Saturday, October 29, 2011

Terlebih Bayar RM270 Juta, Ng Yen Yen Tiada Asas Nafi Audit


Exco Pelancongan Negeri Selangor, Elizabeth Wong mempersoalkan asas penafian Menteri Pelancongan berhubung lebihan pembayaran RM270 juta untuk iklan kementerian itu tahun lalu.

Penafian Datuk Seri Ng Yen Yen itu dibuat meskipun Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kementerian itu memilih untuk menggunakan tempahan terus dan bukan tender terbuka bagi iklan berkenaan.

BN Tumbang Jika Teruskan Pindaan Akta Pekerja - MTUC Beri Amaran Kepada Najib


Batal pindaan Akta Kerja atau hadapi kesan masa PRU, MTUC beri Najib amaran

SUBANG JAYA, 28 Okt ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja akan menjadi penentu dalam arah aliran sokongan ketika pilihan raya umum ke-13 melainkan pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi sekarang ditarik balik.

Rancangan jahat SPR-BN untuk tambah undi BN

Selepas memberi kad pengenalan kepada berpuluh ribu warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN dalam PRU, kini BN merancang satu lagi strategi baru iaitu menambahkan undi pos dalam pelbagai sektor.

Syarikat Kerajaan Johor alami kerugian sejak 2007

BERDASARKAN Laporan Audit Negara 2010, Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor didedahkan sebagaidiurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian.


Antara syarikat yang didedahkan ialah syarikat milik Yayasan Warisan Johor, iaitu YWJ Citra Holding yangmengalami kerugian sejak tahun 2007 sehingga 2009.

Mengapa Najib salahguna duit rakyat untuk naikkan imejnya?


KUALA LUMPUR, 28 Okt: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan menyalahgunakan wang rakyat.

Umno dan Seks : Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel


SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.

Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.

Kita makan kuah...depa makan isi......

Terasa benar kenaikan harga barang menghimpit ekonomi harian kita. Terutama orang yang macam SM..gaji tak seberapa..tanggungan ramai. Rasanya bukan SM saja malah ribuan di luar sana yang senasib dengan SM, yelah di Malaysia ni berapa kerat saja yang kaya...lainlah kalau macam Tok Najib dan Cik Mah..Cik Mah kaya sejak kecil...menabung sejak kecil hingga boleh beli cincin 2.4 juta...kita ni bukan kata nak beli cincin 2 ribu...tabung ayam yang dok ada tu pun tak pernah penuh-penuh..apa taknya...nak masuk tahun baru je...kena korek..habuan nak beli kasut sekolah dan buku-buku...

DURIAN BELANDA PENAWAR CANCER



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?


Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

BN MENGGUNAKAN UPM UNTUK BERKEMPEN??

BN Ceroboh UPM, BHEP ‘Organ’ Penganjur?

Selangor simpan 1b… Mat Said dan Ghani simpan 2 bijik telor sahaja.

Pada 31 Disember 2010, pelaburan yang dicatatkan oleh Negeri Selangor berjumlah RM668 juta dan wang tunai simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM900 juta. 

Harga dan nilai Kg Baru

 Oleh Hishamuddin Rais

Pembaca yang budiman, saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan pak menteri Islam dari United Malay National Organisation tentang betapa berharganya tanah Kampung Baru.

Najib dimalukan di Australia +Gambar



26 Okt. lalu Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Perth, Australia pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).


Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang.

Pelaburan Lebihi Had: Hutang FELDA melambak setelah Najib pegang kuasa


Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko 


Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya - kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Friday, October 28, 2011

Sejak bila KWSP dijadikan sebagai BANK?


Pengurus Besar, Perhubungan Awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Nik Affendi Jaafar menegaskan pada 1 November 2010, tujuan utama penubuhan KWSP adalah sebagai skim simpanan nasional untuk menyediakan jaminan kewangan kepada ahli semasa persaraan mereka.

'ahli UMNO masuk UMNO'

“Terima Kasih UMNO, selesaikan masalah dalam PAS"
KENYATAAN AKHBAR

'Selamat Tinggal PAS' adalah program 'ahli UMNO masuk UMNO'

'Tidak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba pokok bergoyang', begitulah digambarkan dengan program 'Selamat Tinggal Pas' anjuran UMNO Kampung Padang Limau yang telah disiarkan didalam suratkhabar Sinar Harian keluaran 25hb Oktober, 2011 yang lalu.

Taubat lah Mahathir atau Ingin Mati Sebagai Seorang Firaun

Mahathir Guna Seluruh Usianya Menentang Hukum Allah


Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

TV Selangor sahkan wartawannya diserang semalam!

DALAM artikel lalu di MiLo SuaM, telah didedahkan bagaimana team Jingga 13 dan wartawan TV Selangor telah diserang oleh sekumpulan samseng di sebuah Resort sewaktu tinjauan terhadap dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing rujuk sini [Jingga 13 diserang].

Khutbah Pilihan : Zulhijjah DiHayati Islam DiJulang Tinggi

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Warga asing dapat IC, Jingga 13 dan TV Selangor diserang!

SEMALAM Jingga 13 telah ke daerah Sepang, Selangor. Kami mendapat maklumat 4 bas pendatang asing dibawa ke sebuah Resort untuk diberikan kad pengenalan dan bakal diberikan hak mengundi.

Kami dapati 3 buah bas berada di jalan masuk Resort yang dimaksudkan berhampiran sebuah cafe (Coffee Village). Difahamkan sebuah bas lagi sudah beredar. Wartawan TV Selangor turut sama membuat liputan di lokasi tersebut.

Thursday, October 27, 2011

Audit: Kelantan terima banyak pujian dari teguran

KOTA BHARU, 27 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal menunjukkan kejayaan reformasi dan transformasi sebagaimana yang dialung-laungkan.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tidak nampak perkara itu boleh berjaya dan telah berjaya.

Laporan Audit: Hasil Kedah Meningkat 23.9%, Surplus Sebanyak RM22.50 juta


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Ketua Penerangannya, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Debat: Mengapa Najib enggan sahut cabaran Anwar

KUALA LUMPUR 27 Okt: Keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kerana bimbang rakyat akan mengetahui belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

China Doll Kepala Hotak Hangpa!!!

Blog pencacai Umno menyiarkan berita kononnya Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Antara dakwaan yang dipetik dari akhbar Harian Metro itu melaporkan wanita itu adalah berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

hajmecca.jpg
 KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

‘Apa salah cucu saya’


ANGKAT...anggota polis mengangkat jenazah Atikah untuk dipindahkan dari HKT ke HSI untuk bedah siasat.
ANGKAT...anggota polis mengangkat jenazah Atikah untuk dipindahkan dari HKT ke HSI untuk bedah siasat.

Sultan Kelantan Kutip Sampah Beb..!

Sultan Kelantan Kutip Sampah Beb..! Cayalah..!!..SULTAN Muhammad turun padang membersihkan kawasan Pantai Tujoh, Tumpat sempena Majlis Gotong-Royong dan Ramah Mesra semalam.

Saya akan tampilkan bukti terhadap Noh Omar, kata Ketua Penerangan Keadilan Selangor


Melalui email ke dalam blog ini tanpa edit;

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Noh Omar yang mengatakan bahawa BN Selangor akan merampas Selangor merupakan satu kenyataan kosong yang tidak berasaskan kepada gerak kerja akar umbi BN Selangor sebaliknya hanyalah retorik seorang pemimpin yang sudah mula diragui kepimpinannya oleh pimpinan UMNO di peringkat BN Selangor.

Tok Guru & nasi bungkus RM2.50

"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

HUTANG MELAKA meningkat .. Ali Rustam tersepit

HUTANG MELAKA meningkat RM1bilion pada 2011?
Laporan Audit Menyebut Bahawa Baki Hutang Kerajaan Negeri Melaka Meningkat Kepada RM853.07 Juta Berbanding RM587.53 Pada 2009. Terbukti Kerajaan Negeri Hanya Pandai Berhutang Tetapi Tidak Pandai Membayar Hutang. 'Anak' Seperti Ini Hanya Tahu Menghabiskan Duit Ayah Tetapi Tidak Tahu Berjimat, Dia Hanya Tahu Mahu Berbelanja Besar Tanpa Memikirkan Kesusahan Orang Tuanya.

Panas!! Bangunan UMNO Kena Lelong

Satu lagi Bangunan Umno DIBELI OLEH PAS
Setelah Dewan Pemuda Negeri Kelantan berjaya membeli Bangunan Umno Kota Bharu tidak lama dahulu, kini satu lagi bangunan milik pemimpin Umno berjaya dibeli oleh PAS.

S'ngor Jawab Tohmahan: Air Percuma Untuk Kembalikan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat


Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat.

Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES).

Projek Lembu menamatkan kareer Shahrizat???


Project Lembu Suami Shahrizat Yang Epic Fail yang berkemungkinan akan menamatkan kareer Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Pada peringkat awal, projek ini adalah sebuah idea yang di ilhamkan oleh Menteri Pertanian Malaysia ketika itu (2008) Muhyiddin Yassin yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Mat Zoo ikut sunnah bab berbini


"Syabas kepada ketua negeri Terengganu @ menteri besar Dato' Seri Ahmad Said berjaya melahir insan cemerlang dalam pelajaran dan melahirkan insan boleh membaca AL-QURAN."

Wednesday, October 26, 2011

Murtad: Ke mana arah sasarannya

Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil? Dua perkara ini perlu dilihat dan difahami sedalam-dalamnya, supaya kerja yang berjenama Islam mengikut landasannya yang sebenar dan menepati kebijaksanaan yang ditunjuk oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Hukuman takzir untuk liwat isteri + Video


SHAH ALAM – Perbuatan suami meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud, sebaliknya dikategorikan sebagai hukuman takzir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbuatan itu tetap haram dan salah dari segi undang-undang, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

Penyelewengan dalam Audit, SPRM jangan hanya siasat

KUALA LUMPUR 26 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan hanya perlu menyiasat penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, tetapi turut mengemukakan hasil laporan dan pendakwaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, ini kerana laporan Audit jelas menunjukkan berlaku penyelewengan dan kelemahan ketara terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri.

Akhirnya Zul Kulim menjadi "Keluarga Katak Perkasam"

Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA
Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.

Patutlah tak dibentangkan semasa Bajet 2011.. Jom tolak BN

Jadikan laporan audit KPI tolak BN
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS menggesa rakyat di negara ini menjadikan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk menilai kecekapan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat Johor terabai, mana kehebatan Umno-BN memerintah?

WarkahDaily – Pembeli rumah Taman Desa Kempas di Johor mengadakan demonstrasi aman.

Sungguh geli bila ahli Umno-BN cakap kerajaan Umno-BN cekap dan pandai memerintah. Konon pembangunan yang dikecapi negara sekarang ini adalah hasil pemerintahan Umno-BN.

Audit Negara Akui Pulau Pinang dan Selangor Cemerlang


Semua Petunjuk Kewangan P.Pinang Meningkat, Berjaya Lupus 95% Hutang Peninggalan BN


Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular