Monday, September 12, 2011

Perjanjian Pangkor dan Kesannya kepada PENJAJAHAN BRITISH

Saya petik dari Wikipedia. Fakta yang ditulis di sini dikutip dari tulisan sejarah, teks sekolah, dan sumber lain. Poinnya adalah untuk menunjukkan bagaimana besarnya "penjajahan British" dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada waktu itu yang cuba diputarbelitkan sekarang.

Cuba perhatikan:

Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh Pihak British dengan Sultan Abdullah, Sultan Perak.
  • Perjanjian Larut memberikan pengiktirafan kepada Raja Abdullah sebagai Sultan Perak, bagi menggantikan Sultan Ismail.
  • Sultan Ismail yang dilucutkan gelaran Sultan diberikan gelaran Sultan Muda dan diberikan pencen bulanan $1,000 dan diberikan satu kawasan jajahan baginya.
  • Ngah Ibrahim kekal menjadi Orang Kaya Menteri Paduka Tuan dan berkuasa ke atas Jajahan Larut, tetapi kuasanya disekat dan tidak bebas seperti sebelumnya. Pihak British akan melantik Penolong Residen untuk membantu beliau mentadbir jajahan Larut.
  • Pihak British akan melantik seorang Residen untuk menasihati Sultan dalam semua aspek pentadbiran negeri kecuali perihal agama Islam dan adat resam Melayu. 
  • Bayaran gaji Residen akan dibiayai oleh Sultan Perak, dan nasihat Residen mesti diperolehi dan diikuti oleh Sultan dalam semua perkara pentadbiran negeri kecuali perihal agama Islam dan adat resam Melayu. Sultan akan menyediakan sebuah tempat tinggal kepada Residen.
  • Kutipan Cukai tidak lagi boleh dibuat oleh pembesar-pembesar Melayu tempatan. Residen British akan bertanggungjawab untuk mengutip dan mengawal semua kutipan cukai dan perbelanjaan wang cukai that the collection and control of all resources and the general administration of the state should be regulated under the advice of the Resident. (W. G. Maxwell and W. S. Gibson, Treaties and Engagement Affecting the Malay States and Borneo (London, 1924)
  • Oleh kerana pembesar-pembesar Melayu tidak lagi boleh membuat kutipan cukai, mereka akan diberikan pencen bulanan oleh kerajaan negeri.
  • Wilayah Dinding diserahkan kepada pentadbiran oleh pihak British dan menjadi wilayah takluk Negeri-negeri Selat. Dinding diambil alih oleh pihak British kerana mahu menyelesaikan masalah lanun yang mengambil perlindungan di dalam hutan bakau dan gua-gua di sekitar kawasan Dinding.

Kesan Perjanjian Pangkor

Pembesar-pembesar Melayu sebenarnya terperangkap dengan Perjanjian Pangkor. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan mengikuti terma yang dituntut oleh pihak British ke atas Sultan Perak (dan ke atas pembesar-pembesar Melayu). Sultan Perak dan pembesar-pembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah salah faham mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada Sultan dan bahawa boleh Sultan mengetepikan nasihat yang diberikan oleh Residen. Punca salah faham adalah dalam penterjemahan 

Artikel VI Perjanjian di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Article VI (Bahasa Inggeris)
That the Sultan receive and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, who shall be accredited to his Court and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom.

Artikel VI (mengikut fahaman Sultan Abdullah)
Sultan akan menerima dan menyediakan satu tempat tinggal yang bersesuaian untuk seorang Pegawai … yang diberikan gelaran Residen British. Sultan Perak diperlukan merujuk kepada beliau di dalam semua perkara dan pentadbiran negeri Perak dan dia (Residen British) tidak boleh masuk campur dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

Walaupun pada asalnya Sultan Abdullah berfahaman bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat sahaja kepada Sultan, tanggapan itu nyata salah apabila Residen British menjadi pentadbir sebentar negeri Perak. (Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya 1945-1957, SIRD, 1984)

Sultan Ismail tidak menerima syarat-syarat Perjanjian Pangkor, khususnya perlantikan beliau sebagai Sultan Muda dengan berikan pencen dan kawasan kecil sebagai jajahan warisan keluarganya. Perjanjian ini juga mengikiskan kuasa autonomi yang diberikan kepada Ngah Ibrahim sebagai Menteri Larut dengan perlantikan 

Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen khusus untuk Larut.

Sir Andrew Clarke dilihat sebagai melebihi mandat kuasa yang diberikan kepadanya. Sir Peter Benson Maxwell mengkritik tindakan British dalam tulisannya Our Malayan Conquest. Sir Andrew mempertahankan tindakannya dengan alasan Ia perlu dilakukan untuk menjamin keamanan di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan British. Sir Andrew juga mendapat sokongan padu daripada kerajaan British di London dan juga daripada kumpulan pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat.

Kepentingan Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor membuka jalan untuk campur tangan British di Tanah Melayudengan menggunakan Sistem Residen bagi membolehkan pemerintahan British. Sistem Residen memberikan gambaran bahawa pembesar-pembesar Melayu masih memegang kuasa pemerintahan, pada hal kuasa pemerintahan sebenarnya berpindah kepada Residen.

Sistem Residen sebenarnya adalah sistem pemerintahan secara tidak langsung yang membolehkan British bertapak di Negeri-Negeri Tanah Melayu. Walaupun Sultan masih menjadi ketua negeri, dia tidak lagi menjadi ketua kerajaan. Kini kuasanya dihadkankepada perkara-perkara berkaitan agama dan adat resam Melayu sahajaSultan wajibmenerima nasihat di dalam semua perkara pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dan dengan itu nasihat yang diberikan sebenarnya adalah arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan berkenaan.

Sistem Residen yang dilaksanakan adalah halus tetapi berkesan. Ia digunakan sebagai model untuk membolehkan campur tangan British di negeri-negeri Melayu terutamanya di Selangor, Negri Sembilan dan Pahang.
 Profesor sejarah, tokoh sejarah, atau anda masih mahu berbicara SOAL TEKNIKAL dalam isu PENJAJAHAN British di Tanah Melayu? Anda masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Tanah Melayu dijajah oleh British? Silakan!

Melalui Perjanjian Pangkor, Inggeris jelas memperbodohkan orang Melayu dan merampas kuasa sultan Melayu melalui putar belit mereka. Hari ini sekutu mereka terus memutar belit fakta untuk memperbodohkan orang Melayu! - DCM  


P/s: Soalan cepu emas, semasa penjajahan British, kuasa sultan dihadkan kepada urusan agama dan istiadat, maaf cakap, cuba perhatikan situasinya hari ini! Siapa tali barut penjajah?


Lagi Kisah Perjanjian PANGKOR [ di SINI ]

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular