Friday, July 26, 2013

Dalam UMNO pun ada ahli SYIAH

"Ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak menentang fahaman Syiah."

Ahli Syiah di Kedah bergambar kenangan ketika sambutan Maulidur Rasul 2011 lalu.

3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional
PENDANG – Kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.

Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur antara 20-an hingga 50-an.

“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.

“Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti pengajian dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang semalam.

Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali mengadakan majlis secara besar-besaran di situ.

“Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu siang bagi mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid, Akhlak, Sirah dan sebagainya mengikut fahaman Syiah.

“Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus untuk ahli-ahli Syiah sahaja,” katanya.

Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak menentang fahaman Syiah. SH

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular