Thursday, July 18, 2013

AES: Formula matematik apa kerajaan guna?

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak Menteri Pengangkutan menjelaskan jumlah pembayaran kutipan kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

AES: Formula matematik apa kerajaan guna?Penasihat Undang-undang Kase Zulhazmi Shariff berkata, angka-angka yang diberikan oleh Kementeriaan Pengangkutan di Dewan Rakyat amat mengelirukan.

Beliau mempersoal jumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal AES sedangkan jumlah saman yang telah dijelaskan hanyalah sebanyak 66,735 yang hanya melayakkan syarikat dibayar sebanyak RM1,067,760.00.

"Jika syarikat dibayar RM13,550,758.00 daripada jumlah kompaun keseluruhan RM20,020,500.00 baki yang tinggal ialah sebanyak RM6,469,742.00. Kenapa kerajaan hanya mengambil RM3,429,910.00 sahaja? Ke mana baki RM3,039,832.00?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambah beliau juga, jika keseluruhan 673,339 saman telah dijelaskan sekalipun, syarikat tidak layak mendapat RM13,550,758.00 kerana RM16.00 dari setiap 673,339 hanyalah RM10,773,424.00.

Kase turut mendesak Kerajaan mendedahkan butiran perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat secara langsung. - Harakahdaily

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular