Thursday, July 18, 2013

Siapa yang beria-ia menjalinkan hubungan dengan Vatican?

Tindakan Nuncio Joseph telah mencetuskan api kemarahan di kalangan umat Islam negara ini sehingga mengundang NGO-NGO seperti PERKASA, Jati, Gabungan NGO Melayu Islam Malaysia dan Jalur Tiga untuk bangun mendesak Joseph menarik balik kenyataan nya di samping ke tahap mengeluarkan kenyataan supaya mengusir Nuncio ini keluar dari negara ini.

Keseluruhan puncanya semua ini ialah mengapa kita begitu mudah memberi rumah kepada Vatican di negara ini yang mana mereka ini bukan mewakili sebuah negara pun? Jauh sekali bagi memupuk keharmonian kaum dalam negara ini. Seperti yang dipersoalkan oleh blogger Kadir Jasin “Siapa yang beria-ia menjalinkan hubungan dengan Vatican?”.

DS Najib mungkin tidak sedar ego beliau telah diangkat melalui psyco puak ini apabila beliau sangat berbangga dengan lawatannya ke Vatican pada 18 Julai 2011 dengan katanya "Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif,".rujuk sini.

Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 120:-
” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Lagi sekali DS Najib mendapat nasihat yang silap dari penasihatnya.

Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular