Friday, July 26, 2013

Datuk Seri Ali Rustam Pengerusi PNB Baru Bagi Urus Dana RM239.6 Bilion (18 % KDNK Malaysia)? Setuju?

Di Malaysia kita ada Talent Corp. Apa tugasnya? Pelaburan besar terhadap Talent Corp adalah menarik & membawa kembali warganegara Malaysia yang meninggalkan Malaysia untuk mencari pengalaman & “pendapatan lebih” berbanding di Malaysia. Ada yang tiada hati lagi untuk berkhidmat di negara kita sendiri. Ya…memang ada. Apa sebabnya?
Sebabnya inilah, selain daripada mahu merasai pengalaman dan menikmati pendapatan yang lebih tinggi berbanding di Malaysia mereka sebenarnya yang berbakat ini tidak diberikan peluang dan ruang untuk menabur bakti & membuktikan sesuatu kepada negara.
Sebelum ini, kes yang jelas dilihat di depan mata kita bagaimana Tan Sri Hasan Merican, satu figura yang cukup bernilai kepada negara ditendang keluar secara halus atas nama politik. Tetapi akhirnya dilihat sebagai satu permata berharga kepada negara jiran kita Singapura apabila Tan Sri Hasan Merican telah dilantik sebagai pengerusi Pavilion Energy Pte. Di Malaysia, kebanyakan berunsur politik. Sayang….
Negara kita memiliki begitu banyak bakat-bakat yang boleh diketengahkan. Bukan tiada, tetapi kurang diberikan peluang. Negara kita lebih suka mengambil “orang politik” untuk memegang organisasi besar & berpengaruh di Malaysia, Contoh yang terkini, Berita Semasa mendapat makluman yang mana Datuk Seri Wira Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Pengerusi PNB (Permodalan Nasional Berhad) yang baru bagi menggantikan TUn Ahmad Sarji Abdul Hamid.
  1. Tun Ahmad Sarji menjadi Pengerusi PNB yang iaitu syarikat yang menguruskan dana ini sejak tahun 1996 lagi
  2. Kontrak Tun Ahmad Sarji akal tamat hujung tahun 2013 ini
Sebenarnya Ali Rustam, pernah ditawarkan sebagai ketua Penerangan UMNO sebelum ini tetapi Ali Rustam telah pun menolak bulat-bulat tawaran tersebut.
Ali Rustam PNB

Senarai Ahli Politik & Pegawai Tinggi Kerajaan Yang Dapat Habuan?

  1. Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
  2. Tan Sri Sidek Hassan (Pengerusi Petronas)
  3. Datuk Seri Ng Yen Yen (Pengerusi Pelancongan Malaysia)
  4. Datuk Abdul Ghani Othman (Pengerusi Sime Darby)
  5. Ada lagi yang kami tertinggal?
Bagi pendapat Berita Semasa, seseorang yang diamanahkan untuk menguruskan pelbagai skim skim unit amanah seperti Amanah Saham Nasional Bhd, Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera, serta pemegang saham kawalan dalam syarikat-syarikat seperti Sime Darby Bhd, Malayan Banking Bhd dan SP Setia Bhd tidak boleh diletakkan tanggungjawab ke atas mana-mana bahu orang politik.
  • Bukannya Ali Rustam
  • Bukan Saifuddin Abdullah
  • Bukan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
  • Dr Mohd Puad Zarkashi
  • Saifuddin Nasution Ismail
  • Salahuddin Ayub
  • Husam Musa
  • Bukan juga Anwar ibrahim
  • Bukan Mahfuz Omar
  • Dan bukan juga Ibrahim Ali
Bukan orang politik. Sepatutnya golongan korporat yang mengendalikan dana rakyat Malaysia termasuk dana kita semua, makcik pak cik di kampung, bumiputera. Apakah Malaysia sudah ketandusan rakyat Malaysia yang berbakat sekarang ini? Mengapa mesti balik-balik orang politik yang mendapat tempat? Apa respon balas anda pula?
Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular