Sunday, July 21, 2013

Panas!! KPN Kantoii dengan STATEMENT Sendiri?

Sudah la tue.
Aku sedih seseorang yang berpengaruh, berkuasa dan sangat berpangkat dalam penguatkuasa undang2 mempunyai pemikiran seperti neh. Ia sangat2 mengecewakan aku.

Bila kita tahu kita buat salah, oke kita berhenti di situ dan betulkan balik kesalahan kita. Takpe la orang nak marah2 kita pun. Dah kita buat salah kan. Boleh dikatakan setiap kali kita buat salah confirm punya orang akan marah2. Dah tak boleh buat apa dah. Kita redha je la dengan kemarahan tersebut dengan anggap ia sebagai pencuci dosa dah kita buat salah kan.

Tapi bila kita tahu kita buat salah, then teruskan kesalahan tersebut untuk cover malu ke apa ke ianya sesuatu yang tidak patut.

Seperti yang berlaku pada seorang pemuda cina yang di culik baru2 neh. Korang baca la kenyataan dari IGP kat bawah neh dulu ;

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas bahawa kes penculikan seorang remaja di Klang merupakan tindak balas terhadap pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan Islam.

Katanya, tindak balas itu adalah sebahagian daripada motif jenayah selain daripada dilakukan untuk mendapatkan wang.

"Saya kata hari itu (penculikan berlaku) antaranya (kerana) sebab tindak balas (terhadap pasangan Alvivi), tapi wang juga salah satu sebab lain.

"Kita tahu dia (penculik) arahkan saudara mangsa itu memasukkan wang RM3,000 ke dalam akaunnya.

"Jadi saya katakan dua-duanya (adalah motif), bukan sebab wang semata-mata," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri di Bukit Aman malam ini.

Beliau seterusnya menjelaskan yang penculik itu mengambil kesempatan menggunakan agama susulan tindakan pasangan penulis blog seks itu.

"Sebab itu saya katakan jangan bagi orang peluang untuk ambil kesempatan daripada kes ini," jelasnya lagi.

Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana beliau membuat kesimpulan yang penculikan itu dibuat secara khusus sebagai tindak balas terhadap pasangan Alvin dan Vivian.
Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/236219

Nak tahu apa statement KPN sebelum hasil siasatan keluar? Rujuk sini

Statement KPN kat atas neh seolah2 diperlihatkan seperti berikut ;

1. Penjenayah melakukan tindakan culik untuk balas dendam atas kes Alvin dan Vivian.

2. Sambil2 tue menyamun.

Ada orang kata tak logik. Naik Alphard nak merompak RM3K ka? Kalau nak tahu Alphard tue pendaftaran palsu, dalam erti kata lain, kereta curi. Dan lagi satu, pemimpin2 negara kita pun yang kaya raya ramai, tetapi rompak dan samun, tetap rompak dan samun. Yang menyamun tak semestinya orang miskin, oke?

Pada hakikatnya ;

1. Mereka menculik dan menyamun.

2. Lepas tue hisap gam sementara tunggu duit masuk.

3. Sambil2 lalok, mangsa terlepas.

4. Ketika berbuat jenayah, mereka sengaja mengambil kesempatan dengan menconteng badan si mangsa dengan perkataan jangan hina Islam supaya dapat cover perbuatan jenayah mereka.

Kesimpulan.

Mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan menggunakan isu semasa untuk cover kesalahan diri. <-- Ini apa yang aku simpulkan.  

Bukan nya mengambil kesempatan untuk balas dendam sambil melakukan jenayah. <-- Ini apa yang IGP cuba gambarkan.  

Ini sangat2 memalukan. Tergamak ko pergunakan Islam untuk kerja2 jahat ko. Setan hihi haha jek tengok perlakuan budak2 neh macam neh. Dan lebih hihi haha bila perlakuan korang mendapat sokongan dari orang ramai dan KPN sendiri.

Bagaimana gambar2 dalam simpanan PDRM boleh terlepas keluar? Klik SINI
 

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular