditatapkan pada blog tu walaupun penulis WD tahu itu blog puak Umno-BN. Postingnya berkaitan pemakaian tudung di kalangan artis. Ada juga puak-puak songkok tinggi ni berminat dan suka dengan penampilan bertudung labuh rupa-rupanya walaupun di sana ada yang bersifat sebaliknya terhadap penampilan tudung dan suka mencerca kumpulan muslimah yang bertudung litup (labuh beserta jubah).


Dah mula ‘mengaji’ dan mendekati kuliah-kuliah agama dahtu kot. Apa-apa pun, tahniah ler.


Dalam posting tu duk cerita pasal seorang artis ni, ketika berlakon drama apa ntah dalam TV nun, wataknya berpakaian sopan, bertudung labuh dan berjubah lagi. Pada awalnya penulis ingat dia bukan artis (pelakon tambahan yang diambil dari pelajar muslimah), tapi rupa-rupanya dia adalah artis yang bergelar pelakon.




Tengok gambarnya ketika berlakon, subhanallah, penulis tak nafikan kecantikannya namun yang lebih dari itu, pemakaiannya yang menyejukkan hati. Alangkah indahnya wanita yang bergelar artis di negara kita ini (negara Islam?) berpakaian sedemikian. Takdak la penonton selalu buat dosa kering.


Namun harapan menggunung meleset sama sekali. Ingat panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Bahkan lebih menyedihkan lagi dengan ‘statement’ pelakon berkenaan yang jelas menghina pakaian muslimah bertudung untuk menutup aurat yang menjadi kewajipan yang sudah ditentukan Allah kepada umatnya.


Kalau tak suka nak pakai, diam aje la tapi janganlah keluar kenyataan yang menggambarkan kejahilan kita terhadap hukum dan ketetapan Allah. Ini kesedihan pertama penulis di bulan yang mulia ini.


Kesedihan kedua, paling dahsyat dari kenyataan artis di atas. Walaupun ia sekadar komen pengunjung blog berkenaan, namun jika dibiarkan, ianya akan memberi satu input yang kurang baik bagi pembaca yang mungkin tergolong dari golongan yang tidak mendalam ilmu agamanya. Dan ia mungkin dijadikan alasan bagi orang yang benci dengan pakaian menutup aurat.





Komen berkenaan jelas sekali menunjukkan kedangkalan dan ceteknya ilmu agamanya namun yang bodohnya mahu menampakkan dirinya sebagai alim dalam hal agama. Mungkin dia dah merasakan apa yang ditulis tu betul dan mula perasan hebat kot. Tapi rupanya penulisan dia tu seolah-olah memberitahu kepada kita yang dia tu bodoh ‘murakkab’, bodoh yang tak boleh diajar.


“Tiada hukum mutlak, qatii tentang kewajiban menutup rambut bagi perempuan dalam kehidupan seharian,” kata pemberi komen blog berkenaan yang bersahaja memberitahu kebodohannya.


Apa jenis manusia dia ni ya. Dahlah jahil tapi buat-buat pandai. Orang jenis macam nilah sebenarnya merosakkan orang lain dengan menghina hukum-hukum Allah.


Mungkin dia tu baru belajar muqaddam tapi berlagak dah belajar tinggi sebab umur dah tua. Tak nak orang kata dia bodoh, maka buat-buat pandailah tapi secara tak sedar, rupa-rupa dia memberitahu kepada orang lain yang dia memang bodoh.


Padahal Allah SWT secara jelas menyebut di dalam Al-Quran:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung (hingga) ke dadanya” (Surah An-Nur, ayat 31).


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah R.A bahwa ketika Asma’ binti Abu Bakar R.A bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka lalu bersabda:


“Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini …” (sambil baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).


Jelas sekali dalil Al-Quran dan Al-Hadis di atas memberi isyarat kepada kita bahawa rambut wanita merupakan perhiasan yang tidak boleh didedahkan kepada khalayak (bukan mahram).


Jadi, bagaimana pemberi komen blog berkenaan mempunyai helah konon ulamak berselisih pendapat dalam hal berkaitan menutup rambut bagi wanita muslim.


Pemberi komen berkata lagi konon bagi menguatkan hujah bodohnya, rambut menjadi aurat hanya dalam solat bukan di luar solat.





“Dalam solat rambut perempuan adalah aurat dan wajib ditutup tetapi dalam kehidupan seharian tiada hukum yang mutlak,” kata pemberi komen jahil berkenaan lagi.




Patutlah ada sebahagian puak-puak berpakaian seragam ‘merah’ dan ‘merah jambu’ tu tak ambil kisah sangat pasal penutupan aurat. Terbuka sana-sini, terbelah sana-sini, pakai tudung ketika nak buka puasa, tu pun sekadar meletak atas kepala, jambul dibiarkan keluar (mak datin pakai tudung).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular