KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Datuk Seri Najib Razak di dalam Umno.
“Malah isteri Muhyiddin (Hajjah) Norainee (Abd Rahman) lebih popular daripada (Datin Seri) Rosmah (Mansor),” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.
Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.
“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.
Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad.
“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.
Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.
Blogger pro-Mahathir dan bekas editor NST A Kadir Jasin menulis pada hari Ahad yang lalu bahawa Umno hanya akan berubah sekiranya mereka tewas di Kuala Besut.
“Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam,” tulis Kadir.
Kadir turut berkata BN mungkin kalah di Kuala Besut sebagaimana ia tewas di Kuala Terengganu selepas pilihanraya 2008.
“Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.
"BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). Media menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.
"Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434,” tambah beliau.
Sumber Umno menyatakan bahawa Kadir sememangnya berharap agar Muhyiddin akan mencabar Najib sebagaimana beliau.
“Kadir dalam tulisannya menulis Muhyiddin 'tidak berminat' mencabar Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM sebenarnya sedikit tersasar. Muhyiddin cuma sedikit terkilan apabila Mahathir berkata tiada dalam Umno yang layak menggantikan Najib. Tapi Daim telah memberikan keyakinan semula padanya kerana kuat melobi jawatan presiden dipertandingkan.
"Bagi Muhyiddin, sekiranya Tan Sri membaca ini, tolong bertanding untuk selamatkan Umno daripada terus reput. Kami perlu kepimpinan yang baru. Kami hendakkan juga Puan Sri Noraini menggantikan tempat Rosmah. Semua ahli Umno kini hanya menunggu isyarat daripada Tan Sri. Asalkan Tan Sri bagi signal, kita semua akan bersatu di belakang Tan Sri untuk memaksa Najib mengundur diri daripada tewas di tangan Tan Sri,” rayu sumber Umno itu sebelum menamatkan perbualan. Harakah
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment