Friday, July 19, 2013

Panas!! Ketua jawatankuasa daftar pendatang haram sebagai ahli Umno Terbongkar!!

RCI Sabah: Musa Aman ketuai jawatankuasa daftar pendatang haram sebagai ahli Umno
Jawatankuasa khas diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditubuhkan untuk mencari pendatang haram untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli parti bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) kata bekas Senator, Dr Chong Eng Leong kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram, hari ini.

Dr Chong berkata, maklumat ini diberikan kepadanya oleh Jabar Khan yang juga setiausaha kepada jawatankuasa ditubuhkan pada 1991 itu.

Jabar memberitahu di Parlimen pada Febuari 2007 bagaimana 400,000 kad pengenalan dikeluarkan oleh jawatankuasa diketuai Musa.

Daripada 400,000, hanya 20 peratus dikeluarkan kepada bukan Islam sementara selebihnya kepada orang Islam.

Dr Chong menyatakan kebanjiran pendatang ke Sabah disebabkan hak ekonomi sosial kepada penduduk tempatan di Sabah dan kedudukan demografi Sabah juga berubah ekoran daripada tindakan Umno. TMI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular