Friday, July 26, 2013

GempaQ!!! Asnaf kat Malaysia tinggal satu saja? .. Oh Malaysia Negara Maju

Malaysia Oh Malaysia : Asnaf zakat tinggal 1 sahaja.. iaitu AMIL.. jika bagi kat 7 lagi akan kena PENJARA...

Sejak bila penerima zakat nie sudah jadi 1...setahu kami penerima zakat ada 8... tapi bila mai kat negeri pasir berdengong nie penerima zakat jadi 1... dan jika di bayar kepada yang 7 lagi siap masuk penjara lagi...

makin jadi caca merba dah negara kita nie nampaknya... duit punya pasal macam2 fatwa baru mereka akan keluarkan....

Bayar zakat kepada bukan amil boleh dipenjara
25 Julai 2013
KUANTAN - Individu yang didapati membayar zakat kepada mereka yang bukan amil yang ditauliah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Haladan Md Daud berkata tindakan boleh dilakukan mengikut peruntukan Enakmen No.8 Pentadbiran Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

"Kesalahan membayar kepada bukan amil atau mereka yang bukan amil menerima zakat boleh disiasat di bawah Seksyen 173 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata setakat ini belum ada sesiapa yang dikenakan hukuman berhubung kesalahan tersebut.

Haladan berkata PKZ Pahang telah melantik 950 orang amil di seluruh Pahang tahun ini.

Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak RM6.5 juta zakat fitrah dan RM102.8 juta zakat harta berjaya dikutip. - Bernama

petikan dari laman web e-fatwa JAKIM
Perincian Tentang Tafsiran Asnaf Lapan Dan Kadar Zakat Yang Ditetapkan Kepada Setiap Asnaf
Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini dibincangkan supaya satu fatwa dikeluarkan tentang tafsiran asnaf-asnaf lapan yang berhak menerima zakat agar kaedah pengagihan wang zakat yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dapat diperkemaskan pada masa-masa yang akan datang.

Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 8 Okt 2007 telah membincangkan mengenai perincian tentang Asnaf Lapan dan Kadar Zakat yang ditetapkan kepada setiap Asnaf. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:

1. Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta benda atau pekerjaan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak mencapai lima puluh peratus daripada had kifayahnya untuk keperluan diri dan tanggungannya.

2. Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lima puluh peratus untuk keperluan diri dan tanggungannya tetapi tidak mencapai had kifayah.

Bahagian Fakir dan Miskin ini tidak boleh diberikan kepada orang kaya dan kepada orang yang mampu bekerja dan menghasilkan keperluan yang cukup untuk diri dan mereka yang di bawah tanggunggannya.

3. Amil (pengurus zakat)
Dalam istilah sekarang di Malaysia, Amil ditakrifkan sebagai sebuah organisasi yang padanya terdapat kakitangan yang terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan zakat, begitu juga pertubuhan atau individu yang dilantik oleh badan tersebut.

Di Negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan merupakan Amil Zakat dan berhak mendapatkan 1/8 daripada jumlah kutipan wang zakat yang dipunggut sebagai salah satu daripada asnaf penerima zakat. Peruntukan 1/8 ini hendaklah digunakan untuk membayar upah amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Kelantan terdiri daripada pegawai-pegawai Majlis, pertubuhan dan orang-orang awam. Baki daripada peruntukan tersebut boleh digunakan untuk pengurusan am Majlis Agama Islam Kelantan seperti pembayaran gaji kepada kakitangan dan perbelanjaan menjalankan operasi-operasi lain.

4. Al-Muallafatu Qulubuhum
Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum di bahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

Golongan Muslim meliputi :
a. Orang yang baru memeluk Agama Islam.
b. Ketua-ketua kumpulan Islam yang menpunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.
c. Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap Imannya tetapi masih berpengaruh.
Golongan bukan Muslim (Kafir) pula meliputi :
a. Orang yang berkemungkinan menerima Islam.
b. Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

5. Fir Riqab
Pada dasarnya ia bererti membebaskan seseorang itu daripada perhambaan. Bahagian ini adalah bertujuan untuk disumbangkan kepada usaha-usaha untuk menamatkan sistem atau amalan perhambaan.

Apabila amalan perhambaan secara tradisi sudah terhapus sepenuhnya sekarang, Mesyuarat bersetuju memfatwakan takrif Ar Riqab ini perlu diperluaskan lagi kepada pembebasan yang mencangkupi segala bentuk perhambaan dan penindasan yang ada seperti pembebasan dari belenggu kejahilan, pembebasan golongan lemah dari cengkaman orang-orang yang berkuasa dan pembebasan dari perhambaan ekonomi, politik dan sebagainya.

6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)
Orang-orang berhutang yang layak menerima zakat ialah orang yang berhutang untuk faedah awam seperti untuk menghapuskan persengketaan dua pihak dan sebagainya.

Bagi individu yang berhutang untuk tujuan peribadi, mereka hanya boleh dimasukkan ke dalam asnaf ini dengan syarat beliau mestilah tidak memiliki harta dalam kadar yang mencukupi (haddul kifayah).

7. Fi Sabilillah
Ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas iaitu segala bentuk usaha yang ikhlas bagi mencapai keredhaan Allah.

Oleh itu ia merangkumi segala bentuk kebajikan seperti bantuan untuk peperangan menentang musuh Islam, bantuan kepada pelajar dan apa sahaja bentuk ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah.

8. Ibnu Sabil
Iaitu orang-orang musafir yang dimaksudkan dengan musafir dalam konteks ini bukan sahaja orang yang sedang dalam perjalanan tetapi juga orang yang berniat untuk bermusafir.

Begitupun, musafir itu mestilah dengan tujuan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam atau maksiat.

Demo LoNie : Asnaf yang lain dapatkan "TAULIAH" dulu ya...

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular