KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendedahkan ‘gerrymandering’ adalah manipulasi pembahagian sempadan kawasan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
“Kita bukan cakap kosong, kita sudah dapat kenalpasti di beberapa kawasan terutama di luar bandar yang menjadi sasaran BN untuk memastikan trend pengundi berpihak kepada mereka.
“Di kawasan bandar, sempadan dibesarkan sehingga populasi pengundi menjadi terlalu padat, tetapi dipertandingkan di bawah satu kerusi parlimen sahaja.
“Di negeri Selangor contohnya, kita cuma ada beberapa ahli parlimen.
“Sedangkan populasi rakyat Selangor begitu ramai, elaun yang diberi sama, sedangkan skop kerja lebih besar,” kata Fuziah.
Selangor mencatat persempadanan yang tidak seimbang antara kawasan BN bermajoriti Melayu dan kawasan pembangkang yang bermajoriti Cina.
Parlimen Seputeh mencatat 85,796 pengundi dan Petaling Jaya Utara 85,401.
Sedangkan di kawasan BN seperti di Sabak Bernam hanya 37,318 manakala Sungai Besar 42,837 pengundi.
GerrymanderingAhli Parlimen Kuantan itu turut menjelaskan masalah ‘malapportionment’ atau nilai undi yang tidak sama rata bagi setiap pengundi.
“Malapportionment adalah satu masalah yang sangat ketara. Setiap seorang pengundi nilainya tidak sama.
“Contohnya nilai keseluruhan pengundi di Ketereh adalah 55,000 orang dan di Sepang jumlahnya 120,000 orang.
“Secara purata, nilai seorang pengundi di Sepang menyamai dua undi di Ketereh sedangkan jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan masing-masing satu kerusi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54520
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Demo LoNie
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment