KUALA LUMPUR - SKMM menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus ke atas pelanggan prabayar bermula 1 Julai.
Mungkin bila Pemimpin Umno dan Penyokong Terpilih Umno merangkap pencacai megatakan RM82 tidak berapa memberi kesan jika penurunan kadar faedah dibuat keatas pijaman Rumah Rakyat Termiskin... jelas ini menunjukkan sikap dan perangai mereka yang sebenar terhadap permasalahan rakyat miskin...
Pindah Pengundi - SPR Langgar Undang-Undang
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata tindakan memindahkan kawasan mengundi tanpa permohonan pengundi adalah menyalahi undang-undang.
Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka. Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin lagi kedana.
i) Sudah tentu yg utamanya al-Quran, kemudian hadith, kemudian ijtihad jumhur ulama mujtahidin dan seterusnya. Tetapi al Quran ada yg memerlukan penafsiran dan perbincangan teliti sbb banyak je ayat2 Allah berbentuk "kiasan" atau mutasyabihat.
Menteri Umno terus mempermainkan Sidang Parlimen apabila hanya membaca sebahagian dari kenyataan Anwar Ibrahim berkaitan isu Israel dalam Asian Wall Street Journal : “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).
SHAH ALAM 15 Mac: Lima gelen air yang berasingan dari buffet untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan, kata Koordinator Jingga 13, Faris Musa.
KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.
PANAS!! Prabayar dikenakan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus mulai Julai..
KUALA LUMPUR: Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.
Diucapkan setinggi taniah buat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan kerana telah menjadikan Pasir sebagai hasil Negeri Selangor yang menarik minat Pemimpin Umno serta Penyokong Terpilih merangkap Pencacai Umno Tegar yang rata-ratanya orang melayu... hinggakan terlupa pepatah melayu yang tak suka didengar iaitu "mencampakkan pasir kedalam periuk nasi" kah kah kah !.
1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.
SPR Kantoi : Khalid ditukar kawasan mengundi Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.
Rakaman ceramah sulung bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abd Aziz di Kg.Batu 9, Sungai Miang Pekan pada 14 Mac 2012. Turut berceramah ialah Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan Aspan Alias (bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan)
Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah di Kuala Lumpur.
Cubaan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghentikan pengiraan awal kertas undi dalam pilihan raya akan datang berkemungkinan menyebabkan berlakunya undi rosak, demikian menurut pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil tindakan terhadap samseng Umno yang didalangi pemimpin Umno Tanjung Karang memukul beliau dua tahun lalu. Dua tahun lalu Ng mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli dan pemimpin Umno Tanjung Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.
Banyak dasar Najib hanya sedap didengar,.. pepat diluar rencong di dalam ! “Wasatiyah” daripada perspektif Islam ialah kesederhanaan dalam melakukan tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Sejak dari awal kes penyelewengan NFC ini terbongkar hinggalah ke hari ini Dato’ Seri Shahrizat Jalil sentiasa diasak bukan saja oleh pembangkang malah rakan-rakan dalam parti Umni sendiri,.. agar Shahrizat mengambil tanggungjawab dan seterusnya meletak semua jawatannya.
Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
Satu komuniti baru yang dinamakan Wanita Suara Perubahan telah dilancarkan. Pada hari ini, komuniti ini telah berkempen berkenaan bagi bagi menuntut kerajaan yang bersih. Tetapi mereka ini telah disambut dengan kenyataan yang berbau lucah oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Shangri-La Hotel hari ini mengeluarkan kenyataan terhadap isu pembiayaan Majlis Pertunangan anak Najib yang melibatkan kos RM409,767 pada 17 June 2011...
Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya. Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu. Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.
Pemimpin Umno menolak gesaan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan dalam parti, dan menegaskan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengekalkan kerusi Presiden PKR walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan menyalahgunakan kuasa.[Ahmad Maslan]
PRU-13: MP BN diberi peruntukan pancing undi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mahu ahli parlimen BN supaya segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta - di kawasan masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi.
Banjir yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini adalah hasil dari projek pembesaran lapangan terbang yang bernilai RM250 Juta oleh kerajaan Pusat.
Gambaq atas tu wakil rakyat Kuah..Bang Nawi pos di wall fb dia (bahasa indah oleh seorang YB Umno) ...sorang kawan Puteri call suruh Puteri tulis tentang gambaq atas tu...bagi Puteri no problem..apalah sangat...
Belumpun reda isu MB Pahang mengelar wartawan Akhbar Cina sebagai 'bodoh' hari ini wartawan dan jurugambar yang membuat liputan kes NFC di Mahkamah ditengking oleh Suami Sharizat pula..
Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?
Di mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MCA. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"
Suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mohon dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memuji tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat pada April.
Meminta maaf adalah tanda sifat mahmudah, samada terhadap manusia apatah lagi dengan Allah. Sikap suka memohon maaf dan kesungguhan memohon maaf lumrahnya lahir dari rasa bersalah.
Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan anggota polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.
PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Sharizat Letak Jawatan hanyalah mainan Media tunggangan UMNO untuk mengelabui pemikiran rakyat kerana hakikatnya Sharizat tidak meletakkan jawatan mahupun berundur, ini kerana selepas 8hb, tempoh Sharizat sebagai Senator telah luput.
Kegagalan Najib untuk menyediakan 8 bukti yang diperlukan oleh rakyat diatas tuduhan yang dikenakan oleh pihak Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh Saudara Rafizi Ramli kelmarin telah menyebabkan sepasukan NGO Mesra PKR Jingga13 mengambil langkah seterusnya hari ini!!