Pembekal dakwat kekal rapat dengan bos SPR - Rafizi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu dikatakan rapat dengan pimpinan kerajaan, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malah, dakwa Rafizi, syarikat tersebut juga dikatakan sering mendapat perolehan daripada kerajaan, termasuk dari Kementerian Pertahanan.
Rafizi turut mendedahkan satu nama berserta nombor kad pengenalan yang didakwa sebagai individu yang mendapat projek membekalkan dakwat tersebut.
Menurut Rafizi, individu tersebut yang memegang kad pengenalan asal Singapura memiliki tiga syarikat yang dikawalnya.
"Dalam masa sama, ada dua syarikat beliau yang masuk melalui rundingan terus dengan menggunakan nama pekerjanya, salah seorang adalah keraninya (nama seorang individu) yang juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat yang dikawal," tegas Rafizi ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan, di Dewan Rakyat, petang ini.
Pengarah Strategi PKR itu turut mempersoalkan tindakan yang dikenakan terhadap 'pakar runding terus' tersebut memandangkan dakwat kekal yang dibekalkan itu tidak kekal sebagaimana yang dimaklumkan.
Beliau turut meminta menteri berkaitan untuk menyatakan status terkini siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang pembelian dakwat kekal tersebut.
Dalam pada itu, Rafizi menegaskan menjadi satu kesalahan apabila perolehan secara runding terus diberikan kepada individu atau syarikat yang sama, yang mana masih banyak lagi syarikat lain yang boleh membekalkan peralatan yang serupa.
"Runding terus itu salah jika banyak lagi syarikat lain yang turut boleh membekalkan peralatan yang serupa, kecuali pada keadaan tertentu," tegas beliau.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican cuba menyatakan tiada salahnya pemberian kontrak runding terus itu diberikan. - Harakah
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment