Setiausaha SPR: Rafizi tuduh di Dewan Rakyat kerana kebal di Parlimen
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.
Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Julai, 2013.
Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.
Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.
"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh,” kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.
“Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai reaksi balas kepada tuduhan Rafizi mengatakan urusan perbekalan dakwat kekal diuruskan oleh Kamaruddin dan urusetianya.
Beliau juga berkata dirinya dan timbalan tidak mencampuri urusan pembelian dakwat untuk mengelak pengundian berulang itu.
Rafizi pada Selasa lalu mendakwa, Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di Shah Alam dikawal selia oleh Mohamed Salleh.
Cubaan The Malaysian Insider untuk menemui Mohamed Salleh di pejabatnya gagal dan hanya dapat berkomunikasi dengan seorang wanita penyambut tetamu syarikat berkenaan melalui interkom.
Dalam perbualan itu, wanita berkenaan memberitahu beliau tidak dibenarkan menjemput orang luar masuk dan enggan memberikan nombor telefon bimbit Mohamed Salleh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika perbahasan di Parlimen pada Rabu memberi jaminan tender pembekal dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan dilanjutkan kerana orang ramai sudah mengetahui siapa pembekalnya.
Beliau berkata, SPR tidak akan mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal baru untuk pilihan raya akan datang kerana ditakuti pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dengan membeli dakwat berkenaan secara terus daripada pembekal.
Bagaimanapun, Shahidan tidak mengesahkan Mohamed Salleh adalah pembekal dakwat pada PRU13 seperti didakwa Rafizi.
Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada pilihan raya 5 Mei selepas ramai pengundi mendakwa ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya menggunakan sabun.
Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan. TMI
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment