Friday, July 19, 2013

Panas!! Isu beri tanah pada ADUN PAS Mad Said kena main dgn blogger UMNO kah kah kah

ADUN PAS pertahan kelulusan tanah projek limau
ADUN Ladang Tengku Hassan Tengku Omar mempertahankan tindakan kerajaan negeri semasa pentadbiran PAS yang meluluskan tanah kepada satu syarikat milik seorang wakil rakyat parti tersebut, 13 tahun lalu.
Mad Said Kitar semula isu lama
yang dah dijawab oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu

Bekas pengarah tanah dan galian Terengganu itu berkata kelulusan itu dibuat kerana kerajaan negeri pada masa itu berpendapat bahawa projek tanaman limau oleh syarikat Imbasan Padu Sdn Bhd itu perlu diteruskan.

Beliau juga mendakwa kerajaan negeri pimpinan BN sebelum itu didakwa sengaja menolak permohonan pemilik syarikat tersebut, Dr Sulaiman Abdullah, ketika itu merupakan seorang anggota PAS.


Tetapi kerajaan negeri secara tiba-tiba berubah fikiran apabila mendapati Sulaiman merupakan seorang anggota PAS, katanya.

Beliau mendakwa, tindakan itu merupakan satu diskriminasi ke atas syarikat berkenaan.

"Imbasan Padu telah membeli benih untuk persiapan proses penanaman. Tiba-tiba tanah itu tidak diluluskan. Jadi lapan diluluskan, satu tak lulus. Itu yang berlaku pada awal 1999.

"Bila PAS menang, perkara ini berbangkit. Dan mendapati bahawa projek perlu diteruskan. Tanah masih banyak.

"Mengapa permohonan Imbasan tidak diluluskan, apa sebab? Berlaku diskriminasi dalam kelulusan yang diberi.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri pimpinan PAS kemudiannya meluluskan projek dan permohonan tanah tersebut pada tahun 2000, katanya.

"Lalu (mesyuarat) exco meluluskan kepada Imbasan Padu, yang mana syarikat yang dimiliki oleh wakil rakyat, ketika itu Dr Sulaiman dan isterinya," katanya.

Sulaiman menang di kerusi DUN Ladang pada pilihan raya umum 1999.

Tengku Hassan mengemukakan penjelasan tersebut hari ini bagi menjawab dakwaan menteri besar Datuk Seri Ahmad Said bahawa PAS juga pernah memberi tanah kepada wakil rakyat parti itu semasa mentadbir Terengganu sehingga 150 ekar di Dungun kepada seorang ADUN parti berkenaan.

Dakwaan itu sebagai reaksi balas kepada tindakan PAS yang membangkitkan soal tanah untuk empat pemimpin Umno di Besut. mk


Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular