Undi Semakin Merosotpun Najib Kata UMNO Masih Kuat?
"Jumlah undi yang telah diterima oleh calon BN telah merosot sebanyak 521 undi.."
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut semalam membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah..
UMNO masih menyerlah katanya... berdasarkan apa entahlah dia boleh berkata begitu..
Pada PRU13 Mei lalu calon BN, Dr. A Rahman Mokhtar telah memperolehi 8,809 undi dan majoriti yang diperolehi ialah 2,434 undi.. jumlah yang dilaburkan tentulah tidak sebesar jumlah pelaburan BN dalam PRK Kuala Besut..
Manakala dalam PRK Kuala Besut pula, calon BN, Tengku Zaihan memperolehi 8,288 undi dan majoritinya pula ialah 2,592 undi, dengan pelaburan sebanyak RM477 juta peningkatan majoritinya hanya 158 undi..
Oleh itu jumlah undi yang telah diterima oleh calon BN telah merosot sebanyak 521 undi..
Kalau dah jumlah undi semakin merosot tu maknanya semakin malap lah Najib.. bukannya menyerlah..
Kemenangan BN bukti Umno masih kuat
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan Umno masih menyerlah.
Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
“Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.
“Insya Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita ,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di sini.
Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK Kuala Besut.
Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.
“Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.
“Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang,” katanya. – Bernama
Bagaimanapun TAHNIAH diucapkan kepada BN sebab menang..
Buat seluruh petugas-petugas PAS/PR yang berkampung di Kuala Besut jangan kecewa.. kerana yang ditentang dalam PRK ini dan juga semua PRK yang telah berlalu dan juga akan datang ialah seluruh jentera Kerajaan Malaysia yang telah disalah guna oleh UMNO.. ASD
Keputusan rasmi sila baca di ( SINI )
Lagi Berita Di SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment