Wednesday, July 17, 2013

GempaQ!!! Ni baru "BETUL" BONUS Raya.. Terima KASIH Berita Harian!!!!

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013.
Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam. Najib semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus setengah bulan gaji dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion. Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. – BHarian

Dr Fuh – Terima kasih kepada Allah keatas rezeki ini kepada mereka yang bergelar penjawat awam. Tapi yang Dr Fuh pelik kenapa bayaran akan dibuat pada 9 Ogos ini sedangkan kita dijangka menyambut 1 Syawal pada 8 Ogos 2013. Rupa-rupanya artikel ini adalah artikel tahun lepas (2012) yang mana mungkin pihak Berita Harian ter terbitkan semula artikel tersebut pada 29 April 2013 dan pihak Berita Harian juga telah mengeluarkan artikel tersebut dari lamannya setelah tersebarnya berita lapuk ini. Lihat gambar dibawah sebagai bukti:
bonuslagi Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam
Link yang telah dipadam oleh Berita Harian >> https://bitly.com/shorten/
Harap Maaf. Mungkin tak lama lagi PM akan umumkan kot. Sabaq naa
- See more at: http://fuh.my/bonus-hari-raya-2013-setengah-bulan-gaji-kakitangan-awam/#sthash.BwTADCh8.dpuf

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular