Thursday, July 18, 2013

PRK Kuala Besut; RM 288.847 Juta Sogokan Telah DiLakukan BN

Tempoh kempen sedang berjalan sekarang untuk PRK Kuala Besut dimana pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi adalah pada 24 Julai 2013.

Menurut MAFREL, pemerhatian yang dibuat dari kempen hari pertama pada 12 Julai sehingga hari ini, 17 Julai, Barisan Nasional (BN) tanpa sedikit pun merasa malu menggunakan taktik lama 'menyogok' rakyat dengan rasuah pembangunan.

"nampaknya Barisan Nasional (BN) sudah kembali kepada taktik lama, tanpa rasa segan dan dengan alasan sama..."ini kebetulan",kata Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh Al Habshi.

Beliau menyenaraikan janji dan projek yang ditawarkan oleh BN kepada rakyat dalam PRK di Kuala Besut yang dicatat oleh MAFREL setakat ini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/20130712_175644%281%29.jpg1. Pengumuman peruntukan bernilai RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut [Gambar kiri] – 13 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini)

2. Bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut – 14 Julai 2013 (sumber: Bernama)

3. TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut - 16 Julai 2013 (sumber: Bernama melalui Malaysiakini)

4. TPM merasmikan projek pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut dengan peruntukan RM28 juta – 16 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini dan teganukita.blogspot.com)

5. Pengumuman projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut – 16 Julai 2013 (Berita Harian)

6. Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut – 16 Julai 2013 (sumber: Bernama)

Syed Ibrahim juga berharap sukarelawan MAFREL dapat pantau dan merakamkan foto-foto berkenaan.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular