Friday, July 26, 2013

NGO Antarabangsa Sahkan Umno BN salahguna undang2 sebagai alat untuk menekan hak bersuara pada PRU13.

Pertubuhan hak asasi manusia serantau, Asian Forum for Human Rights and Development (Forum Asia) yang dalam misi pencarian fakta hari ini mendedahkan penemuan awal mereka mendapati kerajaan Malaysia menyalahguna tiga undang-undang iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, dan Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar (PPPA) 1984 ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Wakilnya, Kishali Pinto-Jayawardena berkata, kerajaan Malaysia menggunakan beberapa undang-undang yang terlalu teknikal dan sukar difahami untuk menghukum dan mendakwa individu secara terpilih.

"Kami melahirkan kebimbangan terhadap bentuk undang-undang yang bermasalah ini kerana ia memberikan kuasa kepada kerajaan Malaysia untuk menjalankan pendakwaan dan hukuman secara terpilih ke atas individu tertentu.

"Janji kerajaan Malaysia untuk menjalankan reformasi tidak selari dengan pelaksanaan mereka," kata aktivis kanan daripada Sri Lanka itu dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pagi ini.

Penemuan awal kumpulan itu mendapati kerajaan Malaysia telah menggunakan Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Kanun Keseksaan dan juga Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar (PPPA) 1984 bertujuan menekan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.

"Pihak berkuasa Malaysia menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menekan hak bersuara pada PRU13.

"Tangkapan ke atas aktivis dan pemimpin pembangkang berterusan terutama selepas pendedahan meragukan dalam proses pilihan raya," kata Joses Kuan, yang juga salah seorang wakil daripada kumpulan itu.

Tindakan itu dilihat sama sekali mencabuli hak berhimpun dan kebebasan bersuara yang dijamin ke atas semua rakyat Malaysia, kata Profesor Undang-Undang Universiti Kebangsaan Seoul Kyong-Whan Ahn. ~the malaysian insider

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular