Sunday, August 21, 2016

Apa alasan PAS mendahulukan RUU daripada tindakan tindakan lain?

Soalan: Kenapa PAS mementingkan undang undang Islam sedangkan Rakyat masih memerlukan kebajikan ekonomi dan keluar dari Kemiskinan. Apa alasan PAS mendahulukan RUU daripada tindakan tindakan lain?

Jawapan:

PAS adalah harakah Islam yang menggunakan Politik untuk memuliakan ISLAM dan mengajak manusia selamat dan selesa dengan janji ALLAH bahawa Islam adalah Rahmat untuk seluruh Alam. Maka, tindakan PAS membawa usaha RUU 355 dan sebelumnya seperti pindaan undang undang Islam peringkat Negeri adalah mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. PAS berpegang kepada laksanakan perintah ALLAH sepertimana Rasulullah laksana, maka selepas itu rahmat ALLAH datang bersama usaha usaha manusia yang mencari kebahagiaan anugerah ALLAH SWT.

Untuk Menjawab, kenapa PAS seolah olah dahulukan RUU berbanding ekonomi dan kebajikan? Hendaklah dilihat juga tindakan Nabi saw di awal Nabi Menjadi Pemimpin Umat Islam di Madinah.

Nabi Muhammad Saw berhijrah ke Madinah dan dilantik menjadi ketua bagi umat ISLAM yang telah menyatukan Aus dan Khazraj sebagai Ansar dan Kaum muhajirin quraisy dari Mekah pada tahun 622 masihi.

Apa Nabi buat setelah jadi Pemimpin Madinah? Kebiasaan orang menumpukan kepada Nabi membina Masjid, membuka pasar untuk orang beriman, tetapi lupa kepada satu proses PENTING iaitu Nabi mengumpul kesemua ketua kabilah dan pemimpin pemimpin kampong kecil yang ada di Madinah untuk mereka bersama sama bersetuju menandatangani satu perjanjian yang menjadi sebagai sebuah Perlembagaan Bertulis sempurna yang pertama iaitu Piagam Madinah. Nah, Piagam Madinah inilah, usaha pertama Nabi mendapat persetujuan secara demokrasi daripada semua ketua kaum di Yathrib ketika itu untuk bersetuju mengangkat Nabi sebagai Pemimpin dan Juga yang terpenting menyatakan persetujuan bahawa sekiranya berlaku masalah kehakiman dan keadilan, perkara tersebut akan dihukum berdasarkan wahyu Allah dan kebijaksanaan Rasulullah Saw ( yang kita kenali sebagai Sunnah).

Wujudnya Piagam Madinah pada tahun 622 masihi ini, atau seawal tahun pertama Hijrah ini, membolehkan Nabi melaksanakan hukum hukum Islam selepasnya. Pembahagian zakat, pembahagian ghanimah, fai dan kebijaksanaan kebijaksanaan politik lain untuk menguruskan keberkahann ekonomi dan kebajikan Negara Berdaulat Madinah yang dipimpin Nabi Muhammad SAW.

SEJARAH ini menjadi landasan awal kenapa PAS berusaha memuliakan syariat ISLAM melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat di Parlimen. Pindaan RUU 355 yang diajukan oleh Presiden PAS ini adalah lanjutan kepada usaha PAS memuliakan syariat ISLAM dengan melalui jalan demokrasi yang diterima sebagai cara muwajahah silmiyyah dalam dakwah ISLAM.

Soal kebajikan ekonomi, kemiskinan tetap menjadi agenda PAS. Namun, kesemua itu tidak menolak seawal Nabi melakukan piagam Madinah, Orang orang Madinah yang Islam rata ratanya adalah miskin dan tidak berharta. Namun, tetap sahaja Nabi mendapatkan Hak undang undang dan pengesahan berhukum dengan ISLAM secara demokrasi bagi menunjukkan Ia boleh dilakukan kepada kita di akhir zaman ini.

Maka, inilah jawapan kami kepada yang ragu ragu dengan tindakan PAS memperjuangkan pindaan RUU355. Jawapan kami adalah dari Sunnah Rasulullah SAW, kerana kami mahu mengikut jejak langkah Nabi SAW dalam berpolitik dan mencari kebajikan dan rahmat untuk rakyat.

7 comments:

Anonymous said...

Kalu betul RUU diberi keutamaan kenapa minta bahas ditangguhkan. Ni kita kata sebagai limau purut tiga serangkai, buta perut tak dak akai...

Kiedentech Kiedentech said...

adakah pas mempunyai kredibiliti dan mendapat kepercayaan semua kaum yang menjadi prasyarat dalam melakakasanakan hudud jika semua orang ditololkan dan menjadi anjing sedangkan pas seronok membalak bersama ulama dan mangsa banjir 2014 di kelantan terbiart dan terabai di bawah pemerintahan pas

Unknown said...

Org Melayu ni, bab dibodohkan dgn ayat agama, mmg cukup stim. Xder reserved, x berbelah bahagi. Pemimpin2 UMNO dan PAS tahu sangat akan kelaku Melayu bila disantau ayat2 agama. Mereka sanggup jadi bodo piang walaupun ditipu bulat2, asalkan kaitkan dgn tuhan, kaitkan dgn nabi, semuanya akan jadi tugas suci murni tak berbelah bahagi.

Sbb tu MP2 UMNO dan PAS hidup senang lenang dan kaya berpencen. Sultan2 boleh dilantik menjadi ketua agama. Agama pun kena ada ketua..kahkahkah.. Modal mereka ialah air liur, sembur saja ayat2 santau dan jampi agama, gerenti senang kene pukau punya.

Hasilnya duit akan disedekahkan setiap bulan oleh orang ramai. Paling best nak bodohkan Melayu ialah sembur saja konsep qada dan qadar, konsep bersyukur, konsep sedekah, nescaya ada yg sanggup kerat tangan dan kaki bagi sbg sedekah pun ada. Takat gelang emas, anak dara, wang ringgit, geran tanah ni, benda biasa jadi sedekahan. Untung pakai serban ketayap ni. Buat muka lembik sikik, cair siot.

An Anonymous said...

Sedangkan kini agama ada ketua pun DAP dan MCA serta MIC bukan main berani mencabar usul RUU 355 yg takde kena mengena langsung pun dgn bukan islam! Inikan pula jika tanpa ketua..

Nak harapkan PAN yg kononnya profesional islam utk menegur DAP jauh sekali... cuba perhatikan sejak DAP Sarawak memutuskan hubungan dgn PAS, ada ke G18 dan kini PAN menegur DAP walaupun dengan satu huruf, sepatah perkataan apatah lagi?..

Yg menariknya lepas muktamar, pandai pulak nak marah dan merajuk konon kepimpinan PAS yg baru tak mahu satukan ahli2 PAS selepas muktamar 2015. Mereka tak perasan bhw prestasi spt tidak berani menegur DAP jika kepimpinan diserang oleh DAP memang tidak diperlukan langsung dalam PAS; bukan sahaja oleh kepimpinan baru malah juga oleh ahli2 PAS yg lain. Ahli2 bawahan PAS di waktu sblm muktamar 2015 sebenarnya telah lama memendam rasa bila G18 hanya mengunci mulut diam membisu seribu bahasa bila DAP menyerang kepimpinan parti; takut sgtlah tu! Itupun yg lawaknya G18 masih lagi ada hati nak harapkan wakil2 memilih mereka lagi di saf kepimpinan pd muktamar 2015.. Phuii!

Sbb tu mmg elok G18 keluar PAS tanpa menunggu dipecat!

Anonymous said...

Bukan setakat so-called G18 sahaja yang dah blah dari Parti Assobiyah 1Malaysia tu, tetapi beratus ribu ahli juga sudah meninggalkan Parti Ajaran Sesat itu.
Tahun lepas sahaja ahli Parti Amalan Syirik ini kehilangan ahli seramai 200 ribu. Tahun ini berapa ramai lagi agaknya mengikut jejak sama. Ini fakta!!! Setiausaha Agung yang cakap.
Akhbar Harakah terus menerus kerugian. Gaji tak boleh bayar. Selalu juga kena saman siarkan tahyul dan fitnah tanpa bukti.
Inilah BALA dari Allah. Tak sedar lagi ke? Selagi Parti Assobiyah 1Malaysia ini terus menerus bersikap rasis dan perkauman serta mendokong dan bersubahat menghalalkan fitnah dan semua salah laku rasuah dikalangan pemimpin, tak kiralah dari Umno atau Pas, selagi itulah BALA akan diturunkan oleh Allah SWT.
Kepada mereka yang masih merasakan Parti yang asalnya ditubuhkan untuk menegakkan dan memakmurkan Ajaran Islam kedalam pentadbiran Negara, teruskan bermimpi. Kepala kalau dah rosak, seluruh badan akan binasa. Dalam kita bertungkus lumus berdakwah itulah inilah kepada masyarakat, pemimpin kita pula tidak menunjukkan sifat Islamik walaupun berjubah dan berserban. Kata nak jadi penasihat kepada Kerajaan rasuah ini pulak. Kita nak tanya, "Apakah nasihat yang telah diberi setakat ini?" Sebab apa kita tanya? Sebab rasanya keadaan semakin teruk dan bukannya semakin baik. Malaysia terkenal seantero dunia tetapi lebih negatif dari positif. Pemimpin buat apa? Diam seribu bahasa. Bila kena batanghidung sendiri barulah sekarang lintang pukang menafikan menerima dedak rm90juta. Kelam kabut Hadi Mereng, yang dimaksudkan sebagai kepala tadi, mengugut akan menyaman "pemfitnah" dari London itu. Kita menunggu sama ada Parti kita ini akan menunaikan janji untuk menyaman, supaya kita juga sama2 yakin bahawa itu betul2 fitnah dan tidak akan mempercayai lagi berita2 yang sewaktu dengannya. Walaubagaimanapun, sekiranya seperti firasat ramai Tuan Hadi Mereng akan menarik balik tindakan saman tersebut, maka secara spiritualnya kita tidak ada pilihan lain selain menganggap bahawa benarlah pimpinan tertinggi menerima dedak rm90juta itu.
Sekiranya ini berlaku, Pas nak cakap apapun selepas ini, kita tidak akan percaya lagi. Cukuplah sudah kaya raya dengan menjual agama untuk kepentingan sendiri.
AYUH SEDARLAH!!!!!!!!!!!

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular