Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut terus memperlihatkan tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) memperbodohkan orang Melayu dengan memainkan tiga kunci kempen mereka iaitu kemiskinan, ketakutan dan kejahilan (3K).
Menurut Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam tulisannya menyifatkan kaedah 3K itu digunakan supaya UMNO terus berkuasa walaupun tidak banyak perubahan pembangunan yang besar berlaku di kawasan itu sejak beberapa dekad lalu.
“Selama orang Melayu dimiskin, ditakut dan dijahilkan, selama itu UMNO akan terus berkuasa. Bila semua tiga perkara itu musnah, UMNO-BN akan kalah dalam pilihan raya,” katanya memetik kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini.
Kata Mohd Ariff, walaupun kerajaan UMNO kononnya dilihat simpati dan prihatin terhadap kemiskinan orang Melayu, persoalan timbul apabila masih ramai orang Melayu hidup dalam kemiskinan malahan banyak dasar kerajaan untuk memperkasakan orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga gagal.
“Apa yang kita lihat, 95 peratus yang berada dalam kedudukan berkuasa ialah orang Melayu. Soalannya, jika ini faktanya, maka mengapa keadaan orang Melayu tidak berubah dan terkebelakang?,” ujarnya.
Menurutnya, ini membuktikan bahawa tidak semestinya penguasaan orang Melayu dalam kerajaan atau pihak berkuasa menjamin kemajuan bangsa Melayu.
“Kami melihat realitinya, dasar mereka (UMNO) hanya menguntungkan sebahagian kelompok Melayu dalam masa yang sama orang Melayu yang disasarkan sepertinya tidak bertindak balas.
“Ini mungkin disebabkan ada sebahagian mereka tidak tahu, tidak ada kepakaran atau apa sahaja yang kita boleh fikirkan yang menyumbang kepada kelembapan reaksi daripada orang Melayu. Ini kerangka minda yang berjaya dibina UMNO selama mereka mentadbir negara ini. Mereka berjaya mewujudkan sebahagian kelompok orang Melayu tidak progressif,” jelas beliau.
Tambah Mohd Ariff, kenyataan itu terbukti benar jika melihat kepada gerak kerja kempen UMNO.
“Minggu lalu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Jusoh menegaskan bahawa kumpulan guru sekolah mesti menyokong BN sebagai membalas budi. Orang Melayu pula yang rata-rata berpendapatan rendah mesti terus menyokong BN kerana parti itu sahaja yang tahu bagaimana menjaga orang Melayu.
“Mungkin kerana pandai ‘menjaga’ orang Melayu maka, mereka terus ketinggalan dalam serba serbi cabang kehidupan hari ini. BN bukan mendapat tempoh masa yang singkat untuk membaiki keadaan orang Melayu tetapi mereka menjadi kerajaan selama lebih 55 tahun,” katanya.
Beliau berkata, nasib orang Melayu yang mendapat jagaan istimewa UMNO adalah segelintir Melayu yang terpilih.
“80 peratus Melayu yang bergantung harap kepada UMNO kekal dalam jiwa perhambaan kepada UMNO. Inikah parti yang membela orang Melayu? 20 peratus Melayu teratas pula menguasai 70 peratus kekayaan Melayu negara ini manakala 80 peratus Melayu selebihnya terpaksa berkongsi 30 peratus kekayaan yang ada. Adakah ini yang dilaungkan UMNO sebagai menjaga Melayu?,” soal beliau.
Justeru itu, beliau menyeru agar PRK Kuala Besut kali ini akan memberikan kejutan kepada UMNO di mana orang Melayu perlu bangkit dan berani melawan perhambaan jiwa yang ditanam UMNO selama ini-Roketkini.com
Lagi Berita Di SINIDapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment